Bukan Wonderpet

Hai semua. Dah lama tak update, kan? Rilek lah, saya masih ada. Masih sihat dan waras, cuma sedikit malas dan malas dan tadak idea. Lagi pula, saya dalam kemurungan akibat tak buleh nak sambung degree dalam mana mana kursus di mana mana universiti.

Kadang rasa macam sakit hati jugak, tapi rilek lah. Bak kata orang ramai, semua orang ada rezeki masing masing. Saya cuba memujuk diri sendiri. Tapi tadi petang, kemurungan saya terganggu bila dapat tau jiran sebelah buleh sambung degree dekat Mesir, sama dengan kakak nya yang sama baya dengan saya. Takpa lah, itu rezeki mereka. Saya tumpang gembira untuk mereka.

Kerja rutin harian saya adalah melepak dirumah, menonton tivi dan memasak untuk adik saya. Saya tak paham kenapa dia buleh makan dengan banyaknya. Oh lupa, lelaki. Lelaki memang makan banyak. Nasib saya ada bawak duit lebih masa keluar berpesta dengan adik saya di Pekan Budaya. Orang lain pegi untuk bersuka ria, dia pegi untuk makan. Malam malam asek main game, bila masa nak study entah. dan ini untuk adik saya, Ayie yang malas nak study.

*tambah 'Mat' dihadapan nama untuk kasi nampak lebih tegas, tegas kan? 

Tambahan; *baru perasan betapa hudoh nya tulisan saya. Dah lama tak menulis kot, otot jari dah kejang. he-hu

13 comments