Ibu Melur
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Ahad lepas saya pegi menghadirkan diri dalam satu intebiu yang saya sendiri pun tak tau apa sebenarnya agensi tu nak. Saya cuma pegi untuk mengetest sama ada saya mampu berspeaking atau tak dan menikmati perasaan di intebiu. Jadi, bila pegi intebiu untuk keja betul betul nanti tade lah rasa takut sangat. Sebab intebiu hari tu bukan lah intebiu betul betul. separa betul saja. Tapi separa tak separa, hampir 4 jam gak saya kena tunggu. Maybe sebab ramai gila kot orang yang pegi intebiu. Dasat betul. Ini baru betul betul dasat. Dasat penuh. Tapi lagi, saya ada jumpa satu info ni dalam satu majalah tempatan. dan sila tolong jangan salah paham terhadap saya sebab saya pun datang dari unsur genetik dari sana. Tapi betul ke?

huargghh!! gila punya letih hari ni, hampir sehari suntuk masa saya membazir masa kat serdang tadi. Lapar pulak tu. Haih! Sepatutnya hari ni saya membazirkan masa kat area bukit bintang. Alaahh.. saja nak jalan jalan dengan rakan senegara yang tercinta, nanti kan kami dah nak abes belaja. So, masa ni la nak hang out sama sama kan? hu hu hu.

Tapi tup tup tup terpaksa pegi serdang pulak. Tapi takpa, hari sabtu ni saya ganti balik masa yang sepatutnya saya bazirkan dengan rakan senegara saya itu. Harap jangan ada yang nak potong angin saya lagi. Walaupun sebenarnya memang dah terpotong sedikit. Tapi takpa jugak, buat buat rilek aje.

Hari ni 26hb dan semua orang dah mula sibuk dengan kempen earth hour 28hb ni nanti. Masing masing dah tak sabar nak tutup lampu malam tu nanti, saya pun siap dah beli lilin. Tak kan nak duduk dalam gelap pulak dalam masa sejam tu kan? Hari ni 26hb dan belum 28hb lagi tapi sudah hampir seminggu toilet bilik saya menyahut seruan kempen ni. bah kan bukan selama 1 jam tapi 24 jam. Amacam? Bagus tak toilet saya? Toilet korang ada prihatin macam toilet saya? ha ha ha!!

*bila dorang nak tukar lampu baru ni? tak kan nak harapkan saya yang si pendek ni tukar lampu kot.
ho yeah! esok jiran sebelah rumah buat kenduri. dan tadi saya nampak dorang tebang pokok kelapa. makna nya esok akan ada umbuk nyior dalam gulai lembu mereka. wah wah wah! Umbuk nyior itu memang sedap kalu di makan bersama gulai daging err.. ke gulai kawah nama nya? gulai kenduri kot? ah! Lantak lah, janji esok saya dapat makan umbuk nyior. yih! tak sabar nak pegi kenduri esok. hurm.. maybe saya patut ajak mak pegi tolong mereka potong bawang bila mak pulang nanti. ek ah~ ek ah~ oh ya, selamat berkenduri ya?

Mak cik, Pak cik yang berpenyakit darah tinggi jangan makan daging banyak sangat, oke? tak bagus untuk kesihatan. dan siapa siapa yang nak tambah isi badan, kawin lah dengan penjual daging atau anak penjual daging. Tadi tengahari saya pegi kenduri rumah kawan abah, dia jual daging dan menantu dia sungguh 'comel'. Dulu dia kurus tapi jadi macam tu lepas kawin. banyak sangat makan daging. itu mak saya yang kata. bukan saya. tapi saya tak boleh kawin dengan anak nya, sebab saya kurang gemar dengan daging, nanti sakit gigi. penjual ayam boleh la.. kot.

esok juga saya bakal bertolak ke Shah Alam balik. dan perasaan kurang enak sudah mula menyelubungi diri. ada semangat jahat datang bila teringat saja tentang exam yang terpaksa saya jalani sendiri nanti. Makna nya di sini adalah, saya tak boleh meniru mana mana pihak bila exam nanti. Ohh tuhan.. haih! kalau lah boleh tinggal di rumah untuk lagi seminggu, kan bagus. eh bukan, lagi 2 minggu. erm.. lagi 3 minggu kot. atau berminggu minggu.

*eh, korang tau kan apa tu umbuk nyior kan? kan?
Saya ada terbaca entri kisah Tangkap Gambar kat blog Sultan. Tiba tiba saya teringat yang saya pun ada gambar yang agak sedikit musykil dan misteri. Cuba anda semua teliti betul betul, ada nampak apa apa jenis rupa bentuk makhluk tak?


Gambar ni di amek masa saya pegi ke Gunung Stong. Masa tu saya join geng klinik pergigian HUSM, Kelantan pegi ekspedisi menawan Gunung Ayam. Dekat dekat Gunung Stong la. Tapi tade ayam pun atas gunung tu. Monyet ada lah. Dan asap tu adalah asap rokok. Rokok yang disedut oleh rakan lelaki saya ya, bukan saya. Saya bukan perokok tegar macam Mrblind. lalalala~~~ 

Oh ya, waktu ini adalah waktu magrib. Lebih kurang jam 7 lebih. So, ada nampak apa apa tak?
Hari ni saya rasa sedikit cerdik dari hari hari terdahulu. Sebab baru hari ni saya terpikir yang saya tak perlukan modem kalau nak guna intenet. Ces! rupa rupa nya boleh guna henfon saja lah. Masuk saja simcard tu kat henfon dan on bluetooth. Ces! ces! ces!

