Kisah Cinta

kisah cinta si kawan.

kawan saya dah pandai mengayat si gadis. pastu bunga bunga cintan mula berputik. setelah berjam jam praktik depan cermin, si kawan melamar si gadis. berkat pertolongan jambangan bunga dan hujan. si gadis terima lamaran si kawan. betul betul amek taktik dari filem hindustan, lalu apa lagi, saat saat yang ditunggu, bermula la episod cerita drama cinta. siap nyanyi guling guling kat taman. shah rukh khan tengok pun jeles.

satu lagi kes cinta si kawan. si kawan sanggup berlari lari anak untuk tumbuk kawan lain, hanya sebab si gadis ni. betapa teruk nya penangan cinta ni. tak dapat tumbuk hidung kawan, dapat tumbuk gambar pun jadi lah. janji dapat tunjuk hero. pastu masing masing bermasam muka. buat muka kerek. kalau tersentuh sikit, kompem pecah muka masing masing. hanya sebab si gadis, mereka sanggup gadaikan persahabatan. takkan tak ingat, dulu kau sama sama gi panjat pokok rambutan ngan dia. sama sama gi ponteng class. tibe tibe hanya sebab si gadis, sanggup buat macam tu.

kes cinta si kawan lagi. si kawan sanggup berhabisan beribu ribu wang untuk si gadis. yes, demi cinta. apa jua ku serahkan. tapi dia tak sedar yang dia dipergunakan dan dikikis. itu la yang saya katakan tadi, semua demi cinta. lautan api ku selam, gunung daik bercabang tiga ku daki, takde duit nak isi minyak keta. sanggup gi pinjam. janji si gadis tak merajuk sebab terpaksa berpanas dan berhitam kalo naik moto. nak buat gena, si gadis tu anak Mat Salleh.

kisah kami si kawan.

sindrom yang selalu terjadi lepas si kawan bertemu si gadis. dipinggirkan. yes, dipinggirkan, sape yang dipinggirkan? kami si golongan rakan la. yela, bila dah ada si bunga dalam hidup. mana nak peduli kami si dahan ni lagi. saya tak kesah, sebab saya paham keadaan + perasaan mereka yang bercinta. kalu kita kata si gadis tu pencuri pun dia tetap akan setia. cinta la konon. kami pun ada si gadis tapi tade la sampai lupa daratan. kami masih seperti dulu. walaupun kami dilautan.

amaran keras. kalau ada masalah cinta. saya harap anda tak datang terhenjut henjut, menangis sambil kelek kotak tisu dan kasi tau cerita hindustan kau kat kami. jangan kata kami tak penah bagi amaran. jangan kata kami tak penah nasihat. dah berbuih kami nasihat. tapi kau? takpe, saya paham. semua sebab cinta. saya takkan komen apa apa. kadang kadang penyakit barah cinta ni boleh membawa maut. AWAS! kami bukan along, kami cuma nak tolong. nasihat kami si kawan. jangan lupa kawan.

20 comments