Selamat Membaca!

Orang sekarang sibuk berkatakan tentang kegawatan ekonomi yang melanda negara kita. Betul ke? saya agak kurang berilmu pengetahuan tentang sistem ekonomi negara. oh bukan, saya memang tak tahu menahu pun tentang ini. malah, saya memang tak minat langsung. itu belum masuk hal politik, tapi itu semua untuk pembangunan negara. 

Ya, pembangunan negara tapi kenapa mesti diselitkan dengan pergaduhan dan caci maci seperti di dalam dewan parlimen dulu. baik saya tengok wonderpet. wonderpet sungguh bekerjasama. apa pun, nasib saya masih kenal siapa Perdana Menteri kita. dan hal peperangan di luar sana, saya juga tak tahu menahu. saya pun tak paham kenapa mereka nak main bom bom di sana. bukan kah lebih baik bermain bunga api dari bermain bom? bunga api juga ada keluar cahaya api sama seperti bom. atau mesti ada yang luka cedera parah ke? oke, apa kata cedera kan diri sendiri saja. mesti main bom juga ke? oke, bom lah negara sendiri.

masing masing sudah ada negara masing masing, buat apa nak berebut rebut lagi. oh, benci saya dengan hal peperangan ni. tapi apa pun, saya tetap perlu ambil tau sedikit sebanyak mengenai negara Malaysia bagi menunjukkan ciri ciri seorang rakyat yang berjaya. saya tau tentang kes kehilangan seorang lelaki di ibu negara, mayat nya ditemui dalam longkang dengan motor nya. hati hati kalau menunggang motor ya?

Hari itu saya ada dengar tentang banyak kilang yang akan mengadakan pembuangan pekerja secara beramai ramai. dan saya dengar 'kilang besar' itu juga akan menghentikan pekerja nya. mungkin kah lepas ini semua barangan elektronik keluaran nya akan turun harga? wah~ wah~ wah~

dan Luth juga ada menceritakan hal ini dalam blog nya. adakah gawat bermakna tahap kesukaran mendapatkan kerja makin meningkat? dan adakah gawat itu juga bermakna kita sudah miskin dan tidak dapat menampung segala pembelanjaan harian lagi? tapi kenapa masih banyak di luar sana menghabiskan duit mereka? saya harus memulakan kempen berjimat cermat nampak nya. oh, mungkin sebab itu juga lah, pakcik itu membayar RM1 kepada abah saya setelah abah saya merepair kereta nya. 

Ya, abah saya seorang mekanik, ada sesiapa nak repair kereta atau motor? boleh la ke bengkel beliau. dan dunia sudah gawat. jadi, saya guna kan blog ini untuk mempromosi kan bengkel abah. boleh bukan?

*biar betul, saya bakal berusia 21 tahun dalam masa 8 bulan lagi. saya ingat kan saya masih 19 tahun. oh dem! sudah tua.

26 comments