mood tangan saya tak bes

tangan kiri saya tak bes, dah dua minggu macam ni. tapi keadaan semalam agak keritikal dari biasa. mungkin dia mengalami sedikit masalah peribadi. saya cuba bertanyakan masalah dia. saya bawak dia jumpa kawan saya, ayuni. tapi still dia berdiam diri. dia terlalu berahsia dengan saya. tapi saya rasa dia menghidapi kesakitan terseliuh atau mungkin urat saraf dia tak bersambung dengan urat lain. mungkin juga tulang tangan saya dah lari dari kedudukan asal. apa pun, saya harap tangan kiri saya takkan terus bersedih dan sakit. dan takkan memberikan saya masalah kecacatan kekal. amin. akibat dia ugak, saya terkena sedikit tempias ketdakbesan dia.

~saya tak dapat makan dengan sempurna.
~baju baja saya masih terperuk dalam bakul, tunggu masa untuk dimandikan.
~saya tak dapat berpegangan tangan dengan baby blue saya dengan mesra.
~nak bermanja ngan shower gel pun susah. langsung tak bes.

dibalut secara special oleh ayuni ;]

*entry ni memakan masa hampir sejam untuk ditaip. sebab hanya tangan kanan saya yang gigih menaip.

29 comments