No Title

Saya memang seorang yang tak meminati lagu jiwang. tak kira lah berkarat atau tak, meleleh atau tak. berdarah atau berkeruping, janji jiwang. bagi saya lagu bergenre jiwang ni lagu pesen dari kumpulan spoon, spoin, soup, spring. newboiz, boboi, AXL, Ekamatra dan apa lagi ya? kadang kadang tajuk lagu tu pun dah bagi ayat jiwang, Di sini Menanti Di Sana Menunggu, Sejarah Mungkin Berulang, Andai Ku Undur Masa, Memori Berkasih, Sampai Hati, Bola Bola Api. meleleh tuuuu... lefthanded? BPR? Spring? kamikaze? kamicrazy? apa pun saya tak tau. yang saya tau, lagu raya dari Black Dog Bone. kalau dengar time malam raya, memang boleh buat meleleh air mata. lagi lagi kalau dalam bas. tapi saya suka bunyi 'pheewit' Amy Search.

Dulu saya pernah tercouple dengan mamat neh. masuk aje keta, terus pasang lagu rock kapak. erk. berdarah meleleh telinga ni. nasib jodoh tak panjang. hahah! tapi zaman sekolah dulu, lagu bergenre jiwang meleleh ni memang tengah tip top dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Kawan saya siap beli satu buku kulit keras, buat salin lirik lagu. Bahagian reference, tampal gambar penyanyi. Complete dengan biodata sekali. Siap balut dengan kertas bunga bunga lagi. Nasib tak taruk bedak aje.

Bila time cikgu tak datang, masing masing buat satu bulatan, nyanyi secara berjemaah. Dasat betul penangan lagu jiwang meleleh nih. Time tu, Tomok Newboyz memang menjadi kegilaan ramai. Korang boleh lihat tulisan I Love U Tomok kat merata dinding sekolah. Iya, student sekolah saya memang kreatif dan berseni. Tapi tak lama lepas tu, Newboyz dah ada saingan. Pernah dengar kumpulan Boboy? boboi, boboyz, bobo. Lebih kurang macam tu lah kot. Kumpulan ni lagi hebat, siap ada berlakon dalam telemovie dengan pelakon baru lagi.

Lepas tu, Tomok tak lagi digilai ramai. semua nya dah beralih pada Naqiu Boboy. dan seterus nya Q-face. Masa tu, elyana rambut pendek lagi. Tak berapa nak comel dan gebu macam sekarang. Orang pun tak tau yang dia nyanyi pakai kasut ke tak. lagu Niat dia pun tak rock macam sekarang.

Tapi, bila dengar lagu Faizal Tahir, Sampai syurga. Dengan secara automatik mood jiwang saya datang. Walaupun dia tak jiwang sangat macam lagu Akulah Kekasihmu, AXL tapi lirik dia agak jiwang sikit. dan lagu ni buat saya teringat kat arwah. Tapi yang pasti Sampai Syurga lagi better dari bola bola api nyanyian Nana Nano dengan Achik Spin.

*saya hormati mereka yang minat lagu jiwang. dan ini tak bermakna saya tak dengar lagu jiwang, saya cuma dengar lagu jiwang yang tak berkarat berdarah meleleh saja.

26 comments

  1. budak sebelah bilik aku suka la lagu2 camni..

    pastu buat karaoke kat jamban..

    cam haremm

    ReplyDelete
  2. doc tetap layan lagu rock kapak. lirik jiwang jugak. tapi xde leleh2 ni. haha

    p/s: masih x bleh paham cmne tomok tu leh digilai...

    ReplyDelete
  3. ah, paling comel tuh saya la..

    ReplyDelete
  4. ewah..xminat tapi siap tahu tajuk lagu tuh...

    ReplyDelete
  5. jiwang? apa tu?

    jana wang koi tahu lalalalalalala

    koi tak suka hindustan!

    ReplyDelete
  6. Layan sekali sekala apa salah yea kan kan =) hehe

    ReplyDelete
  7. hehe
    yg new boys tuh my sis lyn la dlo2
    siap ade buku biodate new boys
    hahaha
    funny gilo

    ReplyDelete
  8. sy gak xminat jiwang cht kumpulan dolu2 mcm spring spoon , hehehe
    dulo2 punya lagu mendayu 2 samapi nk kuar airmata...
    penah dgr satu lagu aduhai dari mula sampai habis mendayu2 sampai kucing pun blh tido hehee
    skrg mendayu dalam trend yg lain lebih profesional lebih matang blh menerima seadaanya.
    kalu dulu mendayu sampai sebalidi airmata hehe
    skrg lebih simple....sampai syurga

    ReplyDelete
  9. Aku TAK suka mereka sebab rambut mereka sikat tengah,lurus & ada nampak minyak rambut berkilat-kilat...eee...geli i..!hahhaa.

