Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Gua tak suka budak Poli gua dulu. Sebab kebanyakannya dah mengada, konon dah jadi student U. Yelah, dulu student poli je. Sekarang dah over excited sebab dapat jadi student u. Bila makcik makcik tanya, buleh jawap dengan bangga. "Saya belajar kat Universiti". Kalau dulu, bila makcik makcik tanya, nak jawap pun nak taknak je takpun jawap "Saya belajar kat poli Jerrr".

Bila jumpa kawan sePoli dulu, buat tak tau aje. Terserempak dalam toilet pun buat tak tau je. Bukan gua nak suruh tolong basuhkan baju gua pun. Gua nak mintak sabun sikit je pun. Ehhhh.

Gua tak bawak kerete, jadi nya takda la budak sePoli gua yg nak buat buat baik dan menyendeng kat gua. Buat baik dengan gua pun, gua tak buleh nak tumpangkan dorang ke kelas mahupun ke bandar. Paling tip top, gua buleh ajak dorang naik bus sesama pegi kelas. Dan balik kelas, dengan jalan kaki. Kalau buleh, agak nya Kad pelajar pun dorang nak amek gamba dan letak kat fesbuk. Buat primary photo lepas tu tag semua orang dalam friend list. Gua, simpan dalam beg. Tak pakai pakai sejak hari pendaftaran, sebab gamba gua tak lawa. Eh, gua memang tak lawa.gitu.

Gua, rilek je. U ke Poli ke. Janji kat situ ada makanan sedap dan murah. Kat poli dulu, makanan mahal. Sini murah. itu yg gua amat suka. Sekali makan, tak sampai Rm4.00 dah buleh buat gua hapi go lucky. Pegi kelas pun sambil menguap, tak payah nak control cun dan hebat. Lagi pun gua tak aim mana mana lelaki yang bawak kerete yg buleh gua harapkan menjadi Pakwe gua. Pendek kata gua tak bergantung harap pada harta orang, sama ada kawan atau lelaki. Lagi pendek, gua tak materialistik. Macam budak tuuuuuuuu. Dah la. Gua tengah bad mood ni. Rasa macam nak simbah air sirap kat bilik budak budak tu je.
Tadi, ada perjumpaan antara pengetua dengan pengemuda. Of koz la saya si pengemuda nya dan dia pengetua. Dalam banyak banyak banyak banyak banyak yang dia bebelkan. Satu aje yang saya ingat dan amek endah. Kalau buleh nak salin, tampal kat dinding, buat rujukan masa hadapan.

Yaitu, cara cara mendapatkan jodoh. Disini, saya taknak berkongsi dengan awak awak awak awak dan awak semua. Dia kata, dah nak dekat akhir semester baru buleh praktik. Sekarang tak buleh. Kang esok nanti ada yang dah kawin, menurut beliau.

Serasa saya, sekolah ni takda lah besaq tapi memang buleh tercabut lah lutut kalau berjalan dari pintu pagar depan sampai pintu pagar belakang. Kalau tak tercabut pun, maybe otot otot kaki akan mula membesar dan Kaki akan nampak tough. Mesti hebat kan? Masa tu, Malik Nur dan Si Polis tu dapat merasakan mereka bakal mendapat saingan hebat dari saya.

Susunan kelas dengan Bangunan pun memang boleh menyesatkan. dan memang dah sesat pun. Maybe dorang perlu kasi satu GPS free kepada student baru macam saya. Kat dalam hostel pun buleh sesat jugak. Nyaris menangis sebab tak jumpa bilik lepas pegi bergosip kat bilik kawan. Nasib toilet sebelah bilik aje. Jadi nya, memang takkan ada kes sesat ke toilet lalu terkencing dalam kain. Yang paling tip and top, makanan. Murah. Ada sesetengah nya mencapai tahap 'Gila Murah Siot!'. I loike!
Malam ni, last saya buleh tido dengan katil yang agak empuk tilam nya. Dengan bantal golek yang sedap sedap buat peluk. Dengan Selimut yg wangi dan tebal. Sambil dihala dengan kipas yang kurang mengenang jasa. Selalu aje buat hal. Mengada.

Malam ni juga, malam last nyamuk nyamuk kebal ridsect buleh hisap darah muda saya. Nyamuk zaman sekarang, kasi mandi dengan ridsect pun belum tentu mati. Siap buleh buat aksi renang berirama sekali, kot. Apalagi kalau setakat sembur aje, bersin gitu je kot dorang tu. Huh!

Malam ni juga lagi sekali, last saya buleh main lumba lari dengan kucing saya. Lepas ni mesti rindu gilak. Lepas tu, bila saya balik rumah balik. Dorang dah tak kenal saya. Ceh. Macam budak budak la kome nih. 

Apa pun, I'm gonna miss kome sume! Esok, lusa. Dah tak buleh nak bersenang lenang lagi. Dah tak buleh bangun lewat. Pasai awal awal pagi esok, saya akan bertolak ke Melaka. Seawal mana tu saya tak pasti. Bagi saya, jam 11 pagi pun kira awal jugak. Melaka, pegi rumah makcik aje. Bukan pegi jalan jalan naik beca yg supermahal tu. Pasai lusa nya pulak, bertolak ke Batu Pahat. Saya tak pernah ke Batu Pahat. Kawan saya kata, kat sana ada patung orang sedang memahat batu. Comel ke tak, tak tau lah. Betul betul wujud ke tak, saya pun tak tau.
Hari ni genap 20 Disember 2009. Genap adik saya berumur 16 tahun. Walau tahun depan dah masuk form 5. Tapi dia baru masuk 16 tahun. Jadi nya, dia baru buleh daftar nama untuk amek lesen motor. Kawan dia yang lain dah dapat lesen sebab kawan dia lahir awal tahun.

Haha. Apa pun, Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran kali ke 16. Moga lebih matang bila kena marah dengan mak abah, jangan cepat merajuk kalau takdapat apa yang diinginkan. Jangan selalu main game sampai hang komputer. Jangan selalu pow kakak kakak, asyik mintak aiskerim dengan mister potato aje. dan Rajin rajin lah kedapur.

Apa cerita kalau dah hidup 16 tahun tapi piring pun tak kenal. dan, jadi anak yang soleh dan adik yg baik. Okai, Selamat Hari Jadi Dik, I Love You! ;p


 
*konon
Awak, awak ingat stailo sangat ke kalau bawak motor sambil menyenggeng dengan kelajuan sama macam kekura mengejar siput babie. Awak nak saing kekura tu ke apa?. Awak tau tak saya tak suka orang lembab cenggitu kat tengah jalan raya? Saya rock, apa barang bawak motor macam nak cari rumah sewa sambil sedut-hembus asap rokok yang awak tak mampu nak beli sekotak pun.

Saya nak cepat, pegi gerai makcik yang jual goreng pisang tu cepat cepat. Sebelum habis. Makcik pun satu. Belum jam 5, goreng pisang dah habis. Makcik jual goreng pisang ikut opis hour ke apa?

Yang awak duk sengih sengih sambil suit suit orang perempuan yg lalu lalang kat tepi jalan tu kenapa? Awak ingat awak hemsem sangat ke nak suit suit orang dengan mulut yang berbau asap rokok tu? Dengan helmet tu mungkin awak nampak hemsem, cuba bukak helmet tengok. Abang Harun Salim Bachik lagi hemsem laaahhh.

Mesti lah saya hangin, pasai awak dah menghalang saya dari bertindak aktif dan pantas di tengah jalan. Saya nak potong awak pun tak buleh pasai awak perasan awak bawak motorboat, bawak sampai ke tengah. Bila saya dekat, awak perasan saya nak tekel awak. Hak tuih lah awak ni. Sekeh kang.
Tarikh : 12 12 09 Malas nak taip banyak, jugak. Yang pasti bukan saya, jugak.


 

 

 



 
ini saja nak test pelamin. Kot tak kukuh ke, tak stabil ke.

Selamat pengantin baru kepada sepupu, Emi dan Zed Zaidi. Saya takdak banyak gamba masa dorang berarak dan bersanding pasai masa tu saya bizi makan nasi. Nasi dengan gamba, of coz lah nasi oit!
Rasa macam nak update blog tapi takda idea. Pasai takda benda yang best. Hari hari tido, bangun, makan, main game, bukak fesbuk. Tak tengok tivi pun, sebab saya bukan mek tivi. Semalam start menjahit baju. Bukan pandai sangat pun, janji ada rupa baju kurung bila dah siap nanti. Itu pun dah kira orait. Dekat rumah, bosan gila. Hari hari cari gaduh dengan adik. Sampai gaduh pun dah hilang, tak tau mana nak cari lagi. Hujung minggu nanti, pegi Pekan. Ada majlis perkahwinan. Best ke tak, tak tau. Ramai orang ke tak, macam ramai. Hemsem ke tak, macam tak.
Ho Yeah. Sekarang, dah buleh start aktif ber-blogging balik pasai broadband dah okai. Tak merajuk dah. Bill pun dah bayar, walau kena tunggu sehari baru buleh online. Kalau dulu, online guna broadband akak, semalam guna wireless jiran. Hari ni, dah buleh guna broadband sendiri. Buleh lah download banyak banyak lepas tu mengadu kat Celcom Care Line yang intenet adalah slow tahap kura.

