Saya Lulus Dengan Kelegaan

bila diimbas kembali, kenangan bersama dia. buat saya tersenyum. bersama encik kamen, sungguh romantika. kami berduaan dalam kereta putih. ya, hanya kami berdua. sungguh mendebarkan. jantung saya berdegup kencang. pada mulanya, agak kekok dan takut. tapi senyuman yang dia lemparkan buat saya lebih bersemangat. kami mula kan perjalanan dengan pertanyaan;

"awak panas tak? kita pasang air con la."

wah, sungguh caring encik kamen neh. begitu mendamaikan. walaupun saya tak dapat melihat terus ke dalam anak mata dia. tapi saya tau yang dia ikhlas. betul betul ikhlas dengan saya.

suasana ketika tu agak sunyi dan sepi. kami biarkan angin luar mainkan lagu melalui tingkap kereta. tak mampu berkata kata. maybe masing masing kaget atau menumpukan perhatian pada jalan. terkadang, encik kamen bertanya kan saya soalan cepu emas. seketika lagi, kami biarkan angin menghiburkan kami. sungguh asyik. bersama sama menyusuri sepanjang jalan di Setiu.

tapi hati saya kembali berdegup laju. selaju pemanduan saya. saya lihat diluar tingkap, cuba mencari ketenangan. bagai kan tak percaya semua ni boleh berlaku. saya sedang memandu, tanpa mendapat sebarang arahan seperti selalu. perasaan saya? bangga dapat pandu kereta ni, siap ada lampu lagi kat bumbung kereta ni. kereta lain mana ada. hanya kereta yang saya pandu. unik.

sepanjang pemanduan saya, saya sedar sume orang asek tengok kereta yang saya pandu, pergh.. kagum betul saya masa tu. oh ya, saya nampak sungguh macho ketika memandu, penuh tertib dan tatacara. betul betul melambangkan seorang pemandu yang berhemah. diserikan lagi dengan kehadiran seorang lelaki yang bergaya dengan spek mata hitam di sebelah saya. siap bername tag lagi, berbaju uniform. encik kamen.

tepat sekali, encik kamen berjawat seorang pegawai. pok cik dan mok cik memang teringin nak bermenantukan seorang pegawai seperti dia. tapi saya? saya tak menaruh harapan yang tinggi, saya serahkan segalanya bulat bulat pada tuhan, tapi saya bersyukur ditemukan dengan dia. saya bahagia kerana dia. kerana dia, sekarang saya dapat bernafas dengan lega, kerana dia, malam saya tidak diselangi dengan mimpi buruk, kerana dia, saya dapat tersenyum lebar lagi, kerana dia, petang saya begitu indah. kerana dia, saya boleh bergaya dengan lesen saya. kerana dia, saya dapat yakin kan mak saya untuk pandu kenari dia. encik kamen, tangkiyu ya amat!

*untung saya dapat test kereta dengan pegawai JPJ yang baik hati. dia encik kamen sebab dia asek pakai spek itam dia dari pagi sampai petang. tapi dia betul betul baik. dan muda. buat miellza, gud luck utk esok. tips dari saya, jangan lupe senyum kat encik kamen kamu. aha~

18 comments