Untuk Kakak Kakak dan Gadis Gadis Sahaja

Gadis gadis dan kakak kakak, saya amat membutuhkan pertolongan kalian. 

*sedih 

Baik lah. Gadiss dan kakaks, Macam mana nak lebatkan rambut sekali gus tak nak kasi rambut gugur lagi. Ada tak rawatan berpakej dua dalam satu macam ni? Kalau boleh, jangan la yang kena cari daun daun herba dan sebagai. Saya bukan tinggal kat seberang hutan dan kebun, kang nanti ada yang suruh cari akar bunga reflesia buat pati, mana nak cari.

Rambut saya sudah terlampau melampau gugurnya. Saya pun dah malas nak sapu rambut yang gugur kat lantai. Kalau boleh gam balik kat kepala oke jugak. Tak pasal pasal kawan saya suspek saya ada leukemia, teruk betul. Saya harap mulut kawan saya manis sentiasa. Haih! Mintak tolong ya, gadiss dan kakaks. 

Akhir kata, selamatkan rambut kaum hawa.

22 comments