Minggu depan, dah kena buat medical check up dan bayar yuran pendaftaran, abah dah bising suruh buat cepat cepat. Saya nak rilek rilek tengok hindustan pun tak buleh. Lagi satu hal, ptptn. Dem! Malas nak pikir hal ptptn. Tapi, terpaksa. Kalau tak, mana nak cekau duit. Tapi, sekarang nak apply ptptn macam banyak songeh pulak, nak kena beli no pin kat Bsn. Lepas tu, buat secara online. Dokumen lain tak tau lagi. Hurm. Rasa macam orang tua bila tak tau menahu pasal benda benda macam ni.

Oh ya. Setelah membuat sedikit kajian, saya rasa UTHM lagi okai untuk saya, sebagai seorang lepasan diploma dari Politeknik pasai orang kata UTHM dengan Politeknik ni lebih kurang adik beradik. Adik beradik celah mana pun tak tau. Janji, bila sambung belajar, saya buleh survive dan dapat immunity. hoho! Maybe, UTHM tak se-bandar UITM.

Tapi takpa, pasai Darkk kata kat sana ramai lelaki hemsem. Harap dapat petik sorang dua, buat tukang basuh motor dan tukang beli nasi. Lagi satu, hari tu kakak saya bertunang. Macam kelakau pun ada. Tak pernah buat majlis besar gitu. Agak kelam kabut. Jadinya, Tahun depan saya dapat abang ipaq la. Buleh belajaq cakap orang kedah pasai dia orang alor staq. Amacam?
Tarikh : 28 11 09. Malas nak tulis banyak, yang pasti bukan saya.
   



 



 

 


Selamat Bertunang, Kakya dan Abang Bob. Tak sabaq tunggu tahun depan. dan Abang Bob, anda lagi selangkah ke alam Keluarga Zulkifli. Welcome!
Semalam, ada customer datang mengadu makanan yg dia beli dah expired date dan nak tukar lain. Bila check balik. Rupanya, lagi 2 tahun mau expired. Nasib hemsem, jadi tak kesah sangat. Biasalah, kadang kita yang tak berapa hemsem pun ter-rabun mata. Tapi, kalau ada customer yg datang nak tukar lain sebab makanan tu tak sedap. Walau hemsem macam mana pun, ada juga rasa nak sekeh kepala orang. Apa lagi kalau tak hemsem. Siot lah lu bhaii.

Kalau macam ni, boleh digunapakai lagi ke istilah "The Customer is always Right"? Pakcik Makcik, Abang Kakak, lain kali jangan nak pikir murah ajaa. Hoi, sekeh jugak kang. Okai. Lagi seminggu lebih sikit mau balik rumah. Rindu mau main sama pusak, kepok kepala budak.
You wear one and give one to your partner. Then whenever you both are "in range", the pixilated hearts start glowing to full charge. This means your beloved is somewhere nearby and you can go over and give him/her a hug!

When you are out of range the glowing hearts dip to two and a half. Essentially you either need to pick up two T-Shirts or one T-Shirt and a transmitter for the concept to work. Replicating the life power of your fav gaming hero, the hearts on the Tee indicate your life/love status: weird but cute! 

*Nanti nak beli lah. Sementara dapat Encik Pakwe, sempat lah kumpul duit. $24.99 per satu baju. Amacam?
Seminggu ini saya agak bizi, kali ini saya betul betul bizi punya. Tak buat buat bizi macam selalu. Sekarang saya bizi mencari rezeki untuk memberi nafkah kepada diri sendiri. Sepanjang seminggu saya sebagai cashier, cashier disebuah pasaraya yang tak ada di pantai timur. Jadi, banyak benda yang saya tak tau tapi terpaksa amik tau. Tapi ada best nya juga jadi cashier ni ; 

 1. Dapat bertemu dengan ramai orang, terutamanya mereka yang Handsome. Lagi best kalau buleh beramah mesra bersama mereka dan bertukar senyuman. Ini ibarat, 

"Awak beli barang kat pasaraya ni, percuma satu senyuman dari saya," 

2. Dapat belajar bahasa baru, bahasa bangla contoh nya. Saya dapat tahu orang bangla, panggil straw sebagai paip.

"itu paip, mana ada?"
"paip? paip air?"
"Ya, paip itu buat minum air. Mana ada?" 

3. Dapat belajar cara berkomunikasi dengan mereka yang tak paham melayu iaitu dengan menggunakan bahasa isyarat. Buat bentuk petak, untuk minta kad ahli. Senyum, untuk minta wang.

4. Dapat memberi ajaran sesat kepada customer. Contohnya, bagi arah jalan yang salah. Cara penggunaan yang salah, kelebihan kad pasaraya dan sebagainya. Macam biasa, bila menjawab mesti dengan rupa yang penuh yakin. Ini adalah untuk menduga customer, sama ada senang ditipu atau tidak. 

5. Dapat menjalankan kempen Katakan Tak Nak pada rokok dengan sendiri. Contoh nya, bila customer tanya ada jual rokok ke tak, sepantas kilat jawap "Takda." dengan rupa penuh yakin. Walau kaunter rokok, sebelah kaunter anda. 

6. Dapat kenal jenis perangai orang. Orang lelaki contoh nya, lelaki yang baik akan pegang duit dihujung duit bila hulur duit mahupun bila amek duit baki. Lelaki biasa, pegang duit dengan ngam ngam, dengan biasa, amek duit baki pun biasa aje. Lelaki gatal, sengaja buat terpegang tangan cashier bila amek duit baki sambil senyum gatal. Orang berbudi bahasa budaya kita, akan hulur duit dengan baik baik. Orang kerek, akan bagi duit dengan gaya kerek. Kadang, main baling duit.
Satu moment, di kedai perompak, di selatan Malaysia.

"Bang, ni kira macam mana?"

"Satu, Empat ringgit."

"Clear tak ni?"

"Clear bang. Kalau tak clear jugak, abang lap screen tivi. Kompem clear." 

 Ceh, konon lawak. Dah la perompak. Eh, saya tak beli. Abang tu yang beli.
Abang Teksi, Kenapa abang teksi buat derk je bila saya bukak pintu? Bukan ke abang teksi sepatutnya letak handpon abang teksi dan tanya saya nak pegi mana? Dan bukan nya buat buat tak tau sambil bergayut dengan makwe abang teksi yang bernama Fi tu. Ceh!

Abang Teksi, Kenapa abang teksi memandu sambil bergayut? bukan ke tak bulih memandu sambil bergayut? lagipula abang teksi tak pakai handsfree. Bahaya tuuu. Walau saya tak berapa nak reti bawak kerete, tapi saya tau jugak peraturan memandu kerete. Abang teksi ingat abang teksi tu cekap sangat ke bawak kerete dengan satu tangan pegang handpon satu tangan pegang stereng, kadang kepit handfon dengan bahu bila nak tukar gear. Hek eleh! 

Fi, Makwe abang teksi, Akak, kenapa akak masih jugak nak bergayut dengan abang teksi kalau memang dah tau dia sedang bekerja. sedang memandu. Akak tak sayang abang teksi ke? Kang kalau kena saman, akak jugak yang rugi. Lama lagi kena tunggu abang teksi cukup duit mau pinang akak. Kalau kena saman, tak pa lagi. Kalau ter-eksiden? Saya bukan doakan, cuma mau bagi peringatan. Berhati Hati dijalan raya. Ingatlah Orang yang tersayang. Ingat?

Fi, Makwe Abang Teksi, Akak nak borak pasal loghat negeri kelantan akak dengan loghat negeri kedah abang teksi, buleh borak malam karang. Akak ingat saya tak dengar ke apa akak borak dengan abang teksi? Iya lah, memang abang teksi kata kami tak dengar apa abang kakak borak pasal dia dah pasang radio kuat kuat. Tapi volume abang dengan akak lagi kuat dari volume radio tu.

Abang teksi, Kot iya pun taknak letak handpon, at least bila kami nak bayar tambang tu, letak la tepi dulu handpon tu. Kan dah terkial kial cari duit baki. Macam lah makwe abang teksi tak buleh tunggu. Ceh!
Lama tak update. Bukan apa, malas. Ya, saya malas nak update. Hari hari saya cuma makan, tidor, menonton tivi dan berinternet. Sampai waktu solat, solat. Sampai waktu tidor, saya tidor. Mak pun dah kasi title "Penganggur Terhormat" kepada saya. Dan saya suka dengan title tu. 

