Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
"kat kawasan rumah aku, petang petang macam ni, selalu je ade mak cik cina bawak anjing dorang jalan jalan kat depan rumah aku. comel gila anjing dorang"

"eh. haram lah anjing tu."

"itu la pasal. hari tu ade mak cik ni bawak anjing dia kuar jalan jalan. anjing yang kulit muka dia rebeh rebeh tu la. anjing tu bekeng sikit. tapi semalam ada sekor anjing ni. kecik gila, mak cik cina tu tambat tali kat tekak dia. bawak dia jalan jalan. comel gila."

"eh. ko jangan nak bela anjing. aku tak mengaku sepupu baru tau." 

"ape jadahnya aku nak bela anjing. cuba ko tengok, kalo kat sini orang tambat tali kat anjing, kat kampung orang tambat tali kat lembu. kat sini orang bawak anjing jalan jalan. kalo kat kampung, orang bawak beruk jalan jalan naik moto. eh. maknanya beruk lagi bes la kan? naik moto. takpun basikal."

"ko tau kenapa pakcik pakcik, abang abang tu semua bawak beruk dorang kuar jalan jalan? mak aku kata. beruk ni memang kena bawak gi jalan jalan. kasi minda dia terbukak sikit. kalo ko tak bawak dia jalan jalan, dia terkurung. nanti dia jadi bekeng. penyakit kemurungan datang. nanti dia mengganas. bahaya. kalo tak, ko ingat dorang tu nak ke bawak beruk tu kuar jalan jalan keliling kampung? buat malu ade lah."

"oo.. sebab tu la mak cik pak cik cina selalu bawak anjing dorang keluar jalan jalan ye? takut nanti anjing dorang tiba tiba jadi bekeng la? ooo. baru aku tau. kalo gitu, aku nak bela harimau la. aku bawak dia jalan jalan. biar jinak sikit. harimau pun comel jugak. kan?"
sekarang jam 10.21 malam. saya terkebil kebil depan laptop, dengan buku yang terbuka dan segelas neskape. dan saya sedang berusaha keras berfikir dan berfikir tentang sesuatu yang saya agak kurang paham. bukan kurang paham tentang masalah Jelmaan Laplace. tapi saya sedang keliru. keliru dengan perasaan diri sendiri. saya sedang mengkaji apa nama perasaan yang saya rasa sekarang ini, perasaan bila kita nampak housemate kita pakai baju sama macam baju kita? padahal baju tu da berkurun lama kita guna. tiba tiba semalam kita nampak dia pakai baju sama macam kita.

perasaan bila kita bagi dia pinjam beg kita, tiba tiba dia beli beg yang sebijik sama macam beg kita kasi pinjam tu. perasaan bila kita membebel bebel cerita kat dia yang kita nak pakai baju tu masa open house nanti, tiba tiba masa hari open house tu dia pakai sebijik sama macam yang kita bebelkan.

perasaan bila housemate kita tiru gaya kita. arrr.. apa nama perasaan ini. marah? oh tidak. kerana ini semua adalah hak asasi. tapi, kenapa mesti sama? geram? oh tidak juga. kenapa harus saya geramkan? huh! saya kurang pasti dengan perasaan ni. boleh anda semua bagitau. perasaan apakah ini?
*mrblind : ini lah Ayu, A bukan bf gua. gua masih sejati. wanita diluar sana, anda jangan risau. 

berita TV 

A : sape yang meninggal tu?

F : ntah, dah la bahasa mandarin. yang aku paham, dia kata dia sayang kat orang tu.

A : orang kenamaan cina meninggal kot? sami kot yang meninggal? sami tertua kot.

F : hoh? sami tertua meninggal? 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

A : nak order air ape? 

F : hurmm. aku nak air yang boleh buat aku bijak. ada tak?

A : hah? ada. ada.

F : air ape?

A : air tomato.

F : bijak ke minum air tomato? jadi comel ade la. aku nak air bijak. bila minum jadi bijak. kan kita nak exam, kena la bijak.

