Permintaan Pertolongan Yang Tulus

Tadi, saya berperang dengan dia lagi. tak tahan ya amat weh. letih sangat. dari semester lepas lagi dia buat hal. boleh kata tiap tiap minggu saya berperang dengan dia. geram betul. yang kesian nya, kawan saya lah. dia yang terpaksa menjadi orang tengah. tapi, kali ni saya dah tak kira. saya pukul dia sendiri. padan muka. sabar saya dah hilang. dah tade jerit manja saya bila berperang dengan dia.

Iya lah, asek saya aje yang kena mengalah. dia? buat bodoh aje. siap boleh main lumba lari depan saya lagi. lepas tu buat muka seposen. Seposen keluaran tahun 2009 takpe ugak, ini seposen berkarat kuning hijau. langsung tak hormat saya. tak paham betul.

Dari semester lepas lagi, dah berbuih buih mulut saya nasihat kan dia. jangan buat macam tu. jangan buat hal lagi. tapi langsung tak makan saman. degil! Orang kata, kita jangan marah dia selalu. nanti makin dia buat hal. tapi kalau saya tak marah, makin menjadi jadi lak ada lah. Siap bawak geng lagi tuh. dah macam geng samseng kampung pulak. masing masing dengan gaya masing masing. yih, tensen nya. tolong lah, jangan buat saya macam ni. merana tau tak? kalau hari hari macam ni, boleh jadi gila.

Sebelum saya jadi gila, siapa tau, macam mana nak halau lipas buat selama lama nya? dan macam macam pesen ubat lipas dah saya guna ni. bukan kata hilang, makin banyak ada lah. siap beranak pinak dalam kotak buku saya. ces! tu kompem kompem dah berkhalwat dalam kotak buku saya. memang la saya sayang dan suka haiwan. tapi sayang saya bukan untuk lipas. dan cicak. dan spider. dan kumbang dan ulat. erk. pendek kata, saya tak suka serangga. eh, ular pun sama. ah, lantak lah!

*kepada, encik buta. asm. rahimin idris. cik manis. alien13. saya tak boleh nak masuk blog anda. kenapa ya? Lipas banyak sangat eh?

43 comments