Rupa Rupanya Saya Ada Silent Reader

saya terus membelek-belek buku. belek dan belek dan terus membelek. ada kala selak balik muka depan balik, ada kala cuba melukis kesinambungan cerita Super Farhana pada helaian nota. tapi rasanya memang tade sambungan. saya menulis dengan tulisan doktor. sungguh laju. sungguh 'doktor' 

*prak mata pensil picit patah, picit hujung pensil. lihat bekalan ubat pensil picit.*

"mintak mintak laa cukup sampai isnin depan

sempat juga saya berdoa walaupun tanpa bacaan basmalah. saya kembali menulis lagi. dengan tulisan doktor lagi. dan semakin laju, semakin 'doktor'. sampai satu tahap saya sendiri tak paham dengan tulisan sendiri. mungkin sudah sampai ke tahap gaya tulisan doktor pakar. terlalu sukar untuk difahami. 

kemudian berhenti sejenak untuk berfikir. berfikir kenapa lecturer bagi soalan yang pelik dan susah dan apa sambungan kisah Shaman King. lama gila saya tinggalkan dunia Shaman iaitu sejak 2 tahun lepas. 

oke, sambung menulis lagi. bila tak larat menulis dan berfikir lagi, masa untuk rehatkan otak. otak sama macam hati, tak buleh main paksa paksa. mereka sama sama organ.ye ke? jadi, macam biasa. saya akan lihat fesbuk dan bergelak tawa seorang diri sambil menonton video baik-baik di yutiyub. 

sambung menulis balik. sekali sekala membaca nota. mulut terkumat kamit lagak macam tok dalik membaca serapah seranah memanggil hantu lawak beliau. tapi selalunya mulut akan menyanyi secara kuat di dalam bilik sambil telinga ditekap dengan headpon. ini baru betul betul konsert amal. menyanyi secara percuma kepada cicak dalam bilik.

lihat jam, aahhh.. sudah jam dua pagi. 

 "sudah sudah lah study tu farhana, dah pandai dah ni, tengok. semua soalan dah buleh jawab nih. pegi tido, sambung esok pulak. esok exam jam 2.45 kan. buleh belek lagi pagi esok."

cuba menasihati diri sendiri sambil menepuk nepuk bahu sendiri. tutup buku. main game Prison Tycoon. sampai sekarang saya masih tak tau apa motif game nih. dan kalau upgrade RAM untuk laptop, agak agak dia caj berapa puluhsen?

17 comments