Kuru-sus Membaiki Motosikal

Dua tiga hari ni, baby blue asek buat hal saja. Takleh nak start. Apa dia punya masalah pun saya kurang pasti. Saya guna tangan dia tak nak start, saya guna kaki pun dia tak nak start. Kali ni betul betul degil. Nak kata saya tak suap minyak, baru saja saya isi, siap kasi penuh lagi. Tak kan sebab angin kurang, dia tak nak start. Pesen apa macam tu.

Ladies choice, terpaksa panggil encik Megadaska. Ingat kan nak suruh dia tolong bawak pegi repair ke, apa ke. Buat apa yang patut, janji baby blue boleh start. Tapi encik Megadaska pun tak boleh buat apa. 23 kali tendang pun tak boleh ugak. 11 kali guna tangan pun tak boleh ugak. Kalah dengan power ranger Blue saya nih.

Final destination, terpaksa panggil encik Gaban. Nak tunda, hantar bengkel. Tapi kuasa chakra encik Gaban memang tiptop. Sekali tendang saja dah boleh start. Power betul lah! Kami tanya apa dia pakai. Padahal encik Medagaska dengan encik Gaban sama spesis saja. Lain lah dengan saya kan, saya kan golongan Gadis Melayu, cuma kurang ayu saja. Dan encik Gaban kata, nak start kena guna tenaga batin, baru baby blue boleh start. Ces, nak start motor pun nak guna tenaga batin ke?

Oke, sebenarnya baby blue tu hanya lah sebuah motosikal. Saya tak reti drive, macam mana nak bawa keta. Keta tolak boleh la. meh, saya tolak kan awak. Nak? Tadi lagi sekali dia buat hal. Betul betul tensyiom la wei.. saya bayang kan nanti ada seorang jejaka berbadan sedap sedap mata memandang, berotot seketul dua, lebih tinggi dari saya, berbulu dada. err.. berbulu dada tu tak kot, datang menolong saya. Tapi, hampa. Snow White pulak yang datang tolong saya. Hancur musnah harapan ku. ho ho ho Tapi dia pun power juga. Walaupun tak sepower encik Gaban, tapi dia lagi power dari saya. Dan dan aje baby blue boleh start. Rasa nya, lepas ni saya kena amek kursus membaiki moto dan kereta. Boleh join abah kat bengkel kereta dia. kan Abah?

 
abaikan si hantu hijau tu. baby blue, lambai tangan kat mereka semua ya?

*hujung minggu ni saya balik umah, dan dan lah time ni la lecturer nak kasi banyak assignment. last week punya gila boring tade keja, dia tak nak kasi pulak. haih! bizi mode. oh ya, sampai sekarang saya tak tau apa masalah Baby Blue. harap esok dia oke oke saja.

31 comments