Melambai - lambai ke arah Melaka

Haiii Awak ;p (cuba buat gaya gewdicks)

Sekarang mungkin saya dalam perjalanan menuju ke Melaka. Saya pun kurang pasti Melaka kat bahagian mana yang saya akan jejak. Yang pasti nya saya membawa perut yang kosong dan tupperware kosong kerana saya sekeluarga ke sana adalah untuk menghadiri Majlis perkahwinan Sepupu saya yang paling garang, rasanya. Dia punya garang melebihi abah saya. Sekali dia jeling, buleh jatuh pengsan dan tergolek golek.

Saya memang agak tak sabar nak ke Melaka, sebab saya nak tengok sapa yang berupaya menawan hati sepupu saya yang garang lagi Ustaz ni. Ya, dia adalah Ustaz. Juga tak sabar sebab kat sana saya akan bertemu enam mata dengan abang abang dan kakak saya yang hanyut dalam dunia kerja masing masing dan lupa terus pada saya, adik nya yang tak bergaji. Juga, bertemu mata dengan sepupu sepopo saya yang lain. Gila ramai sepupu saya, tapi semua dah tua dan beranak pinak.

Oke, baiklah. Saya akan berada di Melaka, untuk beberapa hari. Jadi, sapa orang di Melaka yang terjumpa muka seperti rajah dibawah, disyorkan untuk bertegur sapa. Sekian, terima kasih.

*keadaan ni menampakkan saya sama tinggi dengan adik saya. haha. Tak-tik.*

*Saya bermimpi bertemu dengan ular, yang menakutkan. Mengigit dan menelan tangan saya. Dem! Sila basuh kaki sebelum tido jika tak mahu mengalami mimpi ngeri sama seperti saya. Pesanan Ikhlas dari Farhana Zulkifli. Cekidaut!

8 comments

  1. KO MIMPI ULAR...JAGA2 ADA ORG NAK MASUK MINANG HE HE HE

    ReplyDelete
  2. Pegi melaka...
    macam best jer kot nak wat short trip kan =)) hehe

    nanti update pasal wedding ek.. pasal gmbr pelamin hantaran baju make up semua la kot ada.. boley asna cuci mata n cari idea hehe =))

    ReplyDelete
  3. ko pergi wedding sepupu ko @ wedding ko sendiri?
    huhu.

    ReplyDelete
  4. hehehe..
    mst org yg bjaya menawan hati sepupu kamu tuh..lembut selembut-lembutnya...
    tu psl x mkn saman muke garang sepupu kamo tuh...
    keh3....

    ReplyDelete
  5. waaa... canteknye gambor! So artistik!

    ReplyDelete
  6. mimpi ular? orang tua tua cakap, kalau mimpi ular, nanti ada orang nak masuk meminang..

    hahahaa..

    ReplyDelete
  7. mimpi tu tanda lu kuat mengular..hahaha

    ReplyDelete
  8. Fadh, gua tengah duk berjaga jaga la ni.

    asnacute, hehe. insyaallah saya cuba upload. hehe

    k.e.r.i, sepupu la. gua lambat lagi. hoho

    cerry berry, lembut juga la. hehe

    Kikuri, hoho. thx!

    ahmad azrin, gua tunggu orang datang meminang. Takda pun,

    mrblind, ceh. itu untuk lu je kot. haha

    ReplyDelete