Sori Surat Khabar. Saya Terlalu Bizi Dengan Buku

tadi tengahari, selesai untuk part Matematik Kejuruteraan 4. Sungguh bahagia tapi lapar, saya melangkah ke tempat parking baby blue dengan penuh kelaparan, dengan melihat ke kiri dan ke kanan. Dengan bacaan bismillah, saya memulas telinga kanan baby blue hingga 60km/j menuju terus ke kedai minyak moto. Baby blue perlukan minyak dan saya perlukan nasi. Tapi baby blue dah agak dahaga sangat ni dan sebelum dia menangis mintak minyak, baik saya cepat cepat minyakkan dia dan sebelum saya yang menangis sambil menolak baby blue.

Seperti selalu, saya bagi kertas hijau kepada penjaga mesin duit, tertera nombor 5 disitu. Saya suka 'kertas' hijau itu sebab unik. Dia senyum, saya senyum. Ya, senyum itu kan satu sedekah. Dalam hati saya berkata "boleh tak saya bayar guna senyuman?"

Tanpa melengahkan masa, sebelum saya jatuh hati pada penjaga mesin duit tu, cepat cepat saya pegi mengisi minyak sebab baby blue dah menjeling tajam, jeles agaknya. Pengisian minyak berlaku dan tiba tiba minyak melimpah keluar. Ahhh...... ini yang tak berapa nak best ni, satu jenis pembaziran dah berlaku. Baby blue digoncang goncang dengan kadar lemah lembut, sebenarnya saya pun tak tau apa motif pergerakan ni dilakukan tapi haritu saya tengok lelaki tu buat benda yang sama bila minyak dah penuh. Dia goncang goncang, pastu dia isi balik. Minyak tak melimpah dan tumpah! So, saya tiru dia la ni, saya goncang goncang pastu saya isi. Saya goncang goncang pastu saya isi lagi sampai tahap dah tak boleh goncang.

Saya tengok meter ada lagi balance beberapa posen lagi. Tiba tiba pekerja kedai minyak datang tolong, dia pegang motor saya lepas tu dia goyang goyangkan motor, dia punya goncangan memang tiptop. Lepas tu dia suruh saya isi lagi. Pehhh, clean and clear. habis terus yang berapa posen balance tadi tu. Tak membazir tak melimpah. Kalo tak, rugi 70 sen saya. Eh, 70 sen ni dah boleh beli jambu batu kat seberang jalan tu tau, dah boleh beli ais krim potong kat kedai smart 99.

Lepas tu untuk elak malu, saya tanya brother tadi. Kenapa boleh limpah, selalu saya tong 5 ringgit. ngam ngam.

"adek manis, itu minyak suda turun. adek manis tada tau ka?"
"Oohhhhhhh............"

*betul ke harga minyak dah turun? bila?

34 comments