12 March 2009

Hari ni saya rasa sedikit cerdik dari hari hari terdahulu. Sebab baru hari ni saya terpikir yang saya tak perlukan modem kalau nak guna intenet. Ces! rupa rupa nya boleh guna henfon saja lah. Masuk saja simcard tu kat henfon dan on bluetooth. Ces! ces! ces!

Buang kredit saja, hari hari saya talifon amoi melayu seksi kat kedai tu. Dah sebulan lebih hantar repair, masih tak siap siap lagi. Geram betul! Tadi petang, boleh pulak dia nyanyi nyanyi lagu farhana bila saya talifon. Haih!

Oh ya, untuk teman teman. Sori tak reply mesej ya? dan sori ugak sebab tak angkat henfon. Henfon tade kredit dan kepada sape sape yang baik hati, buleh juga kalau nak tolong topup untuk saya. Ada orang tag saya lagi. Tapi macam tade mood lagi nak jawab. lalala~~

Saya dah mula pening pikir tentang hala tuju saya lepas abes belajar nanti. Abah dah mula bising suruh keja. Dan mak, tade mende lain dia nak tanya selain dari soalan tentang jodoh saya. Haiyya! kalau tak tanya pasal pakwe makwe, mesti dia tanya kenapa saya gelap dan adik saya putih. huhu~

Oh iya, saya sudah selamat dari demam denggi. Betul betul syukur alhamdulillah. Amin! Walaupun habis lebam lebam lengan saya, berat badan turun, tapi takpa. Janji selamat dari demam. Dan terima kasih untuk semua ya?

*tahun lepas, 12 March 2008. ada benda bahagia yang berlaku.

9 comments