Pagi Raya Tahun Ni Memang Tak Bes

Pagi raya ni saya dikejutkan dengan panggilan talifon dari mak saya. tapi, suara kakak saya yang timbul. 

"hoit! bangun la. kucing mu mati doh, tau dok?"
"mati amende la plok pagi pagi rayo ni."

saya bergeliat secara kecil kecilan.

"dok cayo, aku panggil ma."
"meyoh mati doh."

hu hu hu. bunyi tangis sedih dipagi raya.

"haaa.. kucing mu mati doh. aku oyak dok cayo. aku siap tengok saat saat dio menghembuskan nafas terakhir dia. mulo mulo dia senyap. pahtu ketar ketar sekkor dio. pahtu mati."
"ah. ni mu la ni. mu main ngan dio la tu. dio kan dok suko ke mu."
"otak lu. aku dok pegang pun dio lagi arini. tu pahmi nak gi tanam doh tu"
"hurrmm. nok wat gane. ajal dio doh, takpo la tu. mati pagi rayo."
"urm. selamat hari raya. okay lah! bai bai."

meyoh. ya, meyoh itu adalah si arwah yang dimaksudkan tadi. pada mulanya sedih saya agak tidak keterlaluan. tapi bila memikirkan perihal abah dan ma. perasaan sedih saya berganda. mesti mereka di mode kesedihan yang amat.

pagi pagi, meyoh akan kejutkan ma dan abah. dalam jam lima pagi. pagi pagi. lepas subuh. dia akan tido bersama saya. petang petang, balik keja abah mesti cari meyoh. malam malam, before tido. abah akan cari meyoh. bawak masuk dalam umah. betapa disayanginya si meyoh tu.

meyoh, bila bunyi moto abah. dia akan ber'catrun' ke pintu umah. tiada lagi definisi 'catwalk' disitu. hanya kucing yang menjadi peneman mereka. sejak anak anak dah merantau jauh ni, kucing la 'anak' mereka. cuti nanti, saya baru saja pasang angan angan, nak main main dengan dia. tapi shiro dah hilang. meyoh dah tade. oh, situasi ini sungguh sedih. kami sekeluarga pasti akan sentiasa merindui mereka.

ma pernah kata, kalau shiro dan meyoh dah tade. ma tak nak bela kucing lagi. meyoh dan shiro memang lain dari kucing yang pernah kami bela. rumah kami pasti akan sunyi. kalau tak, pagi pagi raya macam ni. kecoh dengan suara kami sekeluarga. berebut nak pegang kucing. saya tak dapat membayangkan suasana dirumah sekarang. rasa kesal meyelubungi diri, kesal sebab tak balik. at least. saya ada disana.




itu meyoh. kegedikan dia memang agak melampau. tapi itulah yang kami suka. bunyi suara manja halusnya. oh, terngiang ngiang di telinga kami. dia takkan tido dibawah kerusi, di tepi dinding. dia hanya akan tido diatas selimut tebal yang empuk. cukup untuk menunjukkan dia mengada ngada bukan. itu belum tahap nasi yang harus ditumbuk tumbuk dengan ikan goreng lagi. friskis? itu menu petang dia bersama susu.


 


ini shiro. pengawal keselamatan rumah kami. sungguh sedih dan pilu. sekarang rumah kami mesti dah tak selamat. kucing kucing liar pasti bermaharajalela disekeliling rumah. dan, bila lagi agaknya saya dapat mendengar dia memanggil saya dari luar rumah. 

*oh. lupa. selamat hari raya aidil adha kepada anda yang sedang membaca. semoga qurban tahun ini memberi seribu makna. tahun ni, saya betul betul mengerti arti sebenar qurban. walaupun saya tak mengorbankan mana mana lembu. tapi kucing kesayangan saya terkorban dihari raya korban.

35 comments