Kasih Tak Sampai

Tak tau kenapa, sejak dua menjak ni asyik teringat kat arwah je. Memori dia duk bermain kat cakera minda ni. Walaupun dah di'eject' still ada bermain kat sana. Aku sendiri pun hairan tapi maybe sebab aku dikelilingi oleh molekul problem + masalah yang terlalu banyak kot.

Selalunya, kalau time berserabut macam ni, dia la yang jadi kaunselor aku, dia la yang jadi balai aduan aku walaupun aduan aku selalu je dia buat tak tau, langsung tak membantu aku. Walaupun tak membantu, dia tetap mendamaikan aku.

Teringat semua tindak tanduk dia dulu, time last dia call, time last dia buat lawak. Semua ini berputar seperti mimpi kala petang. Tup tap tup tap, dah dekat 3 bulan dia pergi, tapi tiap hujung solat, selalu tak tertinggal doa untuk kesejahteraan dia. Berdoa jugak untuk kegagahan jiwa aku agar lebih dipenuhi muscle yang dapat menepis segala dugaan dan ketensenan..adesh...

Ape pun, yang pergi tetap pergi dan telah pergi, biar kan dia pergi dan aman di sana. Kita yang bakal pergi perlu bersyukur sebab diberi lagi masa untuk berperang berjuang merebut amalan yang bersepah dimuka planet ni..miss u dear~

3 comments