Tajuk : Rumah Kuning

Hai semua. Ini saya kenal kan anda semua dengan rumah saya, rumah kuning. Nama dia rumah kuning sebab dia adalah rumah dan ia berwarna kuning. Walaupun dia tidak semewah dan sebesar rumah lain di sekeliling nya. Tapi bagi saya dia sungguh hemsem, jauh lebih hemsem dari rumah orang kaya di sini. Malahan, dia sungguh gagah perkasa dan berani tahap muntah badang. Sekarang, umur nya sudah lebih kurang 12 tahun. Mungkin tahun ini dia akan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah di sekolah yang terdekat. Itu saya belum pasti lagi.

 
kelibat rumah kuning. lihat, dia sungguh bersemangat patriotik kan?

Besok, sekali lagi dia akan berada dalam kesedihan. Kerana apa? kerana saya bakal bertolak ke Shah Alam lagi. Sejak kematian kedua dua kucing jantan hebat saya, Shiro dan Meyoh. Rumah berasa sungguh sunyi+sepi+sedih+pilu+ngilu+silu dan tersedu sedu. Beberapa kali dia meluahkan perasaan sunyi sepi nya kepada saya. Apatah lagi bila hanya abah, ma dan adik saja yang ada di rumah. Seperti selalu nya, ma akan tido awal. keletihan bekerja kata nya. dan adik, macam biasa. buat buat study kat dalam bilik tu. Abah? dia kan pengerusi mesyuarat warung kopi kapal api. Mesti lah bizi selalu. Jadi bila malam jumaat, memang tiada bunyi sound effect hantu niyang rapik kentot bergigi tersembur keluar yang comel itu.

 
dia sungguh hemsem tahap hidung berdarah menitis nitis kan? bukan budak tu lah!

Jadi, bila saya balik. saya pasti akan temani nya. Saya menonton cerita lawak Puaka Niyang Rapik bersama, saya sebarkan haruman ikan goreng hangus saya ke pelusuk rumah. Saya nyanyi kan lagu untuk dia. Iya, saya memang romantik fantastik dan bombastik. ini untuk menunjukkan betapa sayang nya saya pada rumah kuning. Saya nyanyi semua lagu dengan berbakat, penuh penghayatan. setulus hati. dan pitching pun tak pernah lari lah! Selalu nya saya akan melatih vokal di dalam bilik air. Kata nya, suara akan lebih sedap jika berlatih menyanyi dalam bilik air. Kadang kadang, saya main sembur sembur rumah bila siram pokok. seronok betul time itu. Jarang jarang saya bermain badminton dengan dia. saya paling malas nak main badminton dengan dia, kerana pasti bulu tangkis akan tersekat dan terlekat di bumbung nya. Tapi mulai besok, dia akan kesunyian lagi. sabar ya rumah. jangan sedih sedih. Raya cina, insyaallah saya balik lagi. Nanti kita main baling baling mercun papan ya? dan Shah Alam, here i come bebeh!

44 comments