Buang kredit saja, hari hari saya talifon amoi melayu seksi kat kedai tu. Dah sebulan lebih hantar repair, masih tak siap siap lagi. Geram betul! Tadi petang, boleh pulak dia nyanyi nyanyi lagu farhana bila saya talifon. Haih!

Oh ya, untuk teman teman. Sori tak reply mesej ya? dan sori ugak sebab tak angkat henfon. Henfon tade kredit dan kepada sape sape yang baik hati, buleh juga kalau nak tolong topup untuk saya. Ada orang tag saya lagi. Tapi macam tade mood lagi nak jawab. lalala~~

Saya dah mula pening pikir tentang hala tuju saya lepas abes belajar nanti. Abah dah mula bising suruh keja. Dan mak, tade mende lain dia nak tanya selain dari soalan tentang jodoh saya. Haiyya! kalau tak tanya pasal pakwe makwe, mesti dia tanya kenapa saya gelap dan adik saya putih. huhu~

Oh iya, saya sudah selamat dari demam denggi. Betul betul syukur alhamdulillah. Amin! Walaupun habis lebam lebam lengan saya, berat badan turun, tapi takpa. Janji selamat dari demam. Dan terima kasih untuk semua ya?

*tahun lepas, 12 March 2008. ada benda bahagia yang berlaku.
Hai semua? Apa khabar? Baik saja bukan? Bagus bagus. Saya juga bagus, baru saja dibebaskan dari penjara Hospital Klang. Iya, saya ditahan atas kesalahan menghidapi demam denggi. Teruk kan? Abah dan Ma terpaksa datang ke Shah Alam dari Besut untuk menjaga saya di wad. Maaf ma, terpaksa menyusahkan. 

Cerita Dalam Ward: 

Saya terpaksa bersebelahan dengan makcik kencing manis yang banyak cakap dan tak abes abes dengan cerita abang iparnya yang bermata duitan. Saya juga terpaksa menadah telinga mendengar makcik sebelah membebel bila saya tade selera makan.

Tiap tiap hari, selang beberapa jam, doktor akan datang dengan set jarumnya untuk amek darah. Saya risau kalau lagi seminggu saya kat hospital, saya akan mati akibat ketandusan darah.

Cerita Cuti: 

Sekarang saya sedang menikmati cuti MC saya. Sudah 2 minggu saya tak ke kelas, dan minggu depan saya mula cuti mid sem. Tapi awal awal lagi saya dah mula bercuti. Wah, bahgia sungguh! Sepatutnya saya kena amek ujian sebelum cuti tapi memandangkan saya MC, naik cuti nanti baru saya amek ujian, kot. 

Dan hey, sekarang saya kat kampung. Keluar saja dari wad, saya terus balik rumah sewa dan kemas kemas sedikit barang. Dan taa-daa, saya dah sampai kat Besut.

Cerita Sekarang: 

Memang saya dah keluar ward tapi sebenarnya belum. Beza nya cuma lah, kat hospital saya terpaksa ke hulur ke hilir dengan tiub panjang di tangan tapi di rumah saya boleh ke hulur ke hilir dengan senang hati. Tapi, darah saya masih perlu di amek dan di check. Ini sebab kandungan platelet dalam darah masih rendah, 67/100. Masa mula mula masuk ward, 27/100. Dasat kan?
Saya Demam. teruk. kena injek. sakit ya amat lapar tapi tade selera. ma, nak balik...................................................... 

* jelu jelu tu apa? 

" pegi amek air pahtu jelu jelu palo". apa maksudnya ya?
Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

Previously known as Farhanalicious but today, I am Ibu Melur.

Categories

Camping Heart Feeling Jalan Jalan Kehidupan Seorang Pelajar Mak Mak Makan Makan Melur Membebel Merepek Outdoor Parenting Pregnancy Review Santai Sharing Traveller

Follow Us

  • BabyMommyStore
  • Instagram

Latest Post

Followers

Total Pageviews

Search This Blog

Pages

  • HOME
  • DISCLAIMER

Blog Archive

  • ►  2022 (2)
    • ►  March (2)
  • ►  2021 (12)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (23)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2011 (39)
    • ►  December (8)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (31)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (77)
    • ►  December (9)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (6)
    • ►  May (9)
    • ►  April (13)
    • ▼  March (7)
      • Sumpah! Betul Betul Tak Membawa Unsur Kenegerian
      • Sediakan Lilin Sebelum Gelap
      • Cuti Sekolah Adalah Musim Berkenduri Kendara
      • Ada Nampak Apa Apa Tak?
      • 12 March 2009
      • Adik - adik, Jangan Lupa Jaga Kesihatan Ya?
      • Saya Demam. teruk. kena injek. sakit ya amat lapar...
    • ►  February (7)
    • ►  January (13)
  • ►  2008 (34)
    • ►  December (11)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)

Popular Posts

  • Provider Yang Melampau
  • Camping dan Piknik di Hulu Langat dengan Bayaran Seikhlas Hati
  • Macam Mana Saya Jadi Dropship Buku dan Mainan Kanak Kanak

My Blog List

Copyright © Ibu Melur. Designed & Developed by OddThemes