Update

Oh hai. Terimas ya amat utk tip tip rawatan utk keguguran rambut hari tu. Apa pun, harap harap rambut dah tak gugur lagi lepas ni. Harap sangat. Sangat sangat. 

Sejak mula kelas 2 minggu lepas, saya agak bizi dengan banyak nya. Dengan assignment nya, ujian nya, lab report nya, menjahit nya, makan nya, tido nya. Pendek kata lecturer kat sekolah saya pun tak bizi macam saya lah. Dorang masih ada masa utk bergurau senda tentang 'Abg Haji' masing masing. Buka meja dan mempromote bahan jualan mereka dengan segelas air milo di tangan masing masing. Dan saya tak tau pulak lecturer saya ada buat jualan murah utk brooch dan gelang kristal. Part time kot.

Saya pula, masih tade masa nak siap kan baju kawan saya. Harap dia pun dah lupa dengan hadiah harijadi dia tu. Jadi, boleh la saya bagi baju tu utk hadiah hari jadi tahun depan. ho ho ho~ 

Lagi pula, tak lama lagi akan ada malam pra graduan (MPG) utk sekolah saya. Dengan tema hitam putih moden. Kawan kawan saya semua sudah siap sedia dengan design baju untuk malam nanti. Dengan manik manik, labuci labuci. itu belum start cerita macam mana nak kasi nampak tinggi sikit, kurus sikit, tumit kasut berapa depa, mekap nak tebal berapa inci. Dasat betul lah!

Oh ya, nanti MPG tu setiap kelas akan buat satu persembahan. Nasib lah suara saya tak sedap, kalau tak kompem saya akan tawarkan diri utk menyanyi bagi pihak kelas. Dan mungkin saya akan jemput abang saya untuk main musik. Tapi hasil berkat suara saya yang tak sedap tu juga lah, saya terselamat dari upacara persembahan kelas. happy~ happy~ happy~ 

*tapi, tiba tiba saya dapat tau, satu kelas mesti join persembahan tu. persembahan tu? koir lah. oh damn!

8 comments