Berbalik Kepada Dunia Sebenar

oke, yang pergi tetap akan pergi. dan tak kan kembali. jadi saya cuba untuk menjadi seorang pe'tabah'. mungkin ada yang akan berkata, "eleh, baru kucing meninggal. dah sedih sedih macam ni. over betul! kalau orang yang meninggal entah macam lah!".

kepada mereka yang mungkin berkata sedemikian, anda tak paham perasaan kasih sayang sesama makhluk Allah. dan saya terduduk dan menangis bertalu talu bila mendapat mesej kematian kenalan rapat saya. owh~owh~ rasa sedih menyelinap sebentar dalam hati ini. oh bukan, menyelinap dalam perasaan saya yang dikawal oleh hipothalamus saya. dan hati itu berada diatas perut. bukan di dada.

jadi, kadang kadang saya terpikir, kenapa bila seseorang itu berasa sakit hati, dia akan memegang dadanya. bukan di atas sikit bahagian perut. hurmm. mungkin doc ushop dapat menceritakannya kepada saya nanti.

berbalik kepada dunia sebenar, jika dilihat pada jadual yang tak berapa nak bes di sebelah kanan anda. ya, dibawah column farhanalicious. ya, tepat sekali dibawah view my complete profile. disitu tertera perkataan 10/12 - Fisiologi. dan ini membawa makna bahawa esok saya ada exam lagi. tapi petang, jam dua petang ya. kali ini saya betul betul berharap agar doc ushop dapat meminjamkan otaknya kepada saya. supaya saya dapat menjawap soalan mengenai sistem peredaran jantung dengan baik sekali. dan menceritakan perihal proses pembentukan air kencing dengan tepat.

*sori jika entri kali ini agak 'pelik'. ini semua penangan dari exam esok.
*saya berasa begitu sedih sebab sejak awal tahun ni, mereka yang rapat dengan saya sudah pergi ke alam sana. takpa, saya masih ada sebuah keluarga bahagia. semoga mereka yang pergi berada dalam keadaan aman dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. amin.

20 comments