Shah Alam-Sg Buluh-Gombak-Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Machang-Jerteh

Sekarang saya berada tepat di rumah saya, iaitu di Jerteh. Bukan Kertih atau Jerkoh. err.. Jerkoh tu dekat area Bentong atau Raub kot. Jumpa masa ontheway balik. Tapi jumaat malam nanti saya akan ber-bas ke Pasir Gudang pulak. dan Abah Mak dan Adik akan terbang ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Semoga mereka selamat pergi dan pulang. Amin. Tapi lagi, 15 June terpaksa balik Jerteh balik dan 16 June berjumpa dengan doktor, harap hensem dan muda. Seorang Pembizi betul lah saya ni kan? Jangan jeles.

Oh ya, saya juga sudah tamat pembelajaran di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. untuk Diploma Kejuruteraan Elektronik Perubatan. berdoa dan berharap sangat lepas ni saya dapat sambung di 'situ' untuk menjadi seorang 'itu'. tapi sebelum tu, harap tade paper yang kantoi. ho-ho 

Last day di politeknik, kami ada buat jamuan sedikit sebanyak. perhimpunan agong DEU buat kali terakhir dengan Madam Wee. ada makan makan dan sesi ucapan. dan tak lupa, sesi berpelukan sambil berjujuran air mata. dem! saya menangis tanpa segan silu depan budok kelas. harap ada yang tak sedar. harap juga photographer khas itu tade amek gambar candid saya. memang tade pun. ha ha gila sedih bila ingat balik yang lepas ni memang tak buleh nak bersukaria macam dulu lagi.

lepas ni saya pasti akan rindu geng rumah Pa-Aja. rindu nak bukak pintu gate sambil encik Bai bertenggek di muka pintu rumah. Rindu nak borak borak, tengok movie dan makan makan dengan encik Bai, Pa-Aja, Miza, Naemah, Nad, Atin. sungguh, mesti rindu ya amat. mesti punya lah! nanti akan rindu bilik Ekin dan Diana kat kamsis. rindu nak balik bilik dia tiap kali time tade kelas. rindu nak tido sekatil dengan Ekin, makan makan, borak borak dengan Ekin, Diana dan Zaem. Ekin, jangan lupa datang rumah aku. Ayah aku tak sabar nak dengar suara ko lagi. hu hu 

dan untuk budak rumah sewa, dari Jaya ke Ilham. terima kasih sebab ajar aku cara berhidup dan berkawan dengan perempuan. Maybe aku ada ter'selfish' sepanjang dengan korang, aku banyak wat hal sendiri dari join geng korang, sorry sebab kadang kadang aku memang tak reti dalam hidup berkomuniti ni. dah terbiasa bersendirian sejak kecik. Sorry kalau terkasar bahasa, aku memang kasar. sorry aku selalu lupa buang sampah, sebab aku memang pelupa. itu buleh ditanya kepada Mimi bila aku lupa mana aku simpan duit aku dan Ayuni, dulu dia yang selalu tolong cari kunci motor aku. dan lupa nak angkat baju, itu boleh tanya mak aku. ha ha ha dan yang lain lain tu, kita sama sama paham saja lah. tak kan sume benda nak cerita. ini hal rumahlift kita. betul betul sorry utk semua tu. apa pun, mesti akan rindu 3 tahun ni. harap tidak lost contact dengan korang. sebab aku dah lost contact dengan budak sekolah lama. 

 *ini tiru dari blog Mun. tapi untuk kita-kita aje.

Umida-> berharap sangat dipanjangkan jodoh dengan sapik.

Mimi-> Kawan pertama di Politeknik, pandai speaking. kalau dengar dia borak dengan Rihanna, mesti tertukar lah. tak tau mana satu Mimi dan Rihanna. mesti rindu dia ni jugak.

Sa-Odah-> suka kena kan dia. sebab dia takkan balas. happy gila kalau buleh tarik seluar dia. dia tak suka saya panggil dia sa-odah, sebab nama dia Shahadah. dan dia wanita paling sabar pernah saya jumpa. tapi mintak maaf la semua, dia dah ada encik Nuwairi.

Ayuni-> keadaan kita, rasa macam clash ngan pakwe tau tak? wowow. saya masih seorang straight. 

Mun-> dulu dia tomboy, tapi sekarang asek pakai heels aje. tunggu dia pakai mekap lak.

Fiza-> Dia lawa. Putih. Pandai math. Kegilaan ramai. Orang Temerloh.

Kola-> sama macam sa-Odah, dulu dia marah saya panggil dia Kola. sebab nama dia Dila. dia ada sanggul rambut yang tak besar-besar. tapi saya suka.

*encik dan mak encik blogger yang lain, mungkin akan rasa meluat atau tak paham. tapi buat buat paham aje lah. mood tengah sedih berpisah lagi ni. tunggu mood bahagia datang lepas ni.

20 comments