Puasa Jangan Tak Puasa

Lama tak update. Bukan apa, malas. Ya, saya malas nak update. Hari hari saya cuma makan, tidor, menonton tivi dan berinternet. Sampai waktu solat, solat. Sampai waktu tidor, saya tidor. Mak pun dah kasi title "Penganggur Terhormat" kepada saya. Dan saya suka dengan title tu. 

Malam semalam, handpon penuh dengan mesej. selang 15 minit mesej masuk. Biasa lah, mesej ucapan selamat berpuasa dari kawan yang jarang dengar kabar berita. Selalu nya waktu macam ni la baru bertanya kabar. Waktu yang jarang datang. Sepanjang aktiviti membalas mesej tu, kawan saya ada mengusulkan satu cadangan. Siapa puasa penuh, dia dapat duit raya. Saya harap saya menang. Rasa malas datang lagi. Bai!

Oh ya, rasa macam nak tukar www.farhanalicious.blogspot.com kepada yang lain. sebab haritu terkelik, www.farhanalicious.blogpot.com. terkeluar pulak Bible College Online. Pelik.

11 comments