Macam Macam Farhana, *Pusing pusing tapak tangan*

Hai. Saya agak bosan hari ini memandangkan remote control buat hal. Jadi nya, tak buleh nak on tivi dan tak buleh nak tengok cerita drama taiwan kegemaran saya. Rasa juga macam nak sedekahkan tivi kat jiran. Alih alih, on komputer untuk bermain game. Cari cari cd game, hilang pulak. Game kegemaran jugak, datang pulak rasa nak hadiahkan komputer untuk jiran belah kanan pulak. Last last update blog dengan isi yang entah apa apa. Mungkin sebab ini juga saya tukar template. kerna terlalu bosan. Bosan dan berpuasa.

Jadi, ini 15 hal berkaitan dengan Farhana. Sedikit tabiat juga. Sebelum berlepas ke kelas makcik makcik. Ya, saya menjalani kelas makcik makcik sekarang ni. Harap saya buleh get along dengan makcik makcik, ini kerana ada makcik makcik yang jenis suka promote anak masing masing. Bosan jugak, apa patut saya promote anak kucing saya juga?

oke, ini dia, randum mengenai farhana. (kutip perkataan 'randum' di belog Encik Dark

1. Walaupun saya tau seterika tu tak on, saya tetap rasa ngeri bila dia ada disebelah saya. Buleh rasa seriau jugak.

2. Mula meminati faizal tahir selepas kes dia bukak baju itu hari, sebab saya rasa dia sungguh kewl. Lagi lagi bila dia dah potong rambut. Tapi saya tak pernah dengar lagu Bencinta beliau.

3. Kawan saya kata, saya selalu balas mesej sambil menggerakkan mulut. Bukan terkumat kamit.

4. Kuku saya pendek dan selalu diperli oleh ma-abah, dan seorang rakan.

5. Orang kata saya 'lara' bila makan, lambat dan lembap. Sebab tu saya tak suka keluar makan dengan orang yg makan cepat. Boleh membantut nafsu makan saya.

6. Nama dalam contact list hp saya dijarakkan antara huruf huruf, contoh; F A R H A N A. Dan nama dalam contact list saya, kebanyakkan nya nama artis. Contohnya, F A I Z A L TA H I R. ini akan membuatkan saya teruja bila lihat nama Faizal Tahir di screen hp bila ada call masuk. Tapi kadang kadang saya sendiri lupa nombor talifon sapa.

7. Bila check poket seluar saya, mesti akan jumpa duit. Paling teruk pun mesti ada sepuluh sen. Paling bahagia, RM50. Ini adalah sebab saya jenis simpan duit dalam poket dan bila basuh, saya tak check poket seluar. Jadi, kalau time sengkek, saya akan check poket seluar terlebih dahulu sebelum ke bank. Saya juga jarang simpan duit dalam purse.

8. Jarang pakai cincin. Lebih kepada tak suka. Rimas kot. Lagi pun, mak kata org yg sudah bertunang baru lah boleh pakai cincin. Tanda sudah berpunya. hohoho!!

9. Saya selalu berasakan yang saya ni juling. Juling air, tak tau kenapa.

10. Pernah dituduh Lesbo. Akibat terlalu rapat dengan kawan baik saya semasa di sekolah. Tapi itu fitnah semata mata. Alah, normal la tu bagi perempuan, bila jalan jalan pegang tangan kan? 

11. Cuma pakai subang ditelinga belah kiri saja. Bukan nak tunjuk rock atau roll. Tapi sebab subang sebelah lagi dah hilang. Nak bertindik sekali lagi macam malas pulak. Dan takut juga. Nasib juga ma-abah tak bebel.

12. Tempoh masa saya menggosok gigi adalah hampir 10 minit. Mungkin sebab tu saya mandi dengan lama nya kot.

13. Bila membasuh pinggan, saya perlukan buih yg banyak. Tak berbuih, tak basuh.

14. Saya juga tak reti guna mesin basuh. Tapi kalau mesin basuh yang dulu saya reti, tapi dah rosak. Harap maklum.

15. Saya tak makan hati ayam, Itik, Ikan keli. 

Ya, saya sedikit cerewet. Saya sudah kenal dengan diri saya, anda pula bagaimana?

17 comments

  1. Owh. Saya nak kopi paste la entri ini. Letak kat belog.

    Malas nak update.

    Buleh dok?

    ReplyDelete
  2. msg sambil berjampi? haha mandrum

    ReplyDelete
  3. wah templete baru wane hijau. Sngat damai asna rasa tak kala asna membace blog farhana nie..

    CUN!

    ReplyDelete
  4. hehehe...
    meh2 hadiahkan laptop tuh kat ifa meh...

    ReplyDelete
  5. senang org nak urat ko lepas ni... berterus terang punya gadis

    hehehe

    ReplyDelete
  6. Hmmm.... interesting. Aku nak buat, kay!

    ReplyDelete
  7. ni mesti xreti gune mesin basuh otomatik..kn?
    leceh la natang tu..
    hahaah!

    ReplyDelete
  8. 3. Kawan saya kata, saya selalu balas mesej sambil menggerakkan mulut. Bukan terkumat kamit---- NI SAH2 SAMBIL TAIP SAMBIL BERCAKAP....

    ahahhaha....setelah akak baca tentang kamoo...kamoo sungguh kelakar la dik...hehhehe

    ReplyDelete
  9. sengeh tgk...GG mesti bling2...10 minit....mak aih....tercabut berus GG tu...hehhehhe

    ReplyDelete
  10. hehe
    faizal tahir makin nmpk hensem sbb rambut dah pendek
    kemas!

    ReplyDelete
  11. Dark, buleh buleh, silalah.

    Naz, jampi dulu sblm hantar mesej, haha

    Asna cute, hehe. pilih hijau sebab warna fav. huhu

    cerry berry, beg laptop lama buleh la. hoho

    babyjane, hoyeah! ;p

    Kapten, aik. rasa nya ini sesi mengenal diri aku, bukan sesi menawan hati aku. mungkin lain kali, kot. haha

    Dhada, macam macam Farhana ;p

    Kikuri, sila sila. tak sabar aku nak baca yg ko punya lak. hehe

    Kak hanie, tau takpa. silap tekan buleh rosak, silap hari buleh kena marah. keh keh keh

    kak Yanie, haha. ni ngah bercakap la ni. ekeke

    sebab tu saya selalu tukar berus gigi. huhu

    kak Nab, hehe. tau takpa ;)

    ReplyDelete
  12. juling air : KL -JB

    satu pandang ke KL, satu lagi mata pandang ke JB

    kuang..kuang... kuah

    ReplyDelete
  13. itu bukan takat juling air lagi, juling tanah dah kot. haha.

    ReplyDelete
  14. best2...kejujuran tahap 8. cun la blog nh sebab kaler ijau.

    ngehngeh..

    ReplyDelete