Tahniah, Penceramah!

tiupan angin pantai buat kaki saya berat untuk melangkah. pasir pasir pantai ni macam nak pegang kaki saya saja. eh pasir, jangan la macam neh. saya sedang berjogging . bukan masa untuk bermain tanam tanam kaki macam dulu oke? jangan ingat saya tatau apa tu berjogging. Saya pernah berjogging dan tau macam mana itu berjogging. lari lari anak dengan gaya yang macho dan tuala kecik tergantung dileher. tu la berjogging.

saya berjogging disepanjang pantai itu. bersama budak kelas saya. saya lupa apa nama dan tempat pantai tu. petangnya. lepas solat saya pegi dengar ceramah motivasi. fail dah bawak. buku nota kecik dan pen? oh. ada dalam fail. fail ni mereka yang bagi. mereka? mereka la. mereka yang anjurkan kursus motivasi ni. oke, handfon pun dah ada. oh. cokelat. jangan sampai terlupa untuk bawak 'ubat' sedap neh. 

ceramah motivasi bermula dengan cerita tentang pengorbanan dan harapan mak abah kita. harapan mereka untuk lihat anak mereka melambung topi di depan dewan kelak. harapan untuk lihat anak mereka berjaya. mak abah, doakan saya berjaya dalam pelajaran ya. kemudian tempo motivasi da beralih arah bila mereka menceritakan tentang kisah anak yang derhaka terhadap ibu. derhaka pada pergorbanan mak abah. keadaan makin kusut bila si penceramah mengandaikan saya akan mati dan tak sempat bermohon ampun dengan mak abah. mereka mengandaikan pula saya tak sempat bertemu dengan mak abah buat kali terakhir. 

haih. mentang mentang la kursus ni jauh dari rumah saya. kemudian dia paparkan cerita arab. cerita si anak yang mencaci maki maknya yang cacat penglihatan. erk. kenapa encik tu sungguh berani bermain dengan perasaan saya. teruk betul. anda sume pernah pergi kursus motivasi yang dengan sengajanya membuatkan kita berasa sungguh derhaka dan jahat terhadap mak abah kita? tak cukup dengan cerita cerita arab yang sedih. mereka pasang lagi cerita cerita yang mengisahkan pengorbanan si ibu dalam iklan tv raya. 

mereka bermain lagi dengan perasaan saya dengan lagu lagu sedih. lagu sudirman. lagu aeman. huh. nasib baik jiwa saya kental. saya tengok disekeliling. semua dah meleleh sambil lap hingus dengan hujung tudung sambil tulis 'wasiat' untuk mak abah. yang laki? tunduk ke bumi. kawan sebelah saya menangis tersedu sedu. saya paham keadaan beliau yang ketiadaan abah. saya bersyukur masih berpeluang mellihat dan mencium tangan abah. saya usap usap kepala kawan saya. cuba meredakan perasaan yang dah disentuh oleh penceramah tu. nasib baik saya kuat. dengan tiba tiba lagu ibu, nyanyian si mamat berkumandang. lagu tu saya memang blacklistkan dalam MP3 saya. dalam sekelip mata. kawan sebelah saya pula amek tempat mengusap usap kepala saya. heh! penceramah tu da berjaya luluhkan hati saya. tahniah penceramah!

*mak abah, maafkan segala dosa mosa saya. saya sayang mak abah. tiba tiba rindu gilak kat mak. terus saya berMMs dengan mak.

23 comments