    ReplyDelete
  10. haha,best ugak layan lagu lame2 sekali sekala,sometimes,lagu lama lebih berlagu if compare ngn skrg,tp nsb baik xlayan sgt lagu2 nih,enjoy sitinurhaliza jerk...jgn marah yerkkk

    ReplyDelete
  11. dik farhana

    skang akak layan lagu jiwang indonzz....hehhehe....

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ReplyDelete
  12. 'Bila time cikgu tak datang, masing masing buat satu bulatan, nyanyi secara berjemaah.'

    Terima kasih sebab abgi idea denda students yg asyik tak buat homework... Siapppp kowang!!!

    ReplyDelete
  13. faizal tahir lagu dia memg best..
    sampai syurga memg seribu makna tuh sayang. hihi..

    jum layan jiwang..
    sama la kita~

    ReplyDelete
  14. Benci sungguh lagu bola bola api tuu ;0

    ReplyDelete
  15. sy minat lagu pop..
    rock x minat coz skit kpale dgr..
    jwang x suke sbb nntok,..
    make pop yg pling ssuai ngn sy...
    nasyid pn layannnn!

    ReplyDelete
  16. errr ...kekadang suka gak lagu jiwang tapi kalau tgh sedih kena jauhkan ...buat mood bertambah merudum!

    ReplyDelete
  17. ahmdsyhmi- haha. ntah ntah kau pun tumpang sekaki dua. haha

    uShop- lagu rock kapak saya tak suka. mungkin sebab masa tu saya kecik lagi kot. huhuhu~ saya muda lagi ya.

    *mungkin sebab dia berambut belah tengah kot. heheh

    darkk25- siapa? siapa? siapa?

    diktator hatiku-> itu setelah di search dalam abang google. ;]

    alif-mikail-> haha. jiwang tu kueh kot. hindustan lagi better lagi jiwang, hindustan ada gelek gelek.

    asna cute-> kadang kadang, time mood datang. ;]

    iyayaya-> haha. betul betul peminat fanatik nih.

    asm-> tau takpa. sekarang dia punya jiwang, ayat tak berbunga sangat. :]

    Pettoo -> haha . bukan ke tu dulu style paling hot ke?

    [ a l i y a ] -> ct nurhaliza ada lagu ku milikmu ;]

    [yAN!e][pUTraJAya]-> wah. saya suka lagu indon. PADI, suka ya amat. akak ipar, kita ada kemisteri. hehe ;p

    Kikuri -> nasib aku dah lepas zaman sekolah. hahah!

    Monkey D Luffy-> kapten boleh jadi penyanyi dangdut lelaki tunggal malaysia

    faqiha-> belaja rajin rajin ya. tahun ni PMR. ;]

    ajaa~ -> yeah. kita sama~

    Dhada-> haha. lawak kan lagu tu. mesti dapat ilham masa tengok dragon ball. huhu

    ~cik manis~ -> nasyid? lagu iman adalah mutiara raihan sungguh bagus.

    erisya nor-> betul tu. kena dengar time mood datang. time sedih memang tak leh dengar. lagi lagi yang baru lepas clash. heheh

    ReplyDelete
  18. tahniah buat faizal tahir wat cik farha meminati lagu jiwang...hee~ saya tujukan lagu sendu diati mu rindu dijiwaku...dari error..ekeke~ selamat berjiwang ya!

    ReplyDelete
  19. lagu untukmu lagi piiiiooorrrr..jumpa pakcik hussien..amacammm..layannnnnzzz

    ReplyDelete
  20. untuk meminat lagu jiwang
    sile la dgr lagu jiwang
    slalu
    HAHA

    ReplyDelete
  21. kumpulan soup..tak pernah pula gua dengar..ahahhaa.

    ReplyDelete
  22. aYuNi-> ada lirik sekali tak?

    en_me-> peminat setia ya. huhu

    eRRy 501® -> yang tu memang layan. bes bes. ho ho ho

    e n c h e k || C A M E R A™-> erk. tak sanggup nak dengar. hu hu hu

    mrblind -> aku pernah dengar dulu zaman sekolah. tak tau la wujud lagi ke tak.

    ReplyDelete
  23. oo yea keee..lan tuw kite punya prennn la masa kat kL dulu..hehe

    ReplyDelete