Malam semalam, handpon penuh dengan mesej. selang 15 minit mesej masuk. Biasa lah, mesej ucapan selamat berpuasa dari kawan yang jarang dengar kabar berita. Selalu nya waktu macam ni la baru bertanya kabar. Waktu yang jarang datang. Sepanjang aktiviti membalas mesej tu, kawan saya ada mengusulkan satu cadangan. Siapa puasa penuh, dia dapat duit raya. Saya harap saya menang. Rasa malas datang lagi. Bai!

Oh ya, rasa macam nak tukar www.farhanalicious.blogspot.com kepada yang lain. sebab haritu terkelik, www.farhanalicious.blogpot.com. terkeluar pulak Bible College Online. Pelik.
 
 buleh kelik pada gamba untuk lebih clean and clear.
Haiii Awak ;p (cuba buat gaya gewdicks)

Sekarang mungkin saya dalam perjalanan menuju ke Melaka. Saya pun kurang pasti Melaka kat bahagian mana yang saya akan jejak. Yang pasti nya saya membawa perut yang kosong dan tupperware kosong kerana saya sekeluarga ke sana adalah untuk menghadiri Majlis perkahwinan Sepupu saya yang paling garang, rasanya. Dia punya garang melebihi abah saya. Sekali dia jeling, buleh jatuh pengsan dan tergolek golek.

Saya memang agak tak sabar nak ke Melaka, sebab saya nak tengok sapa yang berupaya menawan hati sepupu saya yang garang lagi Ustaz ni. Ya, dia adalah Ustaz. Juga tak sabar sebab kat sana saya akan bertemu enam mata dengan abang abang dan kakak saya yang hanyut dalam dunia kerja masing masing dan lupa terus pada saya, adik nya yang tak bergaji. Juga, bertemu mata dengan sepupu sepopo saya yang lain. Gila ramai sepupu saya, tapi semua dah tua dan beranak pinak.

Oke, baiklah. Saya akan berada di Melaka, untuk beberapa hari. Jadi, sapa orang di Melaka yang terjumpa muka seperti rajah dibawah, disyorkan untuk bertegur sapa. Sekian, terima kasih.

*keadaan ni menampakkan saya sama tinggi dengan adik saya. haha. Tak-tik.*

*Saya bermimpi bertemu dengan ular, yang menakutkan. Mengigit dan menelan tangan saya. Dem! Sila basuh kaki sebelum tido jika tak mahu mengalami mimpi ngeri sama seperti saya. Pesanan Ikhlas dari Farhana Zulkifli. Cekidaut!
"Sapa pulak uninstall game lumba kerete nih?"

"Huh? Game lumba kerete? Entah, mana nak tau. Ayie la kot. Dia je duk main."

"Eehh. Abah pun main juga. Kenapa dia pegi uninstall pulak."

"Lorh. Tak tau."

"Abes tu macam mana ni, abah nak main game apa ni"

"Tunggu Ayie balik la. Suruh dia install lagi."

"Ahh. dia itu mesti sebab abah dah menang banyak kali"

"Lorh, abah."

Patut la malam malam saya asek dengar bunyi kerete aje.
Hai. Saya agak bosan hari ini memandangkan remote control buat hal. Jadi nya, tak buleh nak on tivi dan tak buleh nak tengok cerita drama taiwan kegemaran saya. Rasa juga macam nak sedekahkan tivi kat jiran. Alih alih, on komputer untuk bermain game. Cari cari cd game, hilang pulak. Game kegemaran jugak, datang pulak rasa nak hadiahkan komputer untuk jiran belah kanan pulak. Last last update blog dengan isi yang entah apa apa. Mungkin sebab ini juga saya tukar template. kerna terlalu bosan. Bosan dan berpuasa.

Jadi, ini 15 hal berkaitan dengan Farhana. Sedikit tabiat juga. Sebelum berlepas ke kelas makcik makcik. Ya, saya menjalani kelas makcik makcik sekarang ni. Harap saya buleh get along dengan makcik makcik, ini kerana ada makcik makcik yang jenis suka promote anak masing masing. Bosan jugak, apa patut saya promote anak kucing saya juga?

oke, ini dia, randum mengenai farhana. (kutip perkataan 'randum' di belog Encik Dark) 

1. Walaupun saya tau seterika tu tak on, saya tetap rasa ngeri bila dia ada disebelah saya. Buleh rasa seriau jugak.

2. Mula meminati faizal tahir selepas kes dia bukak baju itu hari, sebab saya rasa dia sungguh kewl. Lagi lagi bila dia dah potong rambut. Tapi saya tak pernah dengar lagu Bencinta beliau.

3. Kawan saya kata, saya selalu balas mesej sambil menggerakkan mulut. Bukan terkumat kamit.

4. Kuku saya pendek dan selalu diperli oleh ma-abah, dan seorang rakan.

5. Orang kata saya 'lara' bila makan, lambat dan lembap. Sebab tu saya tak suka keluar makan dengan orang yg makan cepat. Boleh membantut nafsu makan saya.

6. Nama dalam contact list hp saya dijarakkan antara huruf huruf, contoh; F A R H A N A. Dan nama dalam contact list saya, kebanyakkan nya nama artis. Contohnya, F A I Z A L TA H I R. ini akan membuatkan saya teruja bila lihat nama Faizal Tahir di screen hp bila ada call masuk. Tapi kadang kadang saya sendiri lupa nombor talifon sapa.

7. Bila check poket seluar saya, mesti akan jumpa duit. Paling teruk pun mesti ada sepuluh sen. Paling bahagia, RM50. Ini adalah sebab saya jenis simpan duit dalam poket dan bila basuh, saya tak check poket seluar. Jadi, kalau time sengkek, saya akan check poket seluar terlebih dahulu sebelum ke bank. Saya juga jarang simpan duit dalam purse.

8. Jarang pakai cincin. Lebih kepada tak suka. Rimas kot. Lagi pun, mak kata org yg sudah bertunang baru lah boleh pakai cincin. Tanda sudah berpunya. hohoho!!

9. Saya selalu berasakan yang saya ni juling. Juling air, tak tau kenapa.

10. Pernah dituduh Lesbo. Akibat terlalu rapat dengan kawan baik saya semasa di sekolah. Tapi itu fitnah semata mata. Alah, normal la tu bagi perempuan, bila jalan jalan pegang tangan kan? 

11. Cuma pakai subang ditelinga belah kiri saja. Bukan nak tunjuk rock atau roll. Tapi sebab subang sebelah lagi dah hilang. Nak bertindik sekali lagi macam malas pulak. Dan takut juga. Nasib juga ma-abah tak bebel.

12. Tempoh masa saya menggosok gigi adalah hampir 10 minit. Mungkin sebab tu saya mandi dengan lama nya kot.

13. Bila membasuh pinggan, saya perlukan buih yg banyak. Tak berbuih, tak basuh.

14. Saya juga tak reti guna mesin basuh. Tapi kalau mesin basuh yang dulu saya reti, tapi dah rosak. Harap maklum.

15. Saya tak makan hati ayam, Itik, Ikan keli. 

Ya, saya sedikit cerewet. Saya sudah kenal dengan diri saya, anda pula bagaimana?
Hai semua. Dah lama tak update, kan? Rilek lah, saya masih ada. Masih sihat dan waras, cuma sedikit malas dan malas dan tadak idea. Lagi pula, saya dalam kemurungan akibat tak buleh nak sambung degree dalam mana mana kursus di mana mana universiti.

Kadang rasa macam sakit hati jugak, tapi rilek lah. Bak kata orang ramai, semua orang ada rezeki masing masing. Saya cuba memujuk diri sendiri. Tapi tadi petang, kemurungan saya terganggu bila dapat tau jiran sebelah buleh sambung degree dekat Mesir, sama dengan kakak nya yang sama baya dengan saya. Takpa lah, itu rezeki mereka. Saya tumpang gembira untuk mereka.

Kerja rutin harian saya adalah melepak dirumah, menonton tivi dan memasak untuk adik saya. Saya tak paham kenapa dia buleh makan dengan banyaknya. Oh lupa, lelaki. Lelaki memang makan banyak. Nasib saya ada bawak duit lebih masa keluar berpesta dengan adik saya di Pekan Budaya. Orang lain pegi untuk bersuka ria, dia pegi untuk makan. Malam malam asek main game, bila masa nak study entah. dan ini untuk adik saya, Ayie yang malas nak study.

