Abang Teksi

Abang Teksi, Kenapa abang teksi buat derk je bila saya bukak pintu? Bukan ke abang teksi sepatutnya letak handpon abang teksi dan tanya saya nak pegi mana? Dan bukan nya buat buat tak tau sambil bergayut dengan makwe abang teksi yang bernama Fi tu. Ceh!

Abang Teksi, Kenapa abang teksi memandu sambil bergayut? bukan ke tak bulih memandu sambil bergayut? lagipula abang teksi tak pakai handsfree. Bahaya tuuu. Walau saya tak berapa nak reti bawak kerete, tapi saya tau jugak peraturan memandu kerete. Abang teksi ingat abang teksi tu cekap sangat ke bawak kerete dengan satu tangan pegang handpon satu tangan pegang stereng, kadang kepit handfon dengan bahu bila nak tukar gear. Hek eleh! 

Fi, Makwe abang teksi, Akak, kenapa akak masih jugak nak bergayut dengan abang teksi kalau memang dah tau dia sedang bekerja. sedang memandu. Akak tak sayang abang teksi ke? Kang kalau kena saman, akak jugak yang rugi. Lama lagi kena tunggu abang teksi cukup duit mau pinang akak. Kalau kena saman, tak pa lagi. Kalau ter-eksiden? Saya bukan doakan, cuma mau bagi peringatan. Berhati Hati dijalan raya. Ingatlah Orang yang tersayang. Ingat?

Fi, Makwe Abang Teksi, Akak nak borak pasal loghat negeri kelantan akak dengan loghat negeri kedah abang teksi, buleh borak malam karang. Akak ingat saya tak dengar ke apa akak borak dengan abang teksi? Iya lah, memang abang teksi kata kami tak dengar apa abang kakak borak pasal dia dah pasang radio kuat kuat. Tapi volume abang dengan akak lagi kuat dari volume radio tu.

Abang teksi, Kot iya pun taknak letak handpon, at least bila kami nak bayar tambang tu, letak la tepi dulu handpon tu. Kan dah terkial kial cari duit baki. Macam lah makwe abang teksi tak buleh tunggu. Ceh!

12 comments