dua hari lepas, rumah saya dikejutkan panahan kilat secara tiba tiba. lebih kurang jam 12am, masa tu saya duk ralit bermain game sambil meriba laptop. tiba tiba ada bunyi letupan sekaligus dengan blackout. tindakan refleks saya masa letupan tu adalah membaling laptop jauh jauh. tapi masih lagi di atas katil. masa tu, saya memang tak guna bateri laptop, direct terus pada letrik. mati mati saya ingatkan laptop saya terbakar sebab saya terhidu bau hangit dan katil saya penuh dengan dedebu. hampir saja menangis. saya masukkan bateri dalam laptop dan cuba on sambil membaca bismillah, dan alhamdulillah. laptop masih bernyawa.
masa letupan berlaku, saya rasa rumah saya bergegar. dan memang bergegar pun, habis semua jam dinding dan gambar yang tersangkut pada dinding jatuh. cermin tingkap dibahagian dapur semua nya pecah. di ruang tamu, abah datang bersuluhkan dengan lampu bomba nya, bau hangit penuh satu rumah. rupanya, power board rumah saya dah terbakar. nasib tak meletup saja. lampu rumah pun tade yang meletup, cuma terbakar saja. tapi cermin yang abah letak pada lampu pecah teruk. kabel talifon hampir terputus.
jadi, malam itu kami berempat tido diruang tivi sebab cuma diruang tivi saja yang ada lampu emergency. mak kata, malam tu malam perayaan bagi nyamuk. takde kipas nak halau nyamuk. dah guna ridsect pun masih boleh hisap darah orang. dasar nyamuk!
esok pagi nya, kami meninjau ninjau kawasan laman rumah dan abah jumpa satu lubang sedalam satu hasta di belakang rumah. kata abah, kat situ la peluru kilat jatuh dan pokok pisang kat situ habis mati, daun semua mati. tali yang abah ikat kat pokok kelapa pun putus.
jiran saya datang melawat dan kata nya kami perlu buat doa selamat, mintak jauh dari bala dan buat tawari. saya tak tau apa kebendanya tawari tu, ini pun tak tau betul ke tak ejaan nya. saya memang tak tau menahu bab ni. dan saya memang tak kisah kalau ditipu.
saya tersangat bersyukur yang saya tak terjadi apa apa sebab masa panahan kilat tu kan saya duk meriba laptop. maunya laptop saya meletup, dengan saya - saya sekali akan ikut meletup.
syukur ya amat sangat. malam tu saya juga bernasib baik sebab selalu nya saya akan menonton tivi hingga lewat malam. mak kata, kilat tu datang dari dapur terus ke ruang tivi terus ke ruang tamu dan terus ke power board. sekali lagi bernasib baik. maunya saya duk ralit tengok tivi, aahhhh... tak mampu nak bayangkan.
apa pun, sampai sekarang saya sedikit takut nak bukak laptop dan bermain game. fobia kot.
13 comments
Syukur tak jadi apa-apa kat awak.
ReplyDeleteAlhamdulilahh selamat xde pape kejadian buruk berlaku..... =))
ReplyDeleteLepas nie time hujan jgn bukak laptop.. time panas terik saje buka yea~ =)
peringatan tu
ReplyDeleteterutamanya ko yg suka online
hehe
alhamdulillah ko selamat...klau laa ko terkena kejutan elektrik tue, aku dapat bayangkan macamana rupa koi, dengan rambut tercacak-cacak dan muka hitam legam.
ReplyDeleteapa pesyen laptop taruk atas riba..
ReplyDeletenasib tak terbakau kaki
alhamdulillah..
ReplyDeletekamu x ape² dik farhana uit..
xpsl²..akak mkn bubur kcg nt..
oppss!! hahahahaha.. :P
Dah2 jgn maen game lg . hehe
ReplyDeleteNasib baek!.... Selisih! Nape tak post gambo lubang tu? Tring nak nengok...
ReplyDeleteSekadar nasihat & peringatan sesama muslim.
ReplyDeleteBerhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)
View Profile: Rantong™
hati-hati la ye..
ReplyDeleteuish takot lak dgrnye.
ReplyDeletehuhu
dark-> yup. syukur ya amat lah tersangat.
ReplyDeleteasnacute-> time tu tak ujan pun. tiba tiba aje. anyway, thx dear :)
kapten-> dan kepada kapten ugak. huhu
fadh-> tapi aku memang da itam legam. kalo kena, tak tau jadi warna apa lak. heheh
john doe-> pesen malas nak berbongkok kat meja la. huhu
kak hanie-> huhu. tau takpa kak. hehe
dhada-> serik buat sementara waktu. huhu
kikuri-> aku tak berani nak gi kat lubang tu dah. dah jadi kawasan larangan dah. huhu
rantong-> terima kasih untuk nasihat tu. :)
mrblind-> orang kat kerteh pun kena hati hati gak. heha
atok-> tau takpa. kena berhati hati jugak. :)
sib baik tak terjadi aper2 kat kamoo dik.....
ReplyDeletehati2 k....