*terdiam*

F : bang, air bijak satu? 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

F : zaem, tau tak air pe yang boleh buat kita jadi bijak?

Z : air bijak?

F : yela, orang kata makan kismis selalu boleh buat kita jadi bijak. pandai. kalo air, ada tak air boleh buat kita bijak dan pandai?

Z : oh. air kismis la.
farhana betul betul dalam kondisi yang agak kurang bes. buku buku yang bertimbun timbun atas meja stadi, buat dia tertekan. soalan final tahun tahun terdahulu yang berselerak, betul betul menyekat kebebasan dia. ah. dia betul betul harapkan minggu exam ni akan berlalu dengan cepat. 

farhana : eh, mana boleh. ape pun tak study lagi neh. ayark. 

ya, apa pun dia tak redi lagi. petang tadi, dia memulakan operasi memerah otak. membaca, menulis, mengira. semua kaedah pembelajaran dia gunakan. demi untuk mendapatkan secebis ilmu. tapi, taukah anda semua. kenapakah kali ni dia begitu tekad dan gigih? jika diimbas kembali, semester lepas. dia bersukaria menonton wayang tatkala rakan rakannya bizi menelaah dan memerah otak. dia ber'ym' ketika rakan rakannya sibuk membuat latihan matematik. tapi semester ni? hurmm. ini semua adalah akibat dan penangan dari result dia yang agak teruk. pembetulan, result dia yang memang teruk. ini semua tak dapat dinafikan lagi, bila hampir semua ujian kecik dia bermarkahkan bawah 70. teruk bukan?

keadaan dia sekarang ini ibarat kapal titanic yang hampir karam. sebab tu, untuk kali ini dia berubah menjadi seorang perajin. perajin yang amat. kalaulah mak abah dia tengok kondisi dia sekarang. pasti mak abah dia berbangga. bangga mempunyai anak yang perajin. tapi dapatkah farhana menangani semua ini dalam masa hanya beberapa hari. dalam beberapa hari dia terpaksa meng'cover' semua subjek yang telah dia pelajari? dapat kah? tensem kah dia nanti? apakah yang akan berlaku?

farhana : yih! apa nak buat neh. ada berapa hari aje lagi. boleh ke neh? tensem nya. takpa. takpa. apa apa pun. esok pagi saya pegi pasar pagi dulu. boleh beli makanan sambil cuci mata sambil cuti otak sambil rilis tensen. so, takkan tensem lah nanti.

good good. inilah farhana, farhana memang seorang yang bijak mengatur langkah. memulakan pagi dengan pasar pagi. oke. esok pagi farhana akan gerak ke pasar pagi. tapi sekarang da pukul 5 pagi. bila masa farhana nak tido? bila masa dia nak bangun pegi pasar pagi?? ini akan menjadi satu masalah yang besar kerana farhana memang seorang yang memerlukan waktu tido 8 jam untuk mendapatkan satu tido yang nyenyak dan lena.

* 5am + 8jam = 1 tengahari. agak agak, jam 1 tengahari tu pasar pagi ada lagi tak?
petang tu saya dan si dia berdating di pinggir pantai. wah. angin sepoi sepoi bahasa meniup rambut saya. ibarat model syampoo. haih! perasaan masa tu sungguh bahagia. apatah lagi dengan si dia yang tersayang. saya main lari lari di tepi gigi pantai. saya main simbah simbah air laut dengan si dia. sekali... opps.. abes basah kuyup si dia saya simbahkan. apa lagi, si dia kejar la saya. saya lari pecut 100 meter. si dia dapat tangkap ugak. macam tu la nasibnya kalo dapat si dia yang berkaki panjang. 

kami sambung main lari lari anak di tepi pantai tu. saya jumpa satu ranting kayu yang kurus lalu saya tulis nama kami berdua atas pasir tu. kami ukir nama kami di satu pohon besar di situ. kami bergambar bersama sama sebagai cakera indah kami. kami bina rumah istana pasir bersama sama. tibe tibe, ombak datang tanpa bagi bunyi hon. terus roboh kan istana kami berdua. tak sempat diselamatkan. si dia kata, walaupun angin badai datang sekali pun 'istana' kami tetap akan kukuh. walaupun taufan datang melanda, cinta kami tetap kuat. masa tu, perasaan saya sungguh enak. bahagia dan sedap. 

tiba tiba terdengar sayup sayup lagu hindustan. saya pandang si dia, si dia pandang saya dengan wajah berkerut. bahu kami sama sama bergerak. kaki kami sama sama berdetak. tiba tiba si dia saya bertukar pakaian lalu nyanyi ikut tempo lagu hindustan tu tadi. lagu kuch kuch hota hai gamaknya kot. dan saya? saya tak pasti bila saya bertukar menjadi kajol. kami berdansa bersama sama. shah rukh khan dengan kajol pun jeles tengok gandingan mantap kami ni. tiba tiba musik lagu kuch kuch hota hai bunyi nye da lain macam. agak terlebih rancak. maybe versi remix kot. saya sambung guling guling lagi. dari pohon kelapa ke pohon rhu. kali ni bunyi musik rancak tu makin dekat dan terang. betul betul terang sampai kan saya boleh ingat lirik nya.

mat kool mat kool kawanku mari kita ikut mat kool main main selalu syok nya syok nya ada mat kool

time tu jugak saya tersedar dari tido. ceh pakcik neh. menganggu ketenteram tido saya!
tiupan angin pantai buat kaki saya berat untuk melangkah. pasir pasir pantai ni macam nak pegang kaki saya saja. eh pasir, jangan la macam neh. saya sedang berjogging . bukan masa untuk bermain tanam tanam kaki macam dulu oke? jangan ingat saya tatau apa tu berjogging. Saya pernah berjogging dan tau macam mana itu berjogging. lari lari anak dengan gaya yang macho dan tuala kecik tergantung dileher. tu la berjogging.

saya berjogging disepanjang pantai itu. bersama budak kelas saya. saya lupa apa nama dan tempat pantai tu. petangnya. lepas solat saya pegi dengar ceramah motivasi. fail dah bawak. buku nota kecik dan pen? oh. ada dalam fail. fail ni mereka yang bagi. mereka? mereka la. mereka yang anjurkan kursus motivasi ni. oke, handfon pun dah ada. oh. cokelat. jangan sampai terlupa untuk bawak 'ubat' sedap neh. 

ceramah motivasi bermula dengan cerita tentang pengorbanan dan harapan mak abah kita. harapan mereka untuk lihat anak mereka melambung topi di depan dewan kelak. harapan untuk lihat anak mereka berjaya. mak abah, doakan saya berjaya dalam pelajaran ya. kemudian tempo motivasi da beralih arah bila mereka menceritakan tentang kisah anak yang derhaka terhadap ibu. derhaka pada pergorbanan mak abah. keadaan makin kusut bila si penceramah mengandaikan saya akan mati dan tak sempat bermohon ampun dengan mak abah. mereka mengandaikan pula saya tak sempat bertemu dengan mak abah buat kali terakhir. 

haih. mentang mentang la kursus ni jauh dari rumah saya. kemudian dia paparkan cerita arab. cerita si anak yang mencaci maki maknya yang cacat penglihatan. erk. kenapa encik tu sungguh berani bermain dengan perasaan saya. teruk betul. anda sume pernah pergi kursus motivasi yang dengan sengajanya membuatkan kita berasa sungguh derhaka dan jahat terhadap mak abah kita? tak cukup dengan cerita cerita arab yang sedih. mereka pasang lagi cerita cerita yang mengisahkan pengorbanan si ibu dalam iklan tv raya. 

mereka bermain lagi dengan perasaan saya dengan lagu lagu sedih. lagu sudirman. lagu aeman. huh. nasib baik jiwa saya kental. saya tengok disekeliling. semua dah meleleh sambil lap hingus dengan hujung tudung sambil tulis 'wasiat' untuk mak abah. yang laki? tunduk ke bumi. kawan sebelah saya menangis tersedu sedu. saya paham keadaan beliau yang ketiadaan abah. saya bersyukur masih berpeluang mellihat dan mencium tangan abah. saya usap usap kepala kawan saya. cuba meredakan perasaan yang dah disentuh oleh penceramah tu. nasib baik saya kuat. dengan tiba tiba lagu ibu, nyanyian si mamat berkumandang. lagu tu saya memang blacklistkan dalam MP3 saya. dalam sekelip mata. kawan sebelah saya pula amek tempat mengusap usap kepala saya. heh! penceramah tu da berjaya luluhkan hati saya. tahniah penceramah!

*mak abah, maafkan segala dosa mosa saya. saya sayang mak abah. tiba tiba rindu gilak kat mak. terus saya berMMs dengan mak.
sedikit terbitan dari perbualan kami. kami memang suka berborak.
 
[pelakon utama] 
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A : teruk betul la dorang neh. benda macam neh pun nak gaduh, tak malu ke orang tengok.
F : ntah, dah la dah tua. gaduh gaduh dalam parlimen lak. hudoh betul!
A : betul betul. sebab tu aku tak suka amek peduli pasal politik neh. sebab politik la rakyat kita bergaduh. mana nak maju macam ni. konon kata perpaduan.
F : hish. yang jahat tu, kenapa jahat sangat. yang tamak, kenapa tamak sangat. berebut nak pegang jawatan. ntah pape la. double hudoh!
A : yelah. sekarang ni timbul kes anuar ibrahim lak. ntah pape la dorang ni kan?
F : huh? anuar ibrahim? sape tu?
A : anuar ibrahim pun tak kenal ke? ko duk malaysia ke duk kat afrika ni?
F : eh. betul la. tak kenal. anuar ibrahim? sape tu? ke anuar zain?
A : ape lak anuar zain, anuar zain nenek aku pun kenal. penyanyi. ni anuar ibrahim lah!
F : anuar ibrahim? sape tu?
A : teruk lah. anuar ibrahim pun tak kenal. yang parti tu la. ex timbalan PM kita dulu.
F : huh? kenapa ex? eh. anuar ibrahim? yang mana? macam mana aku boleh tak kenal?
A : erk. teruk la. tu pun tak tau! 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A : eh, tu bukan ke junior kita ke?
F : aah la, eh. kenapa dia keja kat sini? bukan ke dia praktikal sekarang ni?
A : part time kot. tapi dia nampak lain la. dalam friendster lain, real nye lain.
F : apa yang lain nye?
A : lain la. dalam friendster oke sket. takde la nampak 'comel' sangat. maybe sebab gambar dia banyak paras dada je kot. tapi lain lah. kan?
*diam seketika*
F : tapi dia ada awek. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

F : cuba ko tengok budak baju pink tu?
A : owh. kenapa dengan dia? oke je.
F : dia nampak tua. macam makcik. aku rasa nanti dia tua awal.
A : dia nampak matured lah. eh, cuba ko tengok yang baju hitam tu lak. nampak matured kan?
F : eh. tak lah. dia memang tua dari kita. tapi tak mengaku dah tua.
A : erk. jangan la jujur sangat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ tambah lagi:

F : Ayu, kita ni kira mengumpat ke?
A : tak. sebab kita bukan cakap benda buruk, kita cakap benda betul. kita jujur. kita berkongsi pendapat. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

*situasi dan ayat adalah lebih kurang sama. kan ayu?
hey kamu semua. haritu saya pegi open house rumah lecturer saya. saya pun konfius sama ada perkataan open house hari raya masih logik untuk digunakan ketika rakyat india di Malaysia sibuk mandi minyak. takpa, kita abaikan saja. janji nasi kerabu dan soto kat umah beliau hari tu sungguh menggiurkan.

sepanjang pem'berada'an saya kat umah beliau, saya ada terbaca kisah asal usul nama negeri kita. dan saya yang memang baik hati ini nak berkongsi cerita walaupun kamu semua da tahu. tapi hanya segelintir negeri saja yang saya dapat kongsi. baik bukan saya neh? ahha!

Terengganu.

kisah dongeng 1: satu masa dulu, satu rombongan dari pahang datang ke terengganu untuk berburu. mereka terserempak dengan satu taring.

"hey tuan hamba, apakah namanya taring itu"
"err.. alah, taring anu.. anu, apekenama haiwan tu ya"

kemudian, mereka berburu lagi.

"wah, rusa. mana tuan hamba dapat rusa itu?"

"rusa ini hamba dapat kat tempat taring anu tadi"

bila disebut sebanyak 43 kali, bunyi nya taring anu itu tadi da macam bunyi terengganu. maka, terlekatlah nama terengganu.

kisah dongeng 2: nama terengganu diambil sebab cahaya bulan yang terang bersinar sinar kat terengganu. dan masa tu perkataan ganu bermaksud bulan. rombongan dari kelantan berkata; "terangnya ganu kat sini"

kisah dongeng 3: nama terenkanu tertulis pada batu bersurat terengganu.

perlis. 

sebab ada pokok perlis kat sana. aha! begitu simple dan bersahaja nama negeri perlis diambil bukan? tak perlu kisah dongeng. arr.. tapi pokok perlis tu pokok apa?

perak.

kisah dongeng 1: diambil semperna nama tun bendahara perak.

kisah dongeng 2: sebab ada kilauan ikan dalam air yang berkilau macam perak.

kisah dongeng 3: hasil dari penemuan bijih timah kat perak.

pahang.

kisah dongeng 1: banyak nama yang timbul sebelum nama pahang digunapakaikan, seperti pang hang, peng heng, pang heng, pang kang, fanhan, panhang. ada yang berpendapat pahang tu bermaksud timah dalam bahasa siam asli. dulu orang siam asli melombong bijih timah kat pahang.

kisah dongeng 2: ada juga yang berkata. nama pahang diambil dari pokok kayu mahang yang jatuh merentasi antara sg pahang dengan kg kembahang. dulu, pahang dikenali dengan pahang inderapura atau pura sebelum ditakluk oleh melaka.
*bendera pahang adalah bendara yang tertua.

sarawak.

berasal dari nama batang sarawak atau sg sarawak. penemuan arkeologi telah membuktikan sarawak antara negeri terawal didiami oleh manusia di asia tenggara.

sabah.

sabah pernah dikenali dengan nama sudang dan borneo. dipercayai juga nama sabah diperolehi dari tanaman pisang yang dipanggil dengan nama pisang saba. disebabkan dialek orang kat sana, saba tu berbunyi macam sabah. maka nama sabah digunakan.

selangor.

kisah dongeng 1: nama ni muncul daripada tumbuhan paya bakau yg dipanggil dengan mentangau. pokok ni dulu dijadikan panduan oleh para pelayar sebagai panduan untuk berlayar ke selangor pada masa dulu.

kisah dongeng 2: ada pendekar yang menamakan tempat tu sebagai selangau sebab ada banyak selangau. tapi jangan tanya saya apa tu selangau. saya tatau apebenda nya selangau tu. kamu tau apa tu selangau?

tambah lagi: petang neh saya free, maka saya search dalam google.

kedah.

kisah dongeng 1: perkataan Kedah ada persamaan dengan perkataan Kadah atau Khedah yang bermaksud perangkap gajah. Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam. Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam pula bermaksud warna hitam.

kisah dongeng 2: Kedah dikenali sebagai Khatarai oleh pedagang-pedagang pada zaman dulu kala. 

Bangi.

Nama Bangi berkaitan dengan bau iaitu 'Wangi' dalam telo Jawa. Dulu Bukit UKM adalah sebuah hutan tebal yang dirakyati oleh orang halus. waktu senja, bau wangi akan berbau dan mak cik mak cik, kanak-kanak akan masuk ke rumah masing masing sebab orang halus tu ada dekat dekat mereka. Menurut buah mulut orang ramai, Dr Harun Din baca jampi di kawasan hutan UKM tu dan bawa orang halus tu dalam bas pegi ke hutan negeri Pahang.

*dr harun din tu sape?

johor. 

kisah dongeng 1: nama Johor diambil dari perkataan Arab "Jauhar" bermaksud "Permata Berharga". sebab dulu ramai pedagang arab yang berdagang kat johor. 

kisah dongeng 2: Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau "Gangganu" oleh orang-orang Siam yang bermaksud "Batu Permata".

*kenapa dulu saya tak dapat A1 dalam subjek sejarah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lemparan ucapan terima kasih saya buat kamu semua yang begitu mengambil berat mengenai tangan saya. wah, tangan saya sungguh terharu dengan kesungguhan kamu semua dalam bertanyakan khabar dia. tangan saya da hampir oke dan sihat sejahtera. dan saya sebagai tuan tangan juga ingin menyebarkan rasa kasih sayang saya kepada kamu semua dengan ucapan terima kasih. terimas ya!
tangan kiri saya tak bes, dah dua minggu macam ni. tapi keadaan semalam agak keritikal dari biasa. mungkin dia mengalami sedikit masalah peribadi. saya cuba bertanyakan masalah dia. saya bawak dia jumpa kawan saya, ayuni. tapi still dia berdiam diri. dia terlalu berahsia dengan saya. tapi saya rasa dia menghidapi kesakitan terseliuh atau mungkin urat saraf dia tak bersambung dengan urat lain. mungkin juga tulang tangan saya dah lari dari kedudukan asal. apa pun, saya harap tangan kiri saya takkan terus bersedih dan sakit. dan takkan memberikan saya masalah kecacatan kekal. amin. akibat dia ugak, saya terkena sedikit tempias ketdakbesan dia.

~saya tak dapat makan dengan sempurna.
~baju baja saya masih terperuk dalam bakul, tunggu masa untuk dimandikan.
~saya tak dapat berpegangan tangan dengan baby blue saya dengan mesra.
~nak bermanja ngan shower gel pun susah. langsung tak bes.

dibalut secara special oleh ayuni ;]

*entry ni memakan masa hampir sejam untuk ditaip. sebab hanya tangan kanan saya yang gigih menaip.
bila diimbas kembali, kenangan bersama dia. buat saya tersenyum. bersama encik kamen, sungguh romantika. kami berduaan dalam kereta putih. ya, hanya kami berdua. sungguh mendebarkan. jantung saya berdegup kencang. pada mulanya, agak kekok dan takut. tapi senyuman yang dia lemparkan buat saya lebih bersemangat. kami mula kan perjalanan dengan pertanyaan;

"awak panas tak? kita pasang air con la."

wah, sungguh caring encik kamen neh. begitu mendamaikan. walaupun saya tak dapat melihat terus ke dalam anak mata dia. tapi saya tau yang dia ikhlas. betul betul ikhlas dengan saya.

suasana ketika tu agak sunyi dan sepi. kami biarkan angin luar mainkan lagu melalui tingkap kereta. tak mampu berkata kata. maybe masing masing kaget atau menumpukan perhatian pada jalan. terkadang, encik kamen bertanya kan saya soalan cepu emas. seketika lagi, kami biarkan angin menghiburkan kami. sungguh asyik. bersama sama menyusuri sepanjang jalan di Setiu.

tapi hati saya kembali berdegup laju. selaju pemanduan saya. saya lihat diluar tingkap, cuba mencari ketenangan. bagai kan tak percaya semua ni boleh berlaku. saya sedang memandu, tanpa mendapat sebarang arahan seperti selalu. perasaan saya? bangga dapat pandu kereta ni, siap ada lampu lagi kat bumbung kereta ni. kereta lain mana ada. hanya kereta yang saya pandu. unik.

sepanjang pemanduan saya, saya sedar sume orang asek tengok kereta yang saya pandu, pergh.. kagum betul saya masa tu. oh ya, saya nampak sungguh macho ketika memandu, penuh tertib dan tatacara. betul betul melambangkan seorang pemandu yang berhemah. diserikan lagi dengan kehadiran seorang lelaki yang bergaya dengan spek mata hitam di sebelah saya. siap bername tag lagi, berbaju uniform. encik kamen.

tepat sekali, encik kamen berjawat seorang pegawai. pok cik dan mok cik memang teringin nak bermenantukan seorang pegawai seperti dia. tapi saya? saya tak menaruh harapan yang tinggi, saya serahkan segalanya bulat bulat pada tuhan, tapi saya bersyukur ditemukan dengan dia. saya bahagia kerana dia. kerana dia, sekarang saya dapat bernafas dengan lega, kerana dia, malam saya tidak diselangi dengan mimpi buruk, kerana dia, saya dapat tersenyum lebar lagi, kerana dia, petang saya begitu indah. kerana dia, saya boleh bergaya dengan lesen saya. kerana dia, saya dapat yakin kan mak saya untuk pandu kenari dia. encik kamen, tangkiyu ya amat!

*untung saya dapat test kereta dengan pegawai JPJ yang baik hati. dia encik kamen sebab dia asek pakai spek itam dia dari pagi sampai petang. tapi dia betul betul baik. dan muda. buat miellza, gud luck utk esok. tips dari saya, jangan lupe senyum kat encik kamen kamu. aha~
tadi petang tengok cite BudakKelantan. wah, agak menakutkan. situasi yang amat tegang. udah la watak pempem yang kena tipu itu bernama ana. ayark. tade nama lain ke nak guna. ohOo~ nama saya nama femes upenye. oke. saya memang tak reti nak kumen apa apa jenis cite. yang saya tau, cite ni ada baik dan buruk. kawan saya tanya;

"orang kelantan memang macam tu ke?"

tak sume benda buruk yang datang dari orang kelantan. orang perak, perlis, kedah. sume sama je. ada yang baik dan ada yang jahat. bergantung pada orang tu, nak pilih jalan mana. petang tadi balik shah alam. kenapa ada ramai gila mat bangla kat sini. saya rasa macam sedang sambung belaja kat negara bangladesh. bukan kat shah alam.

tadi petang naik train pun ada ramai mat bangla. udah la busuk. err. maksud saya wangian dia agak kurang menyenangkan. ah. maybe ugak perkataan wangi tade dalam kamus hidup seorang jejaka bernama mat bangla. pastu lagi, ade pasangan bahagia dalam train. ya, betul betul bahagia. sungguh bahagia. bermesra mesraan dalam train. sekodeng punya sekodeng, orang seberang upenya. haih. sumenye orang luar. teruknya. saya sedang di Malaysia atau dimana?

tadi pagi pun berebut teksi ngan orang seberang ugak. double teruk la. saya rasa, kalo orang luar ni tade. senang je saya nak dapat teksi. dalam train, mesti ada tempat kosong. tadi pagi makan kat kedai mamak, dia tibai sampai rm 9.70 satu pinggan. gilak betul. ni nasi ke besi. mahal gilak.

*tapi kalo tade orang luar neh, sapa yang nak keja buat rumah batu tinggi tu sume, makcik mana yang nak sapu sampah kat sekolah saya lagi. hurm.
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ►  2022 (2)
    • ►  March (2)
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ▼  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ▼  November (11)
      • Si An dan Si Be
      • Tolong Saya, Wahai Perwira Perwiri Ku
      • Kami Suka Berborak II
      • kisah farhana
      • Mat Kool
      • Tahniah, Penceramah!
      • Kami Suka Berborak
      • Kisah Dongeng
      • mood tangan saya tak bes
      • Saya Lulus Dengan Kelegaan
      • Saya Budak Jerteh
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes