Sila Baca Sambil Mendengar Lagu Jiwang Karat Berdarah Meleleh

Saya agak kebosanan di rumah. jadi saya menjalankan aktiviti mengodek balik gambar gambar yang ada dalam folder picture. oh, ada gambar adik saya yang sewel itu. banyak pula ya. saya men'view' satu persatu. satu persatu dan satu persatu. satu persatu lagi. dan lagi. lagi. lagi. tiba tiba, pintu toilet dibuka dan..

"oo, tengok gambar kementot ya"
"kementot apa nya, ini gambar adik lah"

yih! saya tak tau kenapa dengan tiba tiba mak saya mengimbas kembali kisah saya dengan mamat tu padahal sudah 3 tahun berlalu. iya, mamat tu lah kementot, kementot itu bermaksud pendek, mak saya panggil dia sebegitu sebab dia lah yang paling terpendek sekali antara kawan saya.

oke, sebenarnya dia sama tinggi dengan saya. maybe sebab kebanyakan kawan saya adalah tinggi dan abang saya pun tinggi. dan adik saya pun tinggi. jadi, mak saya agak jakun bila jumpa lelaki yang sama tinggi dengan saya. jadi anda sudah boleh bayang kan saya sependek mana? hoho!

oke, serius ya. ma, tolong lah. jangan disebut lagi tentang mamat tu. saya tak suka. hurm. saya pun tak tau kenapa saya agak "tak suka" bila sebut hal mamat tu. padahal dengan mamat yang sebelum dia, ahmad. saya masih lagi berkontek dan berkongsi tip rahsia rumah tangga. oh, mungkin sebab mamat tu jahat. ya, jahat sebab dia main kayu sepuluh juta tan. huh!

dan ahmad, hurm. kita tiada berjodoh. nak buat macam mana kan. jodoh di tangan tuhan dan arwah, alfatihah utk mu. oke, habis hilang mood saya. tahniah untuk diri sendiri.

*maaf ya. entri agak jiwang berkarat.

29 comments