Adik - adik, Jangan Lupa Jaga Kesihatan Ya?

Hai semua? Apa khabar? Baik saja bukan? Bagus bagus. Saya juga bagus, baru saja dibebaskan dari penjara Hospital Klang. Iya, saya ditahan atas kesalahan menghidapi demam denggi. Teruk kan? Abah dan Ma terpaksa datang ke Shah Alam dari Besut untuk menjaga saya di wad. Maaf ma, terpaksa menyusahkan. 

Cerita Dalam Ward: 

Saya terpaksa bersebelahan dengan makcik kencing manis yang banyak cakap dan tak abes abes dengan cerita abang iparnya yang bermata duitan. Saya juga terpaksa menadah telinga mendengar makcik sebelah membebel bila saya tade selera makan.

Tiap tiap hari, selang beberapa jam, doktor akan datang dengan set jarumnya untuk amek darah. Saya risau kalau lagi seminggu saya kat hospital, saya akan mati akibat ketandusan darah.

Cerita Cuti: 

Sekarang saya sedang menikmati cuti MC saya. Sudah 2 minggu saya tak ke kelas, dan minggu depan saya mula cuti mid sem. Tapi awal awal lagi saya dah mula bercuti. Wah, bahgia sungguh! Sepatutnya saya kena amek ujian sebelum cuti tapi memandangkan saya MC, naik cuti nanti baru saya amek ujian, kot. 

Dan hey, sekarang saya kat kampung. Keluar saja dari wad, saya terus balik rumah sewa dan kemas kemas sedikit barang. Dan taa-daa, saya dah sampai kat Besut.

Cerita Sekarang: 

Memang saya dah keluar ward tapi sebenarnya belum. Beza nya cuma lah, kat hospital saya terpaksa ke hulur ke hilir dengan tiub panjang di tangan tapi di rumah saya boleh ke hulur ke hilir dengan senang hati. Tapi, darah saya masih perlu di amek dan di check. Ini sebab kandungan platelet dalam darah masih rendah, 67/100. Masa mula mula masuk ward, 27/100. Dasat kan?

15 comments