Ini Bukan Iklan Dari Penaja. Cuma Membantu Saja

ada sesiapa yang kaya raya yang lumpuh anggota badan? mereka yang OKU mungkin? tak kaya pun takpa. boleh cuba beli motorized wheel chair ni. hanya RM 9900 sahaja. Yang penting, buatan Malaysia. Saya dah cuba. Perjalanan nya lancar, kalau petang petang bersiar siar kat taman dengan wheelchair ni memang sungguh romantis lah. Jadi, golongan OKU dah boleh bergerak ke sana ke mari dengan selesa dan nyaman. Nak pegi beli goreng pisang kat depan tu pun dah senang.

Wheel chair ni guna motor, tapi jangan bimbang. Tade pencemaran bunyi sebab motor ni tade menghasilkan bunyi bising bila bergerak. Lain lah kalau ada yang tambah ruangan DJ kat wheelchair ni, macam yang ramai duk buat kat Motor Nouvo tu. Dia pun senang saja nak control, boleh guna joystick kat tangan belah kanan. Kalau tangan orang tu lumpuh belah kanan? Maybe boleh dirunding dengan Engineer mereka. Kasi joystick belah kiri.

Mungkin, sebab wheel chair ni pun dia buat sendiri. Tempat duduk pun selesa. Tak kematu la pendek kata. Siap ada safety belt lagi, jadi polis tak boleh nak saman la. Kalau tiba tiba ada adik adik kecil naik basikal secara berbahaya, boleh hon dia dengan tekan butang hon dia. Bunyi dia? tip top. Dah macam bunyi hon orang jual sayur guna van tu. Naik turun bukit pun boleh. Tapi bukan bukit mencuram lah. Kalau ada yang nak guna wheel chair ni pegi naik Gunung Stong, boleh tapi kalau jatuh dalam gaung jangan salah kan saya.

Kalau tiba tiba rasa nak suruh orang tolak dari belakang, boleh tekan button untuk set kan wheel chair ni kepada mode manual. Tahap kelajuan pun boleh adjust kat controller kat tangan tu. Dari tahap kura kura ke tahap arnab. Wheel chair ni guna bateri, jadi kalau bateri low, indicator bateri akan menyala. Lepas tu pandai pandai lah cas. Kalau rosak, boleh hantar kat kedai dia balik. Buat maintenance. dan yang paling bes, wheelchair ni direka dan dibuat sendiri oleh golongan OKU. Sebarang kemusykilan, boleh pegi sini


25 comments

  1. fuyyooo!!
    sket lagi nk jadi wheel chair Prof-X~

    canggih2. farhana xde cipte barang pape?

    ReplyDelete
  2. wheel chair nie dah tau kewujudannya..
    cume saya xpernah nampak lagi org pakai..

    ReplyDelete
  3. ushop-> reka untuk final projek ni la. huhu

    alien-> ada. saya ada try naik aritu. heheh!

    ReplyDelete
  4. wahhh. best neh gi siar2. x yah jln2
    heheh

    ReplyDelete
  5. kalau kena hujan akan direnjat elektrik tak? tapi guna motor kan..hummm...design gempak tu..buatan malaysia??? lagi gempak hehe

    ReplyDelete
  6. Buatan Mesia? Wow! Errrr... agak2nye, bole tak mintak engineer dia buat supaya boleh terbang? baru lagi besh!

    ReplyDelete
  7. eh dah siap ke projek ana??
    wauu dasat..

    ReplyDelete
  8. waaa... tuk final pojek.. rasa2 leh menang x?? gud lux k!

    ReplyDelete
  9. iyayaya-> tau takpa. huuu~

    e-leeyana -> tak boleh kena hujan la. memang gempak lah.

    Kikuri -> aku mintak dia buat yang naik tangga tapi dia kata byk chip nak guna. pastu mahal.

    ajaa~ -> belum. duk penim palotak nih. heheh!

    Dhada -> bagus bagus. sebab hanya 25 buah je yang terjual.

    aYuNi-> kalau topi kau tak masuk, insyaAllah boleh menang.

    erisya nor-> Malaysia memang canggih. ;p

    ReplyDelete
  10. haih cik fana,
    sjak bler jd prmoter x bertauliah ni?
    keke

    ReplyDelete
  11. sis,xya jln.
    duduk je dlm kusi ny. haha.
    tekan butang pape. jln je sendiwi eyh?
    bhahhaha. best tuh! ;P

    * mls berjln itu bdk bdk. sukee duduk umah. kakakakkaa. perasan! > peace!

    ReplyDelete
  12. emm..rasa ari tuw lain yang dirancang tuk final projek..rasanya tanya kat kita pasai sensor kan..uiksss..fenin..feninn

    ReplyDelete
  13. ok tu ok..tapi tang harga tu..mampu ke OKU nak beli weh..

    ReplyDelete
  14. jum kita pakat pening k.
    sabat k..uat slow2 tau~

    ReplyDelete
  15. bagus dik...
    wat n3 pasal wheel chair nih
    at least kita tahu serba sket pasal benda nih..

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ReplyDelete
  16. ~cik manis~-> baru saja amek kursus pendek aritu . huhu~

    QUEENhusna-> yup. macam tu la. memang bes pun. :)

    eRRy 501® -> yang ni hanya utk research saja. sebab ada persamaan dengan projek saya. jangan penim penim. huhu

    mrblind-> yang tak mampu biasa nya akan mintak bantuan badan kebajikan. lagi pun peralatan dia sume import dari luar negara. cheewaah, dah ada bakat jadi sales wumen nih. huhu

    ajaa~ -> yeah. tapi duit tak masuk lagi. cane keja nak gerak. adess

    [yAN!e][pUTraJAya] -> yeah. dulu tak tau pun. sekarang baru tau. hehe

    ReplyDelete
  17. dut masuk la duet..
    dah gugur ni arh ramtu saya duk pk duet..
    aya..betil la dear,
    xda duet projk xleh jalan..
    yg pt seng la leh cakap.duet ada..
    ohoi~

    ReplyDelete
  18. tau takpa. kita kat sini gigit lengan saje lah. argghh. penim~

    ReplyDelete
  19. ooo yea ke..tade penin2 laaa..bukan nya kiter yang ber'projek'..kan kan kan

    ReplyDelete
  20. huhu. macam pelik saja isi ayat nya. siap ada tanda pembuka kata lagi. haih

    ReplyDelete
  21. bukannya pelik..tapi sekadar penyedap mata memandang..uhu

    ReplyDelete
  22. elehh!len macam jerk bunyiii..

    ReplyDelete