Sekeras keras Ais, bila kena Panas cair jugak

Hari ni saya agak moody sedikit. bukan bad mood tapi tade mood. dah lama saya tak terasa hati dengan orang lain. sebenarnya saya agak selalu terasa hati dengan orang tapi saya lebih suka buat tak tau saja. mungkin saya saja yang lebih lebih. dan mungkin orang lain juga pernah terasa hati dengan saya. Tapi hari ni, memang betul betul 'touching' dengan perangai sesetengah orang. bila nak, datang cari kita. bila tak nak, lalu sebelah buat buat genyeh mata saja. orang macam ni memang saya kesian. kesian sebab tak reti nak hargai orang di sekeliling. sedih pun ada jugak, rasa macam dipergunakan.

Mungkin saya tak bijak pandai macam Afiqah, jadi saya akan dipinggir kan bila dalam kelas. kalau ada Pop Kuiz, mana ada orang berebut nak duduk sebelah saya. iya lah, saya bukan nya dapat 100 dalam semua subject. English saya pun teruk, nak speaking pun tak reti. bila orang tanya maksud convergence pun saya tak tau. pegi kelas pun bawak baby blue aja, bukan macam Baizura yang bawak Vios tu. Saya juga tak kaya, tak boleh nak belanja Nuggert Ayamas. Henpon saya pun selalu tade kredit, tak boleh nak hulurkan henpon kalau nak order Pizza Hut. dan saya bukan nya lawa macam Dato Siti. bila berjalan, ramai saja yang nak ikut. sapa yang tak nak berjalan seiring sejalan dengan si cantik manis kan. tapi saya tak kesah langsung berjalan bersama kawan saya yang sememang nya tak mandi pagi. kan Ah Gau?

tapi saya punya perasaan. sama macam perasaan semua orang, yang memang perlu dijaga. bila perasaan 'engkau' tak terjaga, 'engkau' marah. tapi bila melibatkan perasaan orang lain, apa yang 'engkau' buat? sabar itu ada had nya, babe. dan saya tak kesah langsung kalau ada yang tak berpuas hati atau marah dengan saya, sebab saya tau. saya tak sempurna. silap, bukan saya tapi kita. kita tak sempurna dan kita tak boleh nak bahagia kan semua orang. mana ada orang yang digemari ramai. Mawi saja pun ramai yang tak suka walaupun undian SMS dia tinggi. Dato Siti pun ramai yang meluat dengan penampilan tudung separuh ala ala joe jambul tu. jadi, jangan cuba cuba nak jadi yang terbaik dan digemari ramai. sebab itu akan membuatkan 'engkau' menjadi super-duper-ultra-hipokrit-woman in the world. sekurang kurang nya saya tak hipokrit. saya tak suka Salmah, mana ada saya buat buat baik dengan dia. tapi saya tetap tegur dia.

dan kepada Nasrul, ada awek buat cara ada awek. jangan cari saya dan cakap rindu rindu. rindu kawan takpa. tapi kalau rindu 'itu'. maaf ya, salah nombor. sudah lah, malas nak pikir lagi. kacang bersalut cokelat dah lama tunggu saya. Bai!

*semua nama adalah bukan nama sebenar.

45 comments