*tambah 'Mat' dihadapan nama untuk kasi nampak lebih tegas, tegas kan? 

Tambahan; *baru perasan betapa hudoh nya tulisan saya. Dah lama tak menulis kot, otot jari dah kejang. he-hu
keadaan makin kusut. makin serabut. saya dah cuba sikat dengan rapi, sekali dengan minyak zaitun lagi. tetap tak buleh. tetap jugak kusut. kusut pun dah menjadi masai.

last - last sikat pun patah. betul betul rasa tegang. tapi mungkin juga hormon tak berapa mencukupi, itu yang buat jadi tak stabil. hormon tak stabil boleh jadi bahaya, buleh merosakkan hubungan sesama makhluk.

kadang kadang rasa menyesal. kadang kadang rasa tak. sebab satu hari nanti keadaan ni terpaksa saya lalui juga. apa beza nya sekarang dengan kemudian. sakit tetap sakit. sampai bila nak berdiam diri saja. lebih baik sakit sekarang daripada kemudian hari, sekarang masih muda. masih kuat. masih awal. bak poster di hospital, mencegah lebih baik dari merawat.

mungkin saya patut mendiamkan diri, menjauhkan diri. tapi nampak gaya nya keadaan makin kusut. makin bersimpul. tapi belum sampai tersimpul mati lagi. makin saya lari makin dekat dia datang. memang dekat pun. sipi saja.

langkah terbaik, meng-invisible-kan diri. kot kalo kusut jugak, terpaksa gunting dan buang. selepas beberapa minit, saya tersedar. bahawa jiwa dan hati saya masih berperasaan. masih boleh digunapakai. masih sakit bila dicucuk. lama juga tak rasa sakit sebegini.

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Cucuk Lagi. Boleh Saya Rasa Sakit Lagi.

*kalau rasa sakit boleh dipilih pilih, saya pilih rasa sakit berperisa strawberi.
"Oit. Aku bosan la kat umah, ko ada cite yang bes bes tak? Pinjam weh"

" Ada tapi yang dah lama la."

"Cite apa? takpa, meh aku tengok dulu. Kot aku tak tengok lagi ke, lagipun aku memang bosan gilak duk kat umah ni"

"Oke oke, jap lagi aku bagi"

"Oke, set! Kalo buleh cari cite orang yang hemsem sket, nak cuci mata kasi kilat kilat sikit. dengan perempuan yang kiyut kiyut sekali. tak kiyut tak nak"

"Kalo gitu kena tunggu aku berlakon dengan Lisa Surihani dulu la, buleh?"

"Owh. Takpa lah, baik aku tengok Wanita Hari Ini aje lah."

Terima kasih kepada sahabat sejati saya kerana telah meminjamkan DVD berupa set cerita Oggy and the Cockroaches. Saya harap hari hari saya yang akan datang lebih bahagia di samping cerita pinjam ni. T_T
dua hari lepas, rumah saya dikejutkan panahan kilat secara tiba tiba. lebih kurang jam 12am, masa tu saya duk ralit bermain game sambil meriba laptop. tiba tiba ada bunyi letupan sekaligus dengan blackout. tindakan refleks saya masa letupan tu adalah membaling laptop jauh jauh. tapi masih lagi di atas katil. masa tu, saya memang tak guna bateri laptop, direct terus pada letrik. mati mati saya ingatkan laptop saya terbakar sebab saya terhidu bau hangit dan katil saya penuh dengan dedebu. hampir saja menangis. saya masukkan bateri dalam laptop dan cuba on sambil membaca bismillah, dan alhamdulillah. laptop masih bernyawa.

masa letupan berlaku, saya rasa rumah saya bergegar. dan memang bergegar pun, habis semua jam dinding dan gambar yang tersangkut pada dinding jatuh. cermin tingkap dibahagian dapur semua nya pecah. di ruang tamu, abah datang bersuluhkan dengan lampu bomba nya, bau hangit penuh satu rumah. rupanya, power board rumah saya dah terbakar. nasib tak meletup saja. lampu rumah pun tade yang meletup, cuma terbakar saja. tapi cermin yang abah letak pada lampu pecah teruk. kabel talifon hampir terputus.

jadi, malam itu kami berempat tido diruang tivi sebab cuma diruang tivi saja yang ada lampu emergency. mak kata, malam tu malam perayaan bagi nyamuk. takde kipas nak halau nyamuk. dah guna ridsect pun masih boleh hisap darah orang. dasar nyamuk!

esok pagi nya, kami meninjau ninjau kawasan laman rumah dan abah jumpa satu lubang sedalam satu hasta di belakang rumah. kata abah, kat situ la peluru kilat jatuh dan pokok pisang kat situ habis mati, daun semua mati. tali yang abah ikat kat pokok kelapa pun putus.

jiran saya datang melawat dan kata nya kami perlu buat doa selamat, mintak jauh dari bala dan buat tawari. saya tak tau apa kebendanya tawari tu, ini pun tak tau betul ke tak ejaan nya. saya memang tak tau menahu bab ni. dan saya memang tak kisah kalau ditipu. saya tersangat bersyukur yang saya tak terjadi apa apa sebab masa panahan kilat tu kan saya duk meriba laptop. maunya laptop saya meletup, dengan saya - saya sekali akan ikut meletup.

syukur ya amat sangat. malam tu saya juga bernasib baik sebab selalu nya saya akan menonton tivi hingga lewat malam. mak kata, kilat tu datang dari dapur terus ke ruang tivi terus ke ruang tamu dan terus ke power board. sekali lagi bernasib baik. maunya saya duk ralit tengok tivi, aahhhh... tak mampu nak bayangkan. apa pun, sampai sekarang saya sedikit takut nak bukak laptop dan bermain game. fobia kot.
Sabtu lepas mak abah adik selamat pulang dari Umrah. Selasa lepas saya selamat balik ke Besut. dan semenjak hari itu saya tak habes habes berkemas rumah. yang pelik nya, pagi saya kemas. malam mesti bertukar menjadi reban ayam. esok kemas balik dan malam jadi reban balik. sungguh tak tahan. macam seorang pembodoh pulak rasa nya. arghh, saya memang tak suka bertanggungjawab ke atas sesuatu yang saya tak buat!

tadi pagi, result permohonan UPU dah keluar. seperti yang dijangka kan, saya memang tak dapat mana mana Universiti. tapi saya tak kesah sebab saya memang dalam mood pemalas sekarang. tapi kalau saya tak sambung belaja, apa saya nak buat? kebanyakan keja sekarang asek mau Ijazah saja. pelik betul. apa pun, saya cuma berharap dikurniakan wang yang banyak. jadi saya boleh bergoyang kaki di rumah sambil belaja memasak. heheh!

mak saya kasi cadangan bernas tahap beras, yaitu kawin. kawan saya pula mencadangkan saya menjual semua kartun kecik yang saya buat. tapi saya tak rasa ada orang nak beli. jadi saya abaikan kedua dua cadangan tu. tapi saya rasa sebagus nya saya memang perlu cari keja. tapi saya tidak mengusulkan hal ni dihadapan mak dan abah saya. sebab nya, Bahaya. Ya, bahaya sebab mereka berupaya menggunakan taktik kabel. taktik yang paling saya tak gemari. apa pun, saya mau setelkan hal yang lebih penting dahulu yaitu next minggu saya akan ke Kolumpo. Kolumpo, tunggu saya. dan Kak Yanie, belanja saya. heheh! dan jugak mengepos My Baby Blue Ego balik ke Besut. Nanti saya mau polish kasi kilat kilat sampai buleh tilik muka sendiri.

