Hati Saya Masih Basah Rupanya. Ingatkan Kering

keadaan makin kusut. makin serabut. saya dah cuba sikat dengan rapi, sekali dengan minyak zaitun lagi. tetap tak buleh. tetap jugak kusut. kusut pun dah menjadi masai.

last - last sikat pun patah. betul betul rasa tegang. tapi mungkin juga hormon tak berapa mencukupi, itu yang buat jadi tak stabil. hormon tak stabil boleh jadi bahaya, buleh merosakkan hubungan sesama makhluk.

kadang kadang rasa menyesal. kadang kadang rasa tak. sebab satu hari nanti keadaan ni terpaksa saya lalui juga. apa beza nya sekarang dengan kemudian. sakit tetap sakit. sampai bila nak berdiam diri saja. lebih baik sakit sekarang daripada kemudian hari, sekarang masih muda. masih kuat. masih awal. bak poster di hospital, mencegah lebih baik dari merawat.

mungkin saya patut mendiamkan diri, menjauhkan diri. tapi nampak gaya nya keadaan makin kusut. makin bersimpul. tapi belum sampai tersimpul mati lagi. makin saya lari makin dekat dia datang. memang dekat pun. sipi saja.

langkah terbaik, meng-invisible-kan diri. kot kalo kusut jugak, terpaksa gunting dan buang. selepas beberapa minit, saya tersedar. bahawa jiwa dan hati saya masih berperasaan. masih boleh digunapakai. masih sakit bila dicucuk. lama juga tak rasa sakit sebegini.

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Cucuk Lagi. Boleh Saya Rasa Sakit Lagi.

*kalau rasa sakit boleh dipilih pilih, saya pilih rasa sakit berperisa strawberi.

13 comments