Cerita Untuk Minggu Ini

Oh hai? Lama sungguh dok update kan? selepas kena santau dengan encikbuta. Saya memang tade masa nok menaip naip kat blog nih. Encikbuta, gua bukan mengata lu, gua cuma kata saja. ho ho ho 

Dalam seminggu ni saya bizi dengan panjang lebarnya. Macam biasa lah, bizi dalam sektor pengajian. Hujung hujung sem macam ni pun lecturer nak bagi dengan tugasan + kuiz + ujian lagi. Budak budak sekolah kalau dah hujung tahun, dah boleh bawak batu buat main batu seremban kat sekolah. 

Itu baru sektor pengajian, belum sektor pengurusan diri. Belum campur dengan masa nak makan minum, semayang, mandi, basuh baju, check email, tengok cerita, main game. Gosok gigi. Nak isi minyak motor. Oh ya, aritu skru kat no plat moto saya kena curi. Apa punya hampeh la pencuri tu. Skru pun nak curi. Kalo skru pun tak mampu nak beli, tak yah la bawak motor. haih. Ini lah yang paling nombor satu saya tak suka berada di sini. Eh, skru free aje lah. Pegi la mintak kat kedai. Yih! Rasa macam nak pasang CCTV aje kat baby blue. 

dan next week saya dah mula final. Betul betul risau sekarang ni, memandangkan jadual sungguh la tak berhati perut, 4 paper direct dalam 1 minggu. Subjek pulak tough. Kalau subjek macam kat tadika, main sambung titik jadikan huruf takpa gak. haih! 

Apa pun, malam ni Malam Pra Graduan untuk budak sekolah saya. Bertempat di kelab golf kat sini. Nanti sambil makan sambil main golf kot. Malam ni jugak semua orang termasuk saya akan bertemakan taik cicak, yaitu hitam putih. Apa pun, gambar tu akan saya pikirkan sama ada nak upload ke tak. Agak agak kalau saya paling hot malam tu baru saya upload. buleh? Minggu depan jugak ada karnival kerjaya kat PWTC, mungkin saya akan kesana. dengar kata ada interview keja sekali. Wah, dah besar rupa saya nih. Dah start cari keja. ho ho ho. tapi saya bukan makcik lagi.

14 comments