Mungkin abah mak adik dah separuh jalan ke Mekah

semalam saya ber-bas ke Pasir Gudang. gila jauh perjalanan saya, 12 jam. walaupun saya cuma tidur dan bangun ke toilet bila berhenti. saya tetap berasa penat. penat tidur. tapi di kerteh saya tak tidur, sebab kat sana ada lampu lawa lawa, tempat petronas buat keja. aahh, sungguh romantik. lagi satu tempat, tempat orang main golf, kot. hijau saja, tapi semalam tak nampak pun. so, saya tidur lagi. 

semalam saya rasa ada orang pindah rumah guna bas. habis penuh bonet bas. tak cukup bonet, dia taruk kotak kotak dalam bas jugak. tak pasal pasal kena letak kat kaki saya. memang tak puas hati, abes kaki saya nak letak mana. dem, dah la kaki saya panjang. lalalala~~ 

semalam jugak, saya dengar nenek menipu cucu. tiap kali bas nak bergerak mesti dia kata; "duduk diye, kapa terebe nok belepah doh ni. duduk diye" . nenek, kita naik bas, bukan kapal terbang. aiseh!

oh ya, semoga perjalanan mak abah adik saya ke mekah selamat dan lancar. semoga mereka pergi dan pulang dengan selamat. semoga mereka dapat menjalani ibadah umrah dengan baik. agak tak puas hati sebab tak bulih nak hantar dorang kat airport. harap mereka selamat. saya suruh mak saya bawak budu untuk sedara mara kat sana tapi mak kata kat sana pun ada orang jual budu. dasat lah! budu dah jadi makanan antarabangsa. 


9 comments