Tolong Saya, Wahai Perwira Perwiri Ku

sekarang jam 10.21 malam. saya terkebil kebil depan laptop, dengan buku yang terbuka dan segelas neskape. dan saya sedang berusaha keras berfikir dan berfikir tentang sesuatu yang saya agak kurang paham. bukan kurang paham tentang masalah Jelmaan Laplace. tapi saya sedang keliru. keliru dengan perasaan diri sendiri. saya sedang mengkaji apa nama perasaan yang saya rasa sekarang ini, perasaan bila kita nampak housemate kita pakai baju sama macam baju kita? padahal baju tu da berkurun lama kita guna. tiba tiba semalam kita nampak dia pakai baju sama macam kita.

perasaan bila kita bagi dia pinjam beg kita, tiba tiba dia beli beg yang sebijik sama macam beg kita kasi pinjam tu. perasaan bila kita membebel bebel cerita kat dia yang kita nak pakai baju tu masa open house nanti, tiba tiba masa hari open house tu dia pakai sebijik sama macam yang kita bebelkan.

perasaan bila housemate kita tiru gaya kita. arrr.. apa nama perasaan ini. marah? oh tidak. kerana ini semua adalah hak asasi. tapi, kenapa mesti sama? geram? oh tidak juga. kenapa harus saya geramkan? huh! saya kurang pasti dengan perasaan ni. boleh anda semua bagitau. perasaan apakah ini?

16 comments