Saya Budak Jerteh

tadi petang tengok cite BudakKelantan. wah, agak menakutkan. situasi yang amat tegang. udah la watak pempem yang kena tipu itu bernama ana. ayark. tade nama lain ke nak guna. ohOo~ nama saya nama femes upenye. oke. saya memang tak reti nak kumen apa apa jenis cite. yang saya tau, cite ni ada baik dan buruk. kawan saya tanya;

"orang kelantan memang macam tu ke?"

tak sume benda buruk yang datang dari orang kelantan. orang perak, perlis, kedah. sume sama je. ada yang baik dan ada yang jahat. bergantung pada orang tu, nak pilih jalan mana. petang tadi balik shah alam. kenapa ada ramai gila mat bangla kat sini. saya rasa macam sedang sambung belaja kat negara bangladesh. bukan kat shah alam.

tadi petang naik train pun ada ramai mat bangla. udah la busuk. err. maksud saya wangian dia agak kurang menyenangkan. ah. maybe ugak perkataan wangi tade dalam kamus hidup seorang jejaka bernama mat bangla. pastu lagi, ade pasangan bahagia dalam train. ya, betul betul bahagia. sungguh bahagia. bermesra mesraan dalam train. sekodeng punya sekodeng, orang seberang upenya. haih. sumenye orang luar. teruknya. saya sedang di Malaysia atau dimana?

tadi pagi pun berebut teksi ngan orang seberang ugak. double teruk la. saya rasa, kalo orang luar ni tade. senang je saya nak dapat teksi. dalam train, mesti ada tempat kosong. tadi pagi makan kat kedai mamak, dia tibai sampai rm 9.70 satu pinggan. gilak betul. ni nasi ke besi. mahal gilak.

*tapi kalo tade orang luar neh, sapa yang nak keja buat rumah batu tinggi tu sume, makcik mana yang nak sapu sampah kat sekolah saya lagi. hurm.

21 comments