Semoga Semuanya Pun Baru, Bukan Hanya Tahun Baru

Selamat bakal menyambut Tahun Baru 2009 buat anda dan selamat tahun baru Hijrah juga. pasti nya masing masing sudah bersiap sedia dengan agenda tersendiri dalam usaha untuk sambut ketibaan tahun baru 2009 sebentar nanti bukan? dan saya, seperti biasa. mengadap peti telebisyen di rumah. memandang abah saya pun sedang enak di buai oleh game Solitaire nya. maka, peratus hak milik remote control adalah seratus peratus di tangan saya. oleh itu, saya boleh dengan sesuka hati nya memilih mana mana saluran rancangan sekali pun. 

kalau tak, jangan harap lah saya boleh tengok cerita berdrama. paling berdrama pun cerita Salam Pantai Timur dulu. ini juga salah satu sebab kenapa saya tak suka menonton cerita di peti telebisyen. lebih baik saya menonton wayang atau pun guna CD. lagi lancar tanpa sebarang iklan produk kecantikan mahupun kopi tongkat Ali. 

Petang tadi saya berbual bual dengan jiran saya. sudah lama kami tak bertentangan mata. itu pun sebab saya terpaksa menunggu abah di luar rumah. ini lah bahana nya kalau keluar rumah tanpa membawa kunci rumah sendiri ya. adik adik, jangan lupa bawak kunci rumah ya? jadi, sambil menunggu abah yang tak pasti bila balik nya. maka saya memulakan aktiviti berbual bual kosong di bawah pohon mata kucing. dan hasil perbualan kami, saya dapat tau bahawa seekor kucing dikawasan rumah kami telah pun 'terbawa' ke satu tempat dengan tidak sengaja. jadi, mereka meninggalkan kucing tersebut di sana. kucing itu hanyalah seekor bayi kucing, masih kecil.

Pagi tadi sebelum keluar, saya lihat si bayi kucing bergurau senda dengan si Ibunya. dan tadi, mak saya mendengar si Ibu bayi kucing itu mengiaw ngiaw memanggil dan mencari Bayi nya. sungguh menyayatkan hati kami. saya cuba untuk memberitahu si Ibu yang Bayi nya sudah terbawa ke tempat lain. tapi, si Ibu tak paham. dan saya lihat mata Si Ibu nya, sungguh menyedihkan. dan apa lah nasib si Bayi kucing tu, sudah lah musim hujan sekarang ni. pasti kesejukan dan kelaparan.

Dalam tempoh beberapa jam lagi, kita akan menyambut tahun baru. dan ramai yang sibuk dengan list azam baru masing masing. sesetengah dari azam tahun 2008 saya sudah pun termakbul, walaupun hanya untuk sementara. Tapi takpa, itu semua sudah tersurat dan saya sentiasa bersyukur dan percaya setiap apa yang terjadi ada hikmah yang tersirat.

Jadi, untuk tahun ini saya berazam untuk lebih berbuat baik terhadap haiwan haiwan di dunia. Saya berharap agar lebih ramai manusia mempunyai sifat berkasih sayang dan berbelas kasihan terhadap haiwan haiwan disekitar kita. kalau tak suka haiwan tu sangat pun, jangan la sampai di sepak terajang. halau saja lah. kalau geli sekali pun, jangan lah sampai membaling batu untuk menghalau dia. dan saya berharap saya dapat berkomunikasi dengan haiwan, jadi saya boleh marah kucing kalau dia berak di dalam rumah. saya boleh nasihat dia jangan cari pasal dengan kucing jantan lain. dan ajar dia cara untuk melintas jalan raya dengan betul. pasti tiada lagi mayat mayat kucing dan ayam yang bergelimpangan di jalan raya. Selamat Tahun Baru 2009 dan Tahun 1430 Hijrah semua!

40 comments