Ini Luahan Hati Seorang Perantau

dua tiga hari ini. perasaan saya memang agak berkucar kacir. orang zaman sekarang kata, jiwa kacau. lima minit saya rasa happy, sepuluh minit kemudian rasa sedih. tiga minit lepas tu rasa tensen. bila berperasaan macam ni, online YM best jugak.

hati saya berbisik. tapi rasa best tu tak bertahan lama bila mana sedang enak syiok saya menekan keyboard. tiba tiba YM terdisconnect. ape kes? kes penceraian pun tak haru macam ni. saya sign in balik. rasa best datang lagi. sedang enak syiok saya membalas pertanyaan rakan senegara. YM terdisconnect balik. senang cite, saya offline YM sebelum ada kes pembunuhan YM berlaku.

saya bukak blog rakan rakan senegara, semua cerita pasal raya haji. cik manis dengan kad raya haji nya. siap mintak duit raya lagi. cik babyjane dengan AWAY nya. balik kampung la tuh. pak cik darabdua dengan balik kampung awalnya. haih! mungkin ini perasaan seorang perantau yang tak balik raya. ini baru raya haji. belum raya aidil fitri. kalau aidil fitri, maunya saya tawan semua stesen bas kat Malaysia ni.

mungkin dengan menengok Peti Telebesyen dapat merawat rasa kepiluan tak balik raya ni. hati saya berbisik lagi. saya ke ruangan pawagam di rumah, saya terlihat sekumpulan rakan senegara saya. baik punya tunduk mengadap buku. buat latih tubi. ah cuba saiko saya lah tu. tapi saya jenis setadi last minute. tapi hari ni pun dah kira last minute. tapi mood nak setadi tu tak datang lagi. tak sampai seru lagi. kalau saya setadi awal awal pun. nanti sampai depan muka pintu dewan saya lupa.

masuk bilik, saya tengok kalendar buatan sendiri. oh hari ni hari ahad. kalau keluar bersiar siar di luar sana mesti bes kan? saya taip mesej rakan senegara yang lain. sepantas kilat tangan saya menaip. tapi, semuanya memberikan jawapan yang mengguris hati. "semalam ai baru je keluar dengan pakwe ai", "la, kenapa tak cakap awal awal. ai dah janji dengan pakwe ai lah", "aku kat kampung la woi, raya. kau tak balik raya ke?" cesss.. mungkin ini yang dirasakan oleh mereka yang tidak punya pakwe.

ah. saya tak kira. sebelum berlaku kes pecah rumah di apartment sini. baik saya keluar mencuci mata. oke, jalan terakhir! tet tet tet tet. saya menaip mesej lagi. "oi, teman aku pegi PAS. kalau tak, aku bakar nota kau! pilih, hidup atau mati. kau mati atau nota kau mati!"

*ape motif saya tulis entri ni pun saya tak tau. jiwa kacau bilau! ulang suara: nasib tade orang perasan yang saya taip hari ni hari ahad. hari ni hari sabtu weh. tadi saya tanya kawan saya. ah! betul betul kacau lah!

19 comments