Sediakan Lilin Sebelum Gelap

huargghh!! gila punya letih hari ni, hampir sehari suntuk masa saya membazir masa kat serdang tadi. Lapar pulak tu. Haih! Sepatutnya hari ni saya membazirkan masa kat area bukit bintang. Alaahh.. saja nak jalan jalan dengan rakan senegara yang tercinta, nanti kan kami dah nak abes belaja. So, masa ni la nak hang out sama sama kan? hu hu hu.

Tapi tup tup tup terpaksa pegi serdang pulak. Tapi takpa, hari sabtu ni saya ganti balik masa yang sepatutnya saya bazirkan dengan rakan senegara saya itu. Harap jangan ada yang nak potong angin saya lagi. Walaupun sebenarnya memang dah terpotong sedikit. Tapi takpa jugak, buat buat rilek aje.

Hari ni 26hb dan semua orang dah mula sibuk dengan kempen earth hour 28hb ni nanti. Masing masing dah tak sabar nak tutup lampu malam tu nanti, saya pun siap dah beli lilin. Tak kan nak duduk dalam gelap pulak dalam masa sejam tu kan? Hari ni 26hb dan belum 28hb lagi tapi sudah hampir seminggu toilet bilik saya menyahut seruan kempen ni. bah kan bukan selama 1 jam tapi 24 jam. Amacam? Bagus tak toilet saya? Toilet korang ada prihatin macam toilet saya? ha ha ha!!

*bila dorang nak tukar lampu baru ni? tak kan nak harapkan saya yang si pendek ni tukar lampu kot.

20 comments