Ucapan Selamat Buat Mereka

Selamat Hari Guru kepada semua cikgu saya terutamanya; Puan Rubiah. Beliau adalah cikgu KH saya yang terbaik sebab beliau yang memilih papan kayu, memotong dan memaku papan kayu sehingga menjadi satu rak buku untuk projek KH saya. Sungguh saya tak reti nak bertukang apa lagi nak menjahit. tapi untuk projek menjahit, saya serahkan tugas menjahit tu sepenuhnya kepada kawan saya, Puan Murni. Ya, puan. dia sudah berkahwin 2 tahun lepas. Muda muda dah jadi Puan. bagus betul.

Cikgu Ramli. ini cikgu feberet saya masa form 5. dulu, bila tade cikgu dalam kelas, saya akan merayap ke bilik encik ramli dan berbual bual. Kadang kadang, kami akan berbual sambil makan buah rambutan. cikgu Ramli sungguh kewl~

Cikgu Ramli Amin ini juga cikgu feberet saya sebab dia jarang sekali masuk kelas apatah lagi bagi kerja sekolah. Bila beliau masuk kelas, biasanya topik yang diajar nya adalah kes salahlaku pelajar dan berita hot di sekolah masa itu, sebab beliau adalah penolong kanan sekolah. kadang kadang, hal anakberanak beliau pun boleh dijadikan bahan pengajaran jugak. Jadi, kalau ada kes disekolah, biasanya saya tak perlu mengorek cerita dari budak kelas lain, saya cuma tunggu waktu kelas encik ramli (itu pun kalau dia masuk lah). mungkin sebab itu juga lah saya dapat C untuk subjek Fizik. bila tade kelas, saya juga gemar ke bilik encik ramli. sebab bilik dia ada air cond. dan bersebelahan dengan bilik pengetua.

Arwah Cikgu Siti Hajar, beliau telah meninggal awal tahun ini, agaknya. saya sudah lupa, bukan nyanyuk. akibat penyakit yang dialaminya, Leukimia. Nasib saya ada bertemu dengan beliau sebelum beliau meninggal. Kami bertemu semasa saya berpraktikal di HUSM, kelantan dan beliau dalam perjalanan ke ward untuk proses kimoterapi. beliau sungguh baik dan muda. dia tak pernah serik mengajar kami walaupun kami sungguh bengap dalam matematik tambahan. dan dia juga sering suruh saya tido bila penyakit gastrik saya datang lagi. alfatihah untuk beliau. 

dan Teacher Kikuri. ha ha ha

10 comments