Si An dan Si Be

"kat kawasan rumah aku, petang petang macam ni, selalu je ade mak cik cina bawak anjing dorang jalan jalan kat depan rumah aku. comel gila anjing dorang"

"eh. haram lah anjing tu."

"itu la pasal. hari tu ade mak cik ni bawak anjing dia kuar jalan jalan. anjing yang kulit muka dia rebeh rebeh tu la. anjing tu bekeng sikit. tapi semalam ada sekor anjing ni. kecik gila, mak cik cina tu tambat tali kat tekak dia. bawak dia jalan jalan. comel gila."

"eh. ko jangan nak bela anjing. aku tak mengaku sepupu baru tau." 

"ape jadahnya aku nak bela anjing. cuba ko tengok, kalo kat sini orang tambat tali kat anjing, kat kampung orang tambat tali kat lembu. kat sini orang bawak anjing jalan jalan. kalo kat kampung, orang bawak beruk jalan jalan naik moto. eh. maknanya beruk lagi bes la kan? naik moto. takpun basikal."

"ko tau kenapa pakcik pakcik, abang abang tu semua bawak beruk dorang kuar jalan jalan? mak aku kata. beruk ni memang kena bawak gi jalan jalan. kasi minda dia terbukak sikit. kalo ko tak bawak dia jalan jalan, dia terkurung. nanti dia jadi bekeng. penyakit kemurungan datang. nanti dia mengganas. bahaya. kalo tak, ko ingat dorang tu nak ke bawak beruk tu kuar jalan jalan keliling kampung? buat malu ade lah."

"oo.. sebab tu la mak cik pak cik cina selalu bawak anjing dorang keluar jalan jalan ye? takut nanti anjing dorang tiba tiba jadi bekeng la? ooo. baru aku tau. kalo gitu, aku nak bela harimau la. aku bawak dia jalan jalan. biar jinak sikit. harimau pun comel jugak. kan?"

25 comments