Ada Nampak Apa Apa Tak?

Saya ada terbaca entri kisah Tangkap Gambar kat blog Sultan. Tiba tiba saya teringat yang saya pun ada gambar yang agak sedikit musykil dan misteri. Cuba anda semua teliti betul betul, ada nampak apa apa jenis rupa bentuk makhluk tak?


Gambar ni di amek masa saya pegi ke Gunung Stong. Masa tu saya join geng klinik pergigian HUSM, Kelantan pegi ekspedisi menawan Gunung Ayam. Dekat dekat Gunung Stong la. Tapi tade ayam pun atas gunung tu. Monyet ada lah. Dan asap tu adalah asap rokok. Rokok yang disedut oleh rakan lelaki saya ya, bukan saya. Saya bukan perokok tegar macam Mrblind. lalalala~~~ 

Oh ya, waktu ini adalah waktu magrib. Lebih kurang jam 7 lebih. So, ada nampak apa apa tak?

25 comments