Selamat Kembali

oke. kembali menjadi ahli blog lagi. cuti semester saya start lewat iaitu 15 Disember. Saya bukan student Universiti sebab tu saya cuti lewat. tapi takpa, abes saja exam saya terus amek bus pegi Johor. saja melepakkan diri di rumah kakak. dan ahad lalu saya amek bus lagi, balik Jerteh. dan hari isnin saya pegi Kota Bharu. dan petang tadi baru balik Jerteh balik. Jerteh dan Kota Bharu dalam sejam setengah saja. Sepatutnya esok kena pegi Kedah tapi tak jadi. saya pun tak tau kenapa, tiap kali saya bercadang nak pegi Kedah. ada saja benda yang halang. memang tade jodoh dengan Kedah kot. ho ho ho~

pernah jumpa jenis jenis harga tak?





kedai perabot ni memang sempoi lah. ada lagi nama harga yang tak sempat nak di'snap'. harga tau takpe, harga masam masam manis, harga hitam, harga meletup, harga jarang ada, harga ikhlas, walaupun saya kurus tapi saya menawan, beli lah saya, harga gila bukan selalu ada, jangan ragu ragu. dan macam macam lagi lah. kreatif bukan tauke tu?

30 comments