Sesuatu Yang Indah

uffhh~ahh~ keletihan dan kelenguhan. walaupun bukan saya yang memandu, tapi letihnya bagai saya memandu sebuah bas. oh ya, dua hari lepas saya pegi Kedah. pagi pagi buta mak saya kejutkan saya, kata nak pegi Kedah. aiseh, ingatkan tak jadi. hohoho~ 

tapi ada sedikit kecelaruan perasaan sepanjang saya berada di Kedah. yang ini tak perlulah saya cerita dengan panjang lebar. ini salah satu daripada rahsia cinta peribadi saya. cheewah~

oke lah, saya cerita jugak. saya tau anda si pembaca mesti berkobar kobar nak tau bukan? hahah! masa saya di Kedah, saya terjumpa kawasan tanah perkuburan arwah cinta hati saya. macam mana saya jumpa? secara kebetulan, dan sememangnya saya ada alamat tanah perkuburan arwah. cuma belum berkesempatan nak pegi. ah, rasa rindu sangat. rasa lepas sedikit niat yang terniat. tapi lain kali saya pasti pegi lagi dan bacakan yassin untuk arwah. oke oke. cukup untuk itu saja cerita saya. jangan banyak tanya, oke?

Tapi awan dan langit di Kedah sungguh lain dari yang lain. okay, maybe itu cuma perasaan saya saja. tapi saya rasa awan dan langit di Kedah begitu cantik dan tenang. walaupun saya kurang paham apa yang mereka duk mmbebel, tapi Kedah cantik.


 


hang nak anyak nyioq dak?

20 comments