*adik saya tak beli gelang untuk saya, tapi dia bawak balik selipa dari mekah yang bersaiz 8. yaitu saiz kaki nya sendiri.
*** mak kasi beberapa hadiah istimewa dan jugak satu tedy kecik yang bila dipicit perut nya keluar bunyi "I Love You". wah, romantis gilak mak saya kan ;p
Ya, dem yuh atau jugak damn you. damn you kepada budak yang telah menganiayai kucing ini.


apa yang buat dia rasa happy pun tak tau. sesuka hati saja pegi cat bulu dia. memang la kaler hijau tu lawa, funky. tapi toksah la duk cat kat kucing. cat la kat rambut kau saja. haih. kesian betul kucing ni. sampai kan ada bulu yang tercabut. kesian~kesian.
hari ni result final exam dah keluar. dan result saya sungguh la teruk. teruk macam orang tak pernah belajar. rasa macam nak koyak koyak slip result tapi tak buleh sebab sekarang dah maju, sekarang orang main tengok result kat intenet je. takkan nak koyak screen laptop pulak. masalah sekarang ni tak tau macam mana nak bitau family pasal result ni. buat buat tak tau aje buleh? hu hu hu. tapi apa pun, bersyukur lah tade pun paper yang kena repeat. walaupun bunyi macam dalam tekak aje. heheh!

 
apapun, saya tetap sakit hati. rasa nak gi belaja sepak-tendang macam pakcik ni aje.
Ahad lepas saya ke Plaza Angsana. untuk menjadi pom pom girl untuk group kakak saya. erm. sebenarnya menjadi tukang capture gambar saja. saya kan pendiam, mana ada bakat nak jadi pom pom girl nih. eheh! hari itu ada pertandingan senamrobik, hip hop, lompat tali, steprobik dengan fitball, arr.. lebih kurang macam tu la kot namanya. sedikit lupa dengan nama kategori. anjuran belia johor la kot, yang ni pun lupa juga. ada slogan, yang ni pun saya lupa ugak. aiseh! keja saya cuma amik gambar dan rakam video dorang duk melompat lompat atas stage.

kadang kadang ada juga yang bosan, tapi untuk hip hop memang bes. sebab ada group geng budak cina, macam biasa lah. dorang punya hip hop memang hip dan hop. kalau buat gaya ala ala rihanna buleh dapat markah lebih. tapi kalau melayu buat kena tolak markah. untuk kategori steprobik, dalam banyak banyak group ada satu saja group lelaki yang masuk dan group dorang la yang menang. mana tak menang nya, dorang guna lagu naruto. group lain sume guna lagu pussycat doll, madona, britni spies. itu belum masuk untuk kategori senamrobik, dorang buleh guna lagu go go power rangers. betul betul dasat lah taste orang laki ni. sejurus habis pertandingan, saya bersama geng group kakak saya menuju ke Jusco Tebrau. masing masing mau tengok cite Jangan Pandang Belakang Congkak. keadaan saya sungguh bahagia sebab semua makan minum ditanggung kakak. ha ha ha

*saya malas nak upload gambar dan video, bukan ada gambar saya pun. ho ho ho
saya rindu kan seseorang. eh bukan, tiga orang. mak abah dan adik. hurm, rindu sangat. adik, jangan lupa beli kan gelang untuk kami ya? hu hu hu. saya benar benar berharap mereka selamat di sana. dengar kata kat sana sungguh la panas ya amat. mak saya kata hampir 50 darjah selsies, kalau mak saya tipu, makna nya korang dah kena tipu lah. dan saya juga. hu hu hu dan harap juga mulut adik saya berkelakuan baik. adik saya tu tak buleh makan saman sikit. lagipun mak saya kata kat sana kena berhati hati bila bercakap. kerana mulut badan binasa.

 
ini adik saya. dia selalu perasan hemsem.
semalam saya ber-bas ke Pasir Gudang. gila jauh perjalanan saya, 12 jam. walaupun saya cuma tidur dan bangun ke toilet bila berhenti. saya tetap berasa penat. penat tidur. tapi di kerteh saya tak tidur, sebab kat sana ada lampu lawa lawa, tempat petronas buat keja. aahh, sungguh romantik. lagi satu tempat, tempat orang main golf, kot. hijau saja, tapi semalam tak nampak pun. so, saya tidur lagi. 

semalam saya rasa ada orang pindah rumah guna bas. habis penuh bonet bas. tak cukup bonet, dia taruk kotak kotak dalam bas jugak. tak pasal pasal kena letak kat kaki saya. memang tak puas hati, abes kaki saya nak letak mana. dem, dah la kaki saya panjang. lalalala~~ 

semalam jugak, saya dengar nenek menipu cucu. tiap kali bas nak bergerak mesti dia kata; "duduk diye, kapa terebe nok belepah doh ni. duduk diye" . nenek, kita naik bas, bukan kapal terbang. aiseh!

oh ya, semoga perjalanan mak abah adik saya ke mekah selamat dan lancar. semoga mereka pergi dan pulang dengan selamat. semoga mereka dapat menjalani ibadah umrah dengan baik. agak tak puas hati sebab tak bulih nak hantar dorang kat airport. harap mereka selamat. saya suruh mak saya bawak budu untuk sedara mara kat sana tapi mak kata kat sana pun ada orang jual budu. dasat lah! budu dah jadi makanan antarabangsa. 


Sekarang saya berada tepat di rumah saya, iaitu di Jerteh. Bukan Kertih atau Jerkoh. err.. Jerkoh tu dekat area Bentong atau Raub kot. Jumpa masa ontheway balik. Tapi jumaat malam nanti saya akan ber-bas ke Pasir Gudang pulak. dan Abah Mak dan Adik akan terbang ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Semoga mereka selamat pergi dan pulang. Amin. Tapi lagi, 15 June terpaksa balik Jerteh balik dan 16 June berjumpa dengan doktor, harap hensem dan muda. Seorang Pembizi betul lah saya ni kan? Jangan jeles.

Oh ya, saya juga sudah tamat pembelajaran di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. untuk Diploma Kejuruteraan Elektronik Perubatan. berdoa dan berharap sangat lepas ni saya dapat sambung di 'situ' untuk menjadi seorang 'itu'. tapi sebelum tu, harap tade paper yang kantoi. ho-ho 

Last day di politeknik, kami ada buat jamuan sedikit sebanyak. perhimpunan agong DEU buat kali terakhir dengan Madam Wee. ada makan makan dan sesi ucapan. dan tak lupa, sesi berpelukan sambil berjujuran air mata. dem! saya menangis tanpa segan silu depan budok kelas. harap ada yang tak sedar. harap juga photographer khas itu tade amek gambar candid saya. memang tade pun. ha ha gila sedih bila ingat balik yang lepas ni memang tak buleh nak bersukaria macam dulu lagi.

lepas ni saya pasti akan rindu geng rumah Pa-Aja. rindu nak bukak pintu gate sambil encik Bai bertenggek di muka pintu rumah. Rindu nak borak borak, tengok movie dan makan makan dengan encik Bai, Pa-Aja, Miza, Naemah, Nad, Atin. sungguh, mesti rindu ya amat. mesti punya lah! nanti akan rindu bilik Ekin dan Diana kat kamsis. rindu nak balik bilik dia tiap kali time tade kelas. rindu nak tido sekatil dengan Ekin, makan makan, borak borak dengan Ekin, Diana dan Zaem. Ekin, jangan lupa datang rumah aku. Ayah aku tak sabar nak dengar suara ko lagi. hu hu 

dan untuk budak rumah sewa, dari Jaya ke Ilham. terima kasih sebab ajar aku cara berhidup dan berkawan dengan perempuan. Maybe aku ada ter'selfish' sepanjang dengan korang, aku banyak wat hal sendiri dari join geng korang, sorry sebab kadang kadang aku memang tak reti dalam hidup berkomuniti ni. dah terbiasa bersendirian sejak kecik. Sorry kalau terkasar bahasa, aku memang kasar. sorry aku selalu lupa buang sampah, sebab aku memang pelupa. itu buleh ditanya kepada Mimi bila aku lupa mana aku simpan duit aku dan Ayuni, dulu dia yang selalu tolong cari kunci motor aku. dan lupa nak angkat baju, itu boleh tanya mak aku. ha ha ha dan yang lain lain tu, kita sama sama paham saja lah. tak kan sume benda nak cerita. ini hal rumahlift kita. betul betul sorry utk semua tu. apa pun, mesti akan rindu 3 tahun ni. harap tidak lost contact dengan korang. sebab aku dah lost contact dengan budak sekolah lama. 

 *ini tiru dari blog Mun. tapi untuk kita-kita aje.

Umida-> berharap sangat dipanjangkan jodoh dengan sapik.

Mimi-> Kawan pertama di Politeknik, pandai speaking. kalau dengar dia borak dengan Rihanna, mesti tertukar lah. tak tau mana satu Mimi dan Rihanna. mesti rindu dia ni jugak.

Sa-Odah-> suka kena kan dia. sebab dia takkan balas. happy gila kalau buleh tarik seluar dia. dia tak suka saya panggil dia sa-odah, sebab nama dia Shahadah. dan dia wanita paling sabar pernah saya jumpa. tapi mintak maaf la semua, dia dah ada encik Nuwairi.

Ayuni-> keadaan kita, rasa macam clash ngan pakwe tau tak? wowow. saya masih seorang straight. 

Mun-> dulu dia tomboy, tapi sekarang asek pakai heels aje. tunggu dia pakai mekap lak.

Fiza-> Dia lawa. Putih. Pandai math. Kegilaan ramai. Orang Temerloh.

Kola-> sama macam sa-Odah, dulu dia marah saya panggil dia Kola. sebab nama dia Dila. dia ada sanggul rambut yang tak besar-besar. tapi saya suka.

