Kisah Dongeng

hey kamu semua. haritu saya pegi open house rumah lecturer saya. saya pun konfius sama ada perkataan open house hari raya masih logik untuk digunakan ketika rakyat india di Malaysia sibuk mandi minyak. takpa, kita abaikan saja. janji nasi kerabu dan soto kat umah beliau hari tu sungguh menggiurkan.

sepanjang pem'berada'an saya kat umah beliau, saya ada terbaca kisah asal usul nama negeri kita. dan saya yang memang baik hati ini nak berkongsi cerita walaupun kamu semua da tahu. tapi hanya segelintir negeri saja yang saya dapat kongsi. baik bukan saya neh? ahha!

Terengganu.

kisah dongeng 1: satu masa dulu, satu rombongan dari pahang datang ke terengganu untuk berburu. mereka terserempak dengan satu taring.

"hey tuan hamba, apakah namanya taring itu"
"err.. alah, taring anu.. anu, apekenama haiwan tu ya"

kemudian, mereka berburu lagi.

"wah, rusa. mana tuan hamba dapat rusa itu?"

"rusa ini hamba dapat kat tempat taring anu tadi"

bila disebut sebanyak 43 kali, bunyi nya taring anu itu tadi da macam bunyi terengganu. maka, terlekatlah nama terengganu.

kisah dongeng 2: nama terengganu diambil sebab cahaya bulan yang terang bersinar sinar kat terengganu. dan masa tu perkataan ganu bermaksud bulan. rombongan dari kelantan berkata; "terangnya ganu kat sini"

kisah dongeng 3: nama terenkanu tertulis pada batu bersurat terengganu.

perlis. 

sebab ada pokok perlis kat sana. aha! begitu simple dan bersahaja nama negeri perlis diambil bukan? tak perlu kisah dongeng. arr.. tapi pokok perlis tu pokok apa?

perak.

kisah dongeng 1: diambil semperna nama tun bendahara perak.

kisah dongeng 2: sebab ada kilauan ikan dalam air yang berkilau macam perak.

kisah dongeng 3: hasil dari penemuan bijih timah kat perak.

pahang.

kisah dongeng 1: banyak nama yang timbul sebelum nama pahang digunapakaikan, seperti pang hang, peng heng, pang heng, pang kang, fanhan, panhang. ada yang berpendapat pahang tu bermaksud timah dalam bahasa siam asli. dulu orang siam asli melombong bijih timah kat pahang.

kisah dongeng 2: ada juga yang berkata. nama pahang diambil dari pokok kayu mahang yang jatuh merentasi antara sg pahang dengan kg kembahang. dulu, pahang dikenali dengan pahang inderapura atau pura sebelum ditakluk oleh melaka.
*bendera pahang adalah bendara yang tertua.

sarawak.

berasal dari nama batang sarawak atau sg sarawak. penemuan arkeologi telah membuktikan sarawak antara negeri terawal didiami oleh manusia di asia tenggara.

sabah.

sabah pernah dikenali dengan nama sudang dan borneo. dipercayai juga nama sabah diperolehi dari tanaman pisang yang dipanggil dengan nama pisang saba. disebabkan dialek orang kat sana, saba tu berbunyi macam sabah. maka nama sabah digunakan.

selangor.

kisah dongeng 1: nama ni muncul daripada tumbuhan paya bakau yg dipanggil dengan mentangau. pokok ni dulu dijadikan panduan oleh para pelayar sebagai panduan untuk berlayar ke selangor pada masa dulu.

kisah dongeng 2: ada pendekar yang menamakan tempat tu sebagai selangau sebab ada banyak selangau. tapi jangan tanya saya apa tu selangau. saya tatau apebenda nya selangau tu. kamu tau apa tu selangau?

tambah lagi: petang neh saya free, maka saya search dalam google.

kedah.

kisah dongeng 1: perkataan Kedah ada persamaan dengan perkataan Kadah atau Khedah yang bermaksud perangkap gajah. Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam. Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam pula bermaksud warna hitam.

kisah dongeng 2: Kedah dikenali sebagai Khatarai oleh pedagang-pedagang pada zaman dulu kala. 

Bangi.

Nama Bangi berkaitan dengan bau iaitu 'Wangi' dalam telo Jawa. Dulu Bukit UKM adalah sebuah hutan tebal yang dirakyati oleh orang halus. waktu senja, bau wangi akan berbau dan mak cik mak cik, kanak-kanak akan masuk ke rumah masing masing sebab orang halus tu ada dekat dekat mereka. Menurut buah mulut orang ramai, Dr Harun Din baca jampi di kawasan hutan UKM tu dan bawa orang halus tu dalam bas pegi ke hutan negeri Pahang.

*dr harun din tu sape?

johor. 

kisah dongeng 1: nama Johor diambil dari perkataan Arab "Jauhar" bermaksud "Permata Berharga". sebab dulu ramai pedagang arab yang berdagang kat johor. 

kisah dongeng 2: Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau "Gangganu" oleh orang-orang Siam yang bermaksud "Batu Permata".

*kenapa dulu saya tak dapat A1 dalam subjek sejarah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lemparan ucapan terima kasih saya buat kamu semua yang begitu mengambil berat mengenai tangan saya. wah, tangan saya sungguh terharu dengan kesungguhan kamu semua dalam bertanyakan khabar dia. tangan saya da hampir oke dan sihat sejahtera. dan saya sebagai tuan tangan juga ingin menyebarkan rasa kasih sayang saya kepada kamu semua dengan ucapan terima kasih. terimas ya!

27 comments