Mungkin Mak Saya Akan Baca Satu Hari Nanti

Selamat Hari Ibu kepada Pn. Siti Fatimah Salleh yang cantik. Semoga kekal cantik dan sihat. Siti Farhanah terlalu amat sayang kan ma. nanti lepas abes belaja, saya teman ma pegi mengaji dan jalan jalan lagi ya :) dan juga Siti Faizura, walaupun dia dah ada pakwe baru dan nak kawin, Ma tetap nombor 1. 

Sama juga dengan Mohd Faizul, walaupun dia jarang balik, tapi saya tau. dia sayang dan sentiasa ingat Ma. Lihat, dia carikan calon menantu seorang nurse sebab takde sape yang nak jadi nurse dan doktor dalam kami 5 beradik. hu hu~

dan juga Mohd Fahmi. dia pernah bagitau kat saya yang jarang talifon tak semestinya dia tak ingat Ma. Kata nya lagi, itu memang style dia. ceh, apa yang style pun saya tak tau. Padahal kedekut kredit. lalalalalaa~~

Mohd Fakhri, mulut dia memang takleh makan saman. tapi itu yang buat Ma happy kan? Apa pun, kami semua sayang kan Ma seratus peratus. Ma adalah SuperHeroin kami. Wonderwomen kami. Kalau saya ada kuasa, saya akan betulkan hidup kita seperti mana yang ma mahu. Tapi, kita di bumi nyata. mana ada kuasa macam tu. lain lah dalam dunia katun imaginasi dalam nota Imaging saya. Semua benda boleh jadi. 

Nanti kita pergi umrah sama sama ya. Tak aci betul, adik saja yang pegi kali ni. terpaksa saya merempat kat Johor sementara. hu hu hu

*kenapa saya rasa macam jiwang aje nih. ah, saya memang anak mak. tapi bukan anak manja. dan lembik.

12 comments