*encik dan mak encik blogger yang lain, mungkin akan rasa meluat atau tak paham. tapi buat buat paham aje lah. mood tengah sedih berpisah lagi ni. tunggu mood bahagia datang lepas ni.
saya terus membelek-belek buku. belek dan belek dan terus membelek. ada kala selak balik muka depan balik, ada kala cuba melukis kesinambungan cerita Super Farhana pada helaian nota. tapi rasanya memang tade sambungan. saya menulis dengan tulisan doktor. sungguh laju. sungguh 'doktor' 

*prak mata pensil picit patah, picit hujung pensil. lihat bekalan ubat pensil picit.*

"mintak mintak laa cukup sampai isnin depan" 

sempat juga saya berdoa walaupun tanpa bacaan basmalah. saya kembali menulis lagi. dengan tulisan doktor lagi. dan semakin laju, semakin 'doktor'. sampai satu tahap saya sendiri tak paham dengan tulisan sendiri. mungkin sudah sampai ke tahap gaya tulisan doktor pakar. terlalu sukar untuk difahami. 

kemudian berhenti sejenak untuk berfikir. berfikir kenapa lecturer bagi soalan yang pelik dan susah dan apa sambungan kisah Shaman King. lama gila saya tinggalkan dunia Shaman iaitu sejak 2 tahun lepas. 

oke, sambung menulis lagi. bila tak larat menulis dan berfikir lagi, masa untuk rehatkan otak. otak sama macam hati, tak buleh main paksa paksa. mereka sama sama organ.ye ke? jadi, macam biasa. saya akan lihat fesbuk dan bergelak tawa seorang diri sambil menonton video baik-baik di yutiyub. 

sambung menulis balik. sekali sekala membaca nota. mulut terkumat kamit lagak macam tok dalik membaca serapah seranah memanggil hantu lawak beliau. tapi selalunya mulut akan menyanyi secara kuat di dalam bilik sambil telinga ditekap dengan headpon. ini baru betul betul konsert amal. menyanyi secara percuma kepada cicak dalam bilik.

lihat jam, aahhh.. sudah jam dua pagi. 

 "sudah sudah lah study tu farhana, dah pandai dah ni, tengok. semua soalan dah buleh jawab nih. pegi tido, sambung esok pulak. esok exam jam 2.45 kan. buleh belek lagi pagi esok."

cuba menasihati diri sendiri sambil menepuk nepuk bahu sendiri. tutup buku. main game Prison Tycoon. sampai sekarang saya masih tak tau apa motif game nih. dan kalau upgrade RAM untuk laptop, agak agak dia caj berapa puluhsen?
Title itu hanya satu rangkap dalam lirik lagu. jangan terpedaya. Esok saya ada paper untuk subjek Amalan Sistem Perubatan. kalau nak di-kirakan, subjek ni agak 'suam suam kuku' sebab ia banyak berkisarkan benda benda pengetahuan am dan ilmu di zaman praktikal. Tapi masih banyak benda yang nak di-study-kan. Dan disebabkan nota nya adalah terlalu memeningkan saya, maka ia telah menjadi sedikit bosan. Iya lah, ada satu topik ni lebih kurang sama dengan topik dalam subjek lain tapi isi nota nya lain lain rasa. Rasa macam ajaran sesat pun ada. haih! Terpaksa jawap dengan keadaan kurang puas hati dan penuh dengan pendaman perasaan.

Oh-ya, sambil study saya singgah sebentar di Youtube, untuk melihat video yang baik-baik. dan saya terjumpa satu aktiviti yang agak famous di zaman sekolah dulu yaitu surat berantai. cuma kali ni sedikit advance, tak perlu fotocopy, cuma perlu copy and paste saje. tapi surat berantai ni lagi pelik dan membodohkan. Sungguh, saya tak sangka otak orang kat sana kecik.

"Read the rest for her to show up in your town. Im sorry this chain will spread and if you do not repaste 10 times onto 10 videos a ghost will come to your house and torture your family and you. Im sorry i dont want this happening to me repaste and the ghost will pass your house" "It sounds evil....HERE: Take this Advice: 1. put your finger on your nose 2. hold your breath for 5 seconds 3. say the name of your love 4. that person will ask you out on the next Friday 5. you will have the best day tomorrow 6. if you don't copy and paste to 2 other videos you will have bad luck and die in 2 days " "copy and paste 2.send this to 2 videos. 3.hold your breath for 10 seconds 4.press refresh twice 3.LOOK AT YOUR HANDS " "if ur reading this u cant go back there was a dad who got pissed cuz he got layed off so he went home took a knife than went to his 13 year old daughter and slit her neck! if u r reading this and dont forward to 10 vids the 13 year old girl be sitting on the endge of the bed waiting for tha when u wake up who ever takes care of u will find u in the tube full of bloode with ur throat slit and than the 13 year old girl will come to who ever takes care of u so hury dont be the that unlucky one!"

Apa motif saya berada di dunia blog di saat genting nih. Patut rendam nota, cicah dengan sos cili thai KFC. Wish me luck untuk esok!
Selamat Hari Guru kepada semua cikgu saya terutamanya; Puan Rubiah. Beliau adalah cikgu KH saya yang terbaik sebab beliau yang memilih papan kayu, memotong dan memaku papan kayu sehingga menjadi satu rak buku untuk projek KH saya. Sungguh saya tak reti nak bertukang apa lagi nak menjahit. tapi untuk projek menjahit, saya serahkan tugas menjahit tu sepenuhnya kepada kawan saya, Puan Murni. Ya, puan. dia sudah berkahwin 2 tahun lepas. Muda muda dah jadi Puan. bagus betul.

Cikgu Ramli. ini cikgu feberet saya masa form 5. dulu, bila tade cikgu dalam kelas, saya akan merayap ke bilik encik ramli dan berbual bual. Kadang kadang, kami akan berbual sambil makan buah rambutan. cikgu Ramli sungguh kewl~

Cikgu Ramli Amin ini juga cikgu feberet saya sebab dia jarang sekali masuk kelas apatah lagi bagi kerja sekolah. Bila beliau masuk kelas, biasanya topik yang diajar nya adalah kes salahlaku pelajar dan berita hot di sekolah masa itu, sebab beliau adalah penolong kanan sekolah. kadang kadang, hal anakberanak beliau pun boleh dijadikan bahan pengajaran jugak. Jadi, kalau ada kes disekolah, biasanya saya tak perlu mengorek cerita dari budak kelas lain, saya cuma tunggu waktu kelas encik ramli (itu pun kalau dia masuk lah). mungkin sebab itu juga lah saya dapat C untuk subjek Fizik. bila tade kelas, saya juga gemar ke bilik encik ramli. sebab bilik dia ada air cond. dan bersebelahan dengan bilik pengetua.

Arwah Cikgu Siti Hajar, beliau telah meninggal awal tahun ini, agaknya. saya sudah lupa, bukan nyanyuk. akibat penyakit yang dialaminya, Leukimia. Nasib saya ada bertemu dengan beliau sebelum beliau meninggal. Kami bertemu semasa saya berpraktikal di HUSM, kelantan dan beliau dalam perjalanan ke ward untuk proses kimoterapi. beliau sungguh baik dan muda. dia tak pernah serik mengajar kami walaupun kami sungguh bengap dalam matematik tambahan. dan dia juga sering suruh saya tido bila penyakit gastrik saya datang lagi. alfatihah untuk beliau. 

dan Teacher Kikuri. ha ha ha
Malas nak cakap banyak, tengok kat sebelah kanan page ni. Nampak? Oke, tu jadual exam saya. Tapi apa pun saya tak ready lagi. Agak risau tapi malas nak pikir. Sebab saya bukan pengejar pointer 4.00. Kawan saya kata pengejar 4.00 ni biasanya tade life. Asyik mengadap buku 24/7. Kalau ada test, 4 hari sebelum tu dah tido berpelukan dengan buku. Lepas tu, kalu risau down, boleh jadi gila. Walaupun result hanya turun 0.01. Lepas tu semua benda nak lebih dari orang. Ada betul juga cakap kawan saya tu. ha ha ha 

Oh ya, esok saya nak ke PWTC untuk karnival kerjaya. Harap tak ramai orang yang pegi, sebab saya tak nak bersesak sesak dengan orang ramai. Korang yang lain, pegi hari sabtu atau ahad je. tak yah pegi esok. oke? *orang kata, sekarang keja tak buleh memilih. buleh dok saya apply keja engineer esok. saya tak memilih pun, kan?
Sedikit wajah wajah taik cicak pada Malam Pra Graduan hari tu. Gambar banyak lagi tak amek dengan kawan kawan lain. Apa pun, semua gambar maybe sepesen aje. sengih macam tu jugak. Hah, tengok lah.

   
budak sebilik saya. malang buat si jejaka, dua dua dah berpunya. 

 
gambar paling hot! 

   

   

   

   

   
ini ayuni. nak berkenalan boleh view blog beliau.

   
Ajaa nampak bahagia malam tu. ahaa~

   
ini lah encik Roshidi yang cool itu! ha ha ha

 



 
 cukup cukup lah tu.
Selamat Hari Ibu kepada Pn. Siti Fatimah Salleh yang cantik. Semoga kekal cantik dan sihat. Siti Farhanah terlalu amat sayang kan ma. nanti lepas abes belaja, saya teman ma pegi mengaji dan jalan jalan lagi ya :) dan juga Siti Faizura, walaupun dia dah ada pakwe baru dan nak kawin, Ma tetap nombor 1. 

Sama juga dengan Mohd Faizul, walaupun dia jarang balik, tapi saya tau. dia sayang dan sentiasa ingat Ma. Lihat, dia carikan calon menantu seorang nurse sebab takde sape yang nak jadi nurse dan doktor dalam kami 5 beradik. hu hu~

dan juga Mohd Fahmi. dia pernah bagitau kat saya yang jarang talifon tak semestinya dia tak ingat Ma. Kata nya lagi, itu memang style dia. ceh, apa yang style pun saya tak tau. Padahal kedekut kredit. lalalalalaa~~

Mohd Fakhri, mulut dia memang takleh makan saman. tapi itu yang buat Ma happy kan? Apa pun, kami semua sayang kan Ma seratus peratus. Ma adalah SuperHeroin kami. Wonderwomen kami. Kalau saya ada kuasa, saya akan betulkan hidup kita seperti mana yang ma mahu. Tapi, kita di bumi nyata. mana ada kuasa macam tu. lain lah dalam dunia katun imaginasi dalam nota Imaging saya. Semua benda boleh jadi. 

Nanti kita pergi umrah sama sama ya. Tak aci betul, adik saja yang pegi kali ni. terpaksa saya merempat kat Johor sementara. hu hu hu

*kenapa saya rasa macam jiwang aje nih. ah, saya memang anak mak. tapi bukan anak manja. dan lembik.
Oh hai? Lama sungguh dok update kan? selepas kena santau dengan encikbuta. Saya memang tade masa nok menaip naip kat blog nih. Encikbuta, gua bukan mengata lu, gua cuma kata saja. ho ho ho 

Dalam seminggu ni saya bizi dengan panjang lebarnya. Macam biasa lah, bizi dalam sektor pengajian. Hujung hujung sem macam ni pun lecturer nak bagi dengan tugasan + kuiz + ujian lagi. Budak budak sekolah kalau dah hujung tahun, dah boleh bawak batu buat main batu seremban kat sekolah. 

Itu baru sektor pengajian, belum sektor pengurusan diri. Belum campur dengan masa nak makan minum, semayang, mandi, basuh baju, check email, tengok cerita, main game. Gosok gigi. Nak isi minyak motor. Oh ya, aritu skru kat no plat moto saya kena curi. Apa punya hampeh la pencuri tu. Skru pun nak curi. Kalo skru pun tak mampu nak beli, tak yah la bawak motor. haih. Ini lah yang paling nombor satu saya tak suka berada di sini. Eh, skru free aje lah. Pegi la mintak kat kedai. Yih! Rasa macam nak pasang CCTV aje kat baby blue. 

dan next week saya dah mula final. Betul betul risau sekarang ni, memandangkan jadual sungguh la tak berhati perut, 4 paper direct dalam 1 minggu. Subjek pulak tough. Kalau subjek macam kat tadika, main sambung titik jadikan huruf takpa gak. haih! 

Apa pun, malam ni Malam Pra Graduan untuk budak sekolah saya. Bertempat di kelab golf kat sini. Nanti sambil makan sambil main golf kot. Malam ni jugak semua orang termasuk saya akan bertemakan taik cicak, yaitu hitam putih. Apa pun, gambar tu akan saya pikirkan sama ada nak upload ke tak. Agak agak kalau saya paling hot malam tu baru saya upload. buleh? Minggu depan jugak ada karnival kerjaya kat PWTC, mungkin saya akan kesana. dengar kata ada interview keja sekali. Wah, dah besar rupa saya nih. Dah start cari keja. ho ho ho. tapi saya bukan makcik lagi.
Untuk semester terakhir ni saya ada belaja satu subjek nama Pengimejan Perubatan. atau dalam nama lain, Imaging.

Seperti selalu nya, encik saya akan berkata; "kita belaja subjek imaging, kena pandai imagine. nama pun lagi imaging. awak imagine macam mana collimator project imej gamma pada surface crystal. dan imagine macam mana cystal tu absorb gamma ray tu untuk convert imej gamma kpd light signal dan bla bla bla bla bla bla bla..." 

Jadi, untuk menepati ciri ciri pelajar yang baik. Saya cuba mendengar nasihat encik saya. Saya imagine..

imagine.. 

imagine...

imagine..

imagine..

imagine..

imagine...

imagine..

sehingga lah saya ter'imagine' benda ini.


Betul betul melangkaui batasan subjek imaging. Apa pun, saya memang dah kantoi dengan encik. Nasib lah encik saya itu cool. Hai Encik Roshidi! 

*memang tak reti melukis. haiyayayai~~
aahhhh... jangan tanya saya pasal exam MUET tadi. tanya orang MPM, kenapa dia bagi Brad Pitt yang baca tape untuk listening tadi. langsung tak paham apa. tak pun mau nya terbelit belit lidah orang dalam tape tu, orang gaji Paris Hilton pun tak cakap sampai macam tu sekali la. huh!

dan tanya sekali kenapa 90 minit saja untuk writing. baru je semangat nak tulis esei, dah abis masa. jangan tanya saya macam mana saya boleh nyaris nyaris kena ragut tadi. tanya peragut bermotor tu, kenapa dia nak sangat amek henfon saya. takda henfon buat cara takda henfon, jangan bodohkan diri nak ragut orang punya.

nasib saya sempat mempraktikkan teknik cengkaman kuku helang tadi. baru lah henfon tak terlepas. apa pun, syukur alhamdulillah ya amat lah tersangat. semoga peragut tu jatuh tergolek dengan moto dia dalam empangan tali air sebelah pangsapuri saya semasa cubaan nak ragut orang lain. haih! dan kepada shidi, mana ada aku marah tadi. kenapa muka kau takut sangat tadi. siap explain segala bagai. ha ha ha

*akhir akhir ni saya asek mengeluh saja, kalau abah tau, mesti dia marah.
Sedih betul malam ini. haih!
hari ini adalah hari ulang tahun Mak saya yang ke 51. tapi bagi saya, dia adalah 15 tahun. masih muda remaja. hey, betul lah. kawan saya datang rumah panggil mak saya kakak. ha ha ha! oke, oke. Apapun selamat hari jadi untuk Ma dan semoga diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan. dan yang paling penting saya yang sayang ma paling nombor satu. cewah! InsyaAllah, 29hb nanti saya balik lagi ye ma. dan mungkin rumah kita akan berkenduri kendara tak lama lagi. memang itu yang ma tunggu kan bukan? dan mungkin juga itu hadiah hari jadi ma untuk tahun ini. wah wah wah~

 
Happy Birthday Mama!

*oh, saya baru perasan yang saya tak banyak gambar berdua duaan dengan mak saya. Aiseh!
Haritu adik saya masuk pertandingan kawad kaki. dan platun dia menang nombor dua, dari dua buah sekolah yang bertanding. caya lah dik! ha ha ha 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Pagi tadi saya pegi satu ujian ni. dan antara soalan dia. tandakan Y jika anda bersetuju dengan kenyataan tersebut dan tandakan T jika tidak bersetuju: 

1.saya bukan lah seorang yang menawan. (Y/T)
2.saya tidak pernah jatuh cinta. (Y/T)
3.saya tidak akan bercinta lagi setelah putus cinta. (Y/T)
4.kisah silam akan mempengaruhi hidup saya. (Y/T)

sampai sekarang saya kompius dengan jawapan saya tadi. apa patut saya jawab ya. dan sampai sekarang mak saya tak abis abis lagi soal selidik jawapan saya. lagi lagi soalan nombor dua. jenuh nak menjawap. haih! 

*apa pun, saya sayang Adik saya. walaupun dia lagi tinggi dari saya. dan gemuk. ha ha ha
oh damn! damn! damn! damn! mp4 kesayangan jatuh dalam bus semalam!! macam mana boleh tak perasan. arghh!!

damn! damn! damn! macam mana nak dapatkan balik? harap ada yang baik hati pulangkan balik kat kaunter tiket.

damn! damn! damn! hangin hangin macam ni tiba tiba dapat mesej dari budak umah sewa. double damn betul lah! mentang mentang aku dalam susah, korang boleh buat keputusan ikut pakatan korang aje kan? 

eh, go to hell lah! damn damn damn damn! buleh pulak buat buat anta mesej tanya aku kan. dah la mesej guna hp budak paling innocent, konon harap aku tak berani nak kata apa. aku boleh reply kat nombor ahli ko yang lain lah!

damn damn damn damn! seriusly, aku kagum dengan sikap dan kebolehan hipokrit korang. seriusly! kalau boleh nak belaja sekali dengan korang. belaja jadi innocent. dan hipokrit. heh!

dan aku langsung tak kesah sapa nak kawan dengan sapa. sebab semua orang tau sapa yang betul dan sapa yang salah. sapa yang ego dan sapa yang kurang ego. aku sikit pun tak layan sebab aku bukan nya lalang yang ikut angin. seriusly tengah hangin sekarang. sapa tegur sekarang, kompem kena siku. haih!

*apa pun, macam mana nak dapatkan balik MP4 saya. arghhhh.. my greenie!!
Saya paling tak suka bila benda yang saya rancang tak menjadi. atau ada yang mengganggu. tapi Kita cuma merancang, tuhan yang menentukan. Jadi, saya reda dan pasrah aje. hu hu hu 

sepatutnya khamis ni saya pegi Penang, rumah kawan saya. tapi tak jadi atas sebab final projek masih tak beres memandangkan isnin depan turn group saya untuk kena maki dengan lecturer. heh! rasa nya kritikan lecturer saya lagi berbisa berbanding Paul Moss. Harap presentation nanti berjalan lancar.

Sepatutnya juga saya akan balik Besut cuti 1 May nanti tapi saya balik awal, 29 April. ho ho ho tapi tup tap tup tap, saya dapat mesej supaya hadir untuk ujian MUNSYI sabtu ni. aiyayaya~ TERPAKSA lah saya balik besut minggu ni. tapi saya dah beli tiket untuk 29hb nanti. dan saya memang nak balik 29hb. haih! 

Geram betul. harap abah tak marah saya sebab asek balik aje. iya lah, tambang tiket pegi balik pun dah sampai rm100 weh. mau nya membebel encik abah nanti. 

oh ya, ujian MUNSYI tu macam mana ya?
apa yang korang akan buat bila dapat tau korang berpenyakit? . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

saya hanya mampu menangis dalam toilet. oh my~ 

*ma, nak baliiikkkkkkkkk........ 
** hari ni genap setahun, dia pergi. alfatihah untuk beliau.
Ego? Apa itu ego? Ego tu macam mana ya? Teruk ke Ego tu? Kenapa mesti ego? Macam mana tak nak kasi ada rasa Ego? Biasanya orang Ego tak tau dia ego kan? dan dia akan kata orang lain yang ego. padahal sebenarnya dia yang ego, kan? kalau macam tu, macam mana nak sedarkan orang ego ya? Hurm.. tapi macam mana ego tu sebenarnya ya? . . . 

Yang saya tau, saya sayang Ego saya. Bes kan mandi ujan tadi kan, sayang? Esok mamy belanja minyak ya?
Oh hai. Terimas ya amat utk tip tip rawatan utk keguguran rambut hari tu. Apa pun, harap harap rambut dah tak gugur lagi lepas ni. Harap sangat. Sangat sangat. 

Sejak mula kelas 2 minggu lepas, saya agak bizi dengan banyak nya. Dengan assignment nya, ujian nya, lab report nya, menjahit nya, makan nya, tido nya. Pendek kata lecturer kat sekolah saya pun tak bizi macam saya lah. Dorang masih ada masa utk bergurau senda tentang 'Abg Haji' masing masing. Buka meja dan mempromote bahan jualan mereka dengan segelas air milo di tangan masing masing. Dan saya tak tau pulak lecturer saya ada buat jualan murah utk brooch dan gelang kristal. Part time kot.

Saya pula, masih tade masa nak siap kan baju kawan saya. Harap dia pun dah lupa dengan hadiah harijadi dia tu. Jadi, boleh la saya bagi baju tu utk hadiah hari jadi tahun depan. ho ho ho~ 

Lagi pula, tak lama lagi akan ada malam pra graduan (MPG) utk sekolah saya. Dengan tema hitam putih moden. Kawan kawan saya semua sudah siap sedia dengan design baju untuk malam nanti. Dengan manik manik, labuci labuci. itu belum start cerita macam mana nak kasi nampak tinggi sikit, kurus sikit, tumit kasut berapa depa, mekap nak tebal berapa inci. Dasat betul lah!

Oh ya, nanti MPG tu setiap kelas akan buat satu persembahan. Nasib lah suara saya tak sedap, kalau tak kompem saya akan tawarkan diri utk menyanyi bagi pihak kelas. Dan mungkin saya akan jemput abang saya untuk main musik. Tapi hasil berkat suara saya yang tak sedap tu juga lah, saya terselamat dari upacara persembahan kelas. happy~ happy~ happy~ 

*tapi, tiba tiba saya dapat tau, satu kelas mesti join persembahan tu. persembahan tu? koir lah. oh damn!
Satu satu nya benda yang saya tak berani dan takut nak cuba; high heel. hanya mereka yang berkeyakinan tinggi aje boleh berjalan tip top dengan high heel. Macam dia ni.
 
*dalam 2 inci gak la kasut dia ni. tapi memang tinggi lah. bravo! bravo!

tapi sebelum tu, agak agak berapa tinggi dia sebenarnya. oke, mari kita tengok.

 

Saya agak terpikir pikir. perempuan yang rendah boleh cover dengan high heel. macam mana dengan lelaki ya? hurm~ hurm~ hurm~ Apa pun, ajaa memang superb, dia boleh masak goreng pisang. dan buat gelang feberet saya masa kecik. hey, dia juga ada hadiah kan saya curse keychain. curse keychain, sebab bila dah pegang mesti tak nak lepas dah. handmade handpon keychain dengan kaler feberet saya. wahh~ oh ya, kawan saya kata dia ni artis. 


*thanks foreverything ajaa, erkk!! ini dah macam pesen nak promote orang aje. eh, tapi ajaa dah ada encik BitBit ;p
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ►  2022 (2)
    • ►  March (2)
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (77)
    • ▼  December (9)
      • Budak Zaman Sekarang
      • Lagi Beberapa Hari Mau 2010
      • Merry Kerismes To Jakelin Viktorr
      • Bukan Ucapan Bakal Hari Natal
      • Sepetang Di Jalan Yang Kalau Tak Pakai Helmet Bule...
      • Mari Menikah!
      • Berita Pendek
      • Berbaloi-Baloi
      • Mari Bertunang!
    • ►  November (2)
      • From B to the O to the SAN
      • I Loike This!
    • ►  October (3)
      • Seminggu sebagai seorang cashier di pasaraya
      • Cetak Rompak
      • Abang Teksi
    • ►  August (2)
      • Puasa Jangan Tak Puasa
      • Bukan kucing saja buleh buat Aksi comel
    • ►  July (6)
      • Melambai - lambai ke arah Melaka
      • Bapak Borek Anak Rintik
      • Macam Macam Farhana, *Pusing pusing tapak tangan*
      • Bukan Wonderpet
      • Hati Saya Masih Basah Rupanya. Ingatkan Kering
      • Cuba Bersabar Dalam Semua Situasi
    • ►  June (6)
      • Berita dalam Entri. Apa Pun, Syukur Alhamdulillah
      • Dam Dam Di Dam Dam Di Dam Dam~~
      • Dem Yuh! Dem Yuh!
      • Alhamdulillah
      • Kisah Di Hujung Minggu
      • Air Dicincang Takkan Putus
    • ►  May (9)
      • Mungkin abah mak adik dah separuh jalan ke Mekah
      • Shah Alam-Sg Buluh-Gombak-Bentong-Raub-Lipis-Gua M...
      • Rupa Rupanya Saya Ada Silent Reader
      • U R so Gay and U dont even Like Boys
      • Ucapan Selamat Buat Mereka
      • Gud Luck Untuk Diri Sendiri
      • Gambarajah
      • Mungkin Mak Saya Akan Baca Satu Hari Nanti
      • Cerita Untuk Minggu Ini
    • ►  April (13)
      • Dalam Kelas Pun Ada Diskriminasi
      • Today Is The Worst Day
      • Malam Ini
      • 21 April 1958
      • Ho yeah! Saya dah tak panas lagi selepas habiskan ...
      • Api Amarah. Ini Baru Sikit
      • Sem Akhir Ni, Banyak Dugaan La Pulok!!
      • apa yang korang akan buat bila dapat tau korang be...
      • Egois Stick
      • Update
      • Kuasa Keajaiban Wanita
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes