kisah farhana

farhana betul betul dalam kondisi yang agak kurang bes. buku buku yang bertimbun timbun atas meja stadi, buat dia tertekan. soalan final tahun tahun terdahulu yang berselerak, betul betul menyekat kebebasan dia. ah. dia betul betul harapkan minggu exam ni akan berlalu dengan cepat. 

farhana : eh, mana boleh. ape pun tak study lagi neh. ayark. 

ya, apa pun dia tak redi lagi. petang tadi, dia memulakan operasi memerah otak. membaca, menulis, mengira. semua kaedah pembelajaran dia gunakan. demi untuk mendapatkan secebis ilmu. tapi, taukah anda semua. kenapakah kali ni dia begitu tekad dan gigih? jika diimbas kembali, semester lepas. dia bersukaria menonton wayang tatkala rakan rakannya bizi menelaah dan memerah otak. dia ber'ym' ketika rakan rakannya sibuk membuat latihan matematik. tapi semester ni? hurmm. ini semua adalah akibat dan penangan dari result dia yang agak teruk. pembetulan, result dia yang memang teruk. ini semua tak dapat dinafikan lagi, bila hampir semua ujian kecik dia bermarkahkan bawah 70. teruk bukan?

keadaan dia sekarang ini ibarat kapal titanic yang hampir karam. sebab tu, untuk kali ini dia berubah menjadi seorang perajin. perajin yang amat. kalaulah mak abah dia tengok kondisi dia sekarang. pasti mak abah dia berbangga. bangga mempunyai anak yang perajin. tapi dapatkah farhana menangani semua ini dalam masa hanya beberapa hari. dalam beberapa hari dia terpaksa meng'cover' semua subjek yang telah dia pelajari? dapat kah? tensem kah dia nanti? apakah yang akan berlaku?

farhana : yih! apa nak buat neh. ada berapa hari aje lagi. boleh ke neh? tensem nya. takpa. takpa. apa apa pun. esok pagi saya pegi pasar pagi dulu. boleh beli makanan sambil cuci mata sambil cuti otak sambil rilis tensen. so, takkan tensem lah nanti.

good good. inilah farhana, farhana memang seorang yang bijak mengatur langkah. memulakan pagi dengan pasar pagi. oke. esok pagi farhana akan gerak ke pasar pagi. tapi sekarang da pukul 5 pagi. bila masa farhana nak tido? bila masa dia nak bangun pegi pasar pagi?? ini akan menjadi satu masalah yang besar kerana farhana memang seorang yang memerlukan waktu tido 8 jam untuk mendapatkan satu tido yang nyenyak dan lena.

* 5am + 8jam = 1 tengahari. agak agak, jam 1 tengahari tu pasar pagi ada lagi tak?

7 comments