saya pelajar yang terbaik


HUSM, tempat praktikal yang agak best sebab hari hari boleh skodeng student doctor yang hensem hensem. Haish doktor, saya sedang available tau. ahaks~~

Okay okay, kembali ke tajuk utama berita hari ini. Dulu saya berpraktikal kat HUSM, kat Unit Biomedikal. Keja saya? sepatutnya saya kena repair alat alat kat hospital tu tapi saya..

* buat lawatan sambil belajar kat hospital, esp kat gerai tepi farmasi
* saya masuk keja pukul 10, bila masuk buat muka kalut konon baru lepas buat keja
* saya pecahkan bulb lampu masa tukar bulb phototerapi
makan free kat bilik derma darah
* hari hari timbang berat, check tekanan darah sendiri
* skodeng doktor pelatih
* makan banyak banyak, setiap 2 jam sekali kami ke kafe. saya syak kawan saya ada affair ngan makcik kafe sebab makcik tu selalu belanja dia air pepsi.
* first time masuk ward orang gila. sungguh menakutkan. boleh bawak mati lah
* masuk bilik hemodialisis. erk. darah? tiba tiba berpinar dan jatuh
* masuk ward patah kaki, nampak kaki yang berlubang, penuh dgn nanah. saya tak kuattt
* masuk OT. wah yang ni sungguh syiok sebab kena pakai baju macam doktor bedah tu. perasaan masa ni macam grey anatomy ;)
* masuk bilik anatomy. ah, tak lalu nak makan bila tengok. sume organ2 badan diawet. hodoh + ngeri
* masuk bilik anatomy lagi, check peti sejuk mayat. Nasib baik mayat tu dah berbungkus elok. kalo tak, khuatir saya yang akan dibungkus
* masuk bilik bersalin, yang ni mengelikan sebab nampak darah yang banyak. tapi kenapa doktor doktor dia semua jambu weh
* masuk bilik recovery, masa ni nampak budak yang baru kena bedah. kesian. 
* masuk ward ICU pastu jumpa baby yang kena tinggal kat ward since dia lahir. sakit apa ntah

tapi saya still buat keja. nama pun pelajar praktikal terbaik

*part yang paling bes: tade punch card. aha~

11 comments