Pernah Tak?

sudah lama tidak menulis entry yang berbaurkan kehidupan seorang farhana. oke2. lagipun ada orang komen saya macam ni; "ASYIK JAWAB TAG JER... huhuhu... takder chance nak baca diari ;p" 

oke, kita teruskan entry kita pada hari ini. untuk si gadis jelita sahaja, pernah tak, korang pakai baju kurung, terus tempek bedak kat muka. agak agak da cukup putih melepak, jerawat da tak nampak. then terus amek tudung dan pakai. lilit lilit sikit. pakai perfume, amek beg. terus cabut. Tanpa disedari, anda tak pakai kain baju kurung.

untuk si jejaka tampan sahaja, pernah tak, tengah hangin satu badan, sebab dah terlambat nak gi dating. mandi pun belum lagi. korang serbu adik korang. marah marah tanya dia; "oit, ada nampak tuala aku tak???" sapa yang suka sangat curi tuala aku nih, tau la tuala aku menyerap kebasahan 3 kali ganda dari tuala korang!! tanda diduga, tuala tu dah lama setia tergantung kat badan korang.

*sejujurnya. benda macam neh saya pernah alami suatu masa dulu. perasaan malu yang menyelubungi diri masa tu memang bes. tiptop.

16 comments