Saya di Situasi Glotis

hey hey hey anda di sana. dah makan? Saya dah makan, tapi secara kecil kecilan saja. Duit belum masuk. Siap lah, bila duit dah masuk. Saya nak makan secara besar besaran. 

Aza, thanks ya. Tadi saya pegi rumah dia dan makan nasi bersama sama kemudian saya amek nasi dia, buat nasi tambah. Saya terlalu lapar. Aza, takpa kan aza makan nasi sikit saja. Aza kan nak jaga badan. Kan? Kan? Kan?

Lihat entry dibawah, nampak tak saya macam bizi labah labah? ya betul, bizi dengan assignment dan pikir pasal final projek. Tapi macam sia sia saja hasil pemikiran kreatif dan kritis saya. Saya paling tak suka hasil penat lelah dan semput saya tak dihargai, dan lain kali, henpon tu simpan dalam beg henpon yang berpenutup bermagnet kaler hitam kat pinggang tu saja. Dan buat meset dengan Ex Gelfren ya? Baca betul betul, ada itonasi marah di situ.

Saya ingat kan boleh bersuka ria di hari Thaipusam. Tapi hampeh. Nak bermanja dengan mak pun tak boleh, Nak masak dengan penuh kasih sayang pun tak boleh. Ingat saya tak reti masak ke? heh!

Sambil masak sambil buat assignment. Nasib tak tumpah Budu kat laptop. Biasa lah, perempuan kan super-wonder-women. boleh buat dua keja dalam satu masa. Sini pula itonasi sedikit riak. Heheh!

Oke oke, cukup dengan gambaran kesibukan saya dalam bidang pelajaran. Sekarang saya sibuk dalam bidang perhubungan antara sesama manusia pula. Saya berada dalam keadaan pertengahan. Atau dari segi kimia nya, neutral. atau dari segi peribahasa pula, diluah mati mak, ditelan mati bapak. Eh, macam tu ke peribahasa tu? Saya kurang reti.

Apa nak buat, bila ada yang datang merayu sambil menangis dan minta kita terima dia. Wujud perasaan serba salah di situ. Sedangkan kita sudah ada yang lain. Yang sememangnya dari dulu lagi bersama dan sudah berjanji manis. Saya tak nak terima orang tu, tapi saya kesian kan dia. Tapi kalau saya terima nanti saya juga yang makan hati. Lagi pula, saya kan dah ada yang lain. Dan, dia pun tau keadaan saya yang sudah ada yang lain. Malahan, orang tu siap dah slow talk lagi dengan dia tu. Nak minta saya. Hurmmm. Dan dia serah kan semua nya kepada saya. Dia minta saya buat pilihan sendiri. Agak pening kan cerita ni? Masalah ni dah agak selesai. tapi saya masih lagi ragu ragu. betul ke tak tindakan saya tu. Macam mana nak hilang kan rasa serba salah ni ya? 

*ini bukan kisah cinta ya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Tiba tiba pula kena tag. tapi tag ni macam kurang sesuai untuk saya, tapi takpa. untuk Ely, i do it for you bebeh!

1. How old are you?
21 tahun. Sekarang saya lagi prefer bitau saya 21 tahun. kasi nampak matured sikit. dah bosan la dengan ayat "adik sekolah form berapa ya?" atau "ini cerita mesti 18 tahun ke atas, boleh tengok mykad?" atau " oh, saya ingat kan awak semester satu". cess!!

2.Are you single?
yup. single. bukan singlet.

3.At what age do you think you'll get married?
arr.. bila saja saya dah sedia lah. nak kawin ni susah woo. dah la mahal, set pelamin yang paling simple pun dah 3 ribu. hahaha. dan saya tak nak kawin dengan mengharapkan bantuan family dan bakal suami saya saja.

4.Do you think you'll marrying the person you are with now?
sekarang saya dengan teman sebilik saya, mana boleh kawin sesama jantina.

5.If not, who do you want to marry?
dengan jodoh saya lah.

6.Who will be your bridesmaid & bestman?
saya nak tempah Dato' siti jadi tukang kipas saya. agak agak dapat tak?

7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?
erkh. apa pun tak pikir. sekarang saya tengah pikir kat mana nak beli Motor power window paling murah. dan boleh ke guna motor power window. larat ke dia nak angkat menda alah ni. hurmm..

8.Where do you plan to go on honeymoon?
saya takut nak pikir. lalalala~~

9.How many guests do you think you'll invite?
nanti saya akan buat peraduan gores dan menang.dan sapa yang menang, boleh datang makan kat rumah saya, bawak kupon tu sekali. nanti boleh dapat hadiah misteri.

10.Will that include your exes?
itu pun kalau dia menang peraduan gores dan menang tu.

11.How many layers of cake do you want?
saya nak kek bentuk macam KLCC, berapa layer ye perlu ada? tak pun kek macam menara condong. saya nak dia condong dalam 30 darjah.

12.When do you want to get married, morning or evening?
pagi kot. udara segar pagi sekali. orang kata cuaca panas pagi elok untuk kulit. amek vitamin untuk kulit sebelum akad nikah.

13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding:
lagu banduan penjara yang hot.

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
patut amalkan amalan adab makan melayu. makan guna tangan kanan. siku tak boleh atas meja. jangan termenung depan makan, tak boleh bercakap masa makan.

15.Champagne or red wine?
budu ais. boleh tak?

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
bila keadaan mengizinkan. macam anak mak cik *ah tu, lepas kawin seminggu terus kena masuk keja. tak pegi honeymoon lagi la tu. hahahah!!

17.Money or household items?
dua dua pun boleh.

18.How many kids would you like to have?
erk. saya pun kurang pasti kalau yang tu. tapi yang pasti anak kucing dalam lima enam ekor macam tu la. wah wah wah

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?
boleh jugak. record gambar gambar romantis berdarah kami aje la. nak lagi up, video berkejar kejaran ditepi pantai kot. tapi mesti gambar saya aje yang ada, dia tukang amek gambar saja.

20. Whose wedding plan would you like to know next 
asna cute. dan kak yanie dan kak hanie. *sowe ely, agak main main sedikit menjawab nya. keadaan macam ni hanya berlaku bila tiada cinta dalam hati. cheeewaaaahhhh